Friday 28 November 2014

Family Trip. Best Moment Ever....

Kota Bahru & Kuala Terengganu. 25 & 26 Nov 2014.  Memulakan perjalanan dari rumah di Jb jam 9 pagi tepat, smpi di SKBJ ambik anak2 di Bukit Jelutong lbh kurang jam 2 ptg. Lepas tu ke SK Kuang Selangor ambik kakak sy Sulida n family lbh kurang jam 3 ptg... waktu ni rasanya mmg dah xcted nak bercuti so asyik whatsapp kat grup family gmbr2 dlm bas.. maklumlah 1st time buat "family trip". Tiba di rumah mak lbh kurang jam 5 ptg. Bas terpaksa parking di SK Manjoi kat belakang rumah memandangkan rumah mak di jalan utama, risau mengganggu lalu lintas. Kesian lak tgk husband terpaksa menapak dr skolah balik ke rumah mak... Husband di rehatkan sebab plan kul 2 pg nak gerak... he he he.. Kami memilih untuk melalui jalan Grik untuk perjalanan pergi kononnya utk menikmati suasana malam yg sunyi lagipun jaraknya lebih dekat berbanding jalan alternatif lain. Hasrat di hati teringin juga nak berjumpa dgn gajah liar mcm trip thn 2008 dulu, sy terserempak dgn 2 ekor gajah..tp x di izinkan Allah. Sy bnyk tdo dlm perjalanan tp sesekali sy tersedar dgr bas mengaum bila panjat bukit...ditambah plak tpaksa bwk slow sgt psl membontoti lori2..he he he.. waktu tu terasa kesiannya kat husbband, org lain tdo tp dia tetap gagah memegang stereng. Niat nak berjaga teman husband, tp mata ni nak tdo juga, mungkin sebab kepenatan kerana...emmmm...biasala bila balik rumah mak, mcm2 nak kena 'buat'.. tp Alhamdulillah kakak sy Sulida tu ada, so dia yg lebih bnyk mengemas-ngemas2... sy dah x larat, perut dah membesar (5 bln ++) dah x bleh nak tunduk2, x bleh nak lasak sgt...cpt penat. Alhamdulillah juga anak dara sy, Farah Diana dan anak dara kakak, Syafiqah bnyk sgt membantu utk keselesaan bersama. Anak bujang sy, Eusoff Daniel, Eizlan Danish, Elham Danny dan anak bujang kakak, Syafiq pun sgt2 awesome hari tu.. semoga Allah balas jasa baik korang semua ye.. Emmmm.. mcm2 lg nak cter, tp sy tpaksa sambung next time.. Pasal nak masak2 lak utk anak2 yg tgh bercuti kat rumah ni... Ada masa sy sambung lg k...