Wednesday 23 March 2016

Masa Terbaik Pengambilan Vitamin

Assalamualaikum semua

Bila masa terbaik ambil vitamin? Semua orang nak tahu kan?
Yang sebenarnya, kalau betul2 nak terbaik, kena ikut timing body masing2.. coz kadar serapan badan kita berbeza2.. ia bergantung pd metabolisma, diet dan lain2.

Tapi kalau kita nak guna rules tu, memang jenuh la kan. Nak kena buat test bagai, entah apa test pun tak tahu...

Jadi kita boleh gunapakai general rules ni. Tengok gambar yang saya attach. Bole guna rajah ni utk buat jadual pemakanan masing2. Jgn risau sbb vitamin bukan ubat, kita boleh makan bebila je, takde masalah. Macam kita makan... takde pun timing bila kita kena makan nasi, makan buah, minum air kan?

Macamana kalau jadual selama ni langsugn tak sama macam rajah ni? Kena tukar ke?

Tak perlu kalau dah dapat rasa kesannya... kalau tak dapat rasa, boleh cuba2 tukar timing ambil vitamin. Mungkin timing sebelum ni tak kena dgn badan kita.





Copy Paste Sharing dari : 

Haridah Sahri MamaAlya - Tasneem Family


Thursday 17 March 2016

Anti Penuaan Dan Teorinya

Assalamualaikum wbt

Bila menyebut tentang ANTI PENUAAN (vivix, collagen), jgn salah faham dgn --> taknak jadi tua.

Tua adalah satu proses semulajadi yg berlaku dalam kehidupan kita kita. Semua orang yang panjang umur akan menjadi tua.

Tapi dengan mengambil suplemen anti penuaan, kita bukannya takmo jadi tua. Tapi takmo diri kita menghidapi sejenis penyakit yang dipanggil PENUAAN atau orang putih kata AGING.

Jadi tua tu tua lah. Umur 70, 80... nak muda kut mana lagi. Tapi penyakit penuaan ni boleh melanda sesiapa saja. orang muda2, budak2...

Penyakit penuaan ni effectnya adalah penyakit2 degeneratif (penyakit bukan kerana jangkitan kuman, tp disebabkan oleh sel sendiri yg rosak & tak dapat bekerja dgn betul). Antara penyakit degeneratif ialah sakit jantung, kencing manis, nyanyuk... dan pembunuh no 1 - KANSER.

Salah satu usaha utk melindungi diri kita dr penyakit2 tersebut ialah dengan pengambilan suplemen secara konsisten especially suplemen anti penuaan seperti Vivix.

Jgn takut amik Vivix sebab takut tak tua2 OK.. tua tu pasti (kecuali kalau mati muda mmg tak sempat tua), yg kita taknak penyakit2 disebabkan oleh penuaan ni. OK?


Selain dr penuaan yg di program (faktor usia) faktor2 penuaan lain boleh di ubati. Dan saintis mengkelaskan penuaan yg lain2 tu (aging) sebenarnya sebagai suatu penyakit! Kerana bila benda tu berlaku, ia boleh menjadi faktor kpd seseorang utk mengidap pelbagai penyakit degeneratif.

Tak nak rasa (sel) muda 25 tahun?

Amalkan vivix.. 

Bab faktor usia tu adalah Sunnatullah..

Tapi penuaan sebelum masa (premature aging) tu kita boleh cegah. InsyaAllah






Copy Paste dari FB Master Lyna Noh - 👍🏽👍🏽👍🏽😃😃🎀




Sunday 13 March 2016

Kembar Seiras. Salah Seorang Amalkan Suplemen Shaklee. Boleh Bezakan??

Ini adalah gambar saudara kembar pd umur mereka 4 tahun.



Mary dan kembarnya adalah kembar seiras. Mary Anderson dari Evansville, Indiana adalah pengguna tetap produk Shaklee untuk lebih 20 tahun. Manakala kembarnya pula lebih gemar menggunakan produk dari jenama lain dan jarang-jarang sekali menggunakan produk Shaklee.

Sungguhpun mereka dilahirkan dengan kod genetik yg sama, Mary lebih bertenaga, rasa lebih baik, nampak lebih muda dan lebih sihat dari kembarnya. Mary memiliki 'tenaga tanpa had' pd umur 69 tahun. Mary sgt aktif dengan aktiviti gerejanya dan banyak melakukan kerja-kerja sukarela. Dia merupakan Presiden Organisasi Wanita Republican tempatan.



Ini gambar mereka pd umur 69 tahun. Satu drpd mereka mengamalkan pengambilan produk suplemen Shaklee. Agak-agak anda yg mana satu Mary??

Semua menyangka ibu beranak 4 ini dan nenek kepada 6 remaja ini lebih muda dari umur 69 tahun!

Suami Mary berusia 77 tahun, juga menggunakan produk Shaklee. "Tiada siapa yg dapat meneka umurnya juga"


Saturday 12 March 2016

Perapi Rambut Shaklee

Membaiki & Membina Semula Rambut Secara Semulajadi :

LIGHTWEIGHT CONDITIONER & REPLENISHING CONDITIONER

Rangkaian perapi ProSante berfungsi sebagai satu pasukan yg fleksibel, menyediakan baikpulih secara ringan dan kelembapannya adalah memenuhi keperluan rambut anda. Ramuan ekslusif botani dan protin dr sumber sayur-sayuran dgn pantas memulihkan sinar, beralun, melembutkan dan memberi kelembapan di samping perlindungan dari kerosakan. 






LIGHTWEIGHT CONDITIONER 
- Memulihkan tekstur dan kekuatan dan membantu mencapai volume dan kondisi optimum.
- Mempunyai Scalp Health Complex yg menyerap kutikel rambut utk mengekalkan imbangan pH dan      hidrasi kulit kepala.
- Ramuan sumber tumbuh-tumbuhan membantu memberi volume dan menstruktur semula permukaan bilah rambut.
- Meringankan dan menyuburkan rambut. 
- Bebas kusut
- Rambut akan mudah diurus
- Boleh digunakan setiap hari


REPLENISHING CONDITIONER
- Melembap dan mengisi setiap helaian rambut agar kesihatan rambut dpt ditingkatkan. 
- Penawar bg rambut kering dan rapuh
- Emolien pekat dan elemen struktur asli meresap masuk ke dalam rambut yg kering utk bina semula keanjalan rambut.
- Mempunyai Humectant asli untuk mengikat dan mengekalkan lembapan dan memulih kilauan dan fleksibiliti.
- Mempunyai Scalp Health Complex utk membantu menormalkan dan melembapkan kulit kepala.
- Digunakan sekali atau 2 kali seminggu.



Bertukarlah kepada shampu dan perapi rambut yg alami agar rambut anda lebih sihat dan terpelihara dari kimia yg boleh merosakkan rambut anda. 

Call / Whatsapp - 012-7458096

Friday 11 March 2016

ESP Terbukti Berkesan Melalui Ujian Kajian Klinikal Saintis Sedunia

Siapa yg perlukan ESP?

Dulu2 ESP ni biasanya dikaitkan dgn mak2 menyusu - sbg milk booster katanya...

Tapi sebenarnya, ESP ni semua orang pun perlukannya!

Walaupun sangat banyak kontroversi tentang soya...

- dikatakan penyebab kanser
- dikatakan penyebab masalah alergik 
- dikatakan penyebab masalah kulit
- dikatakan penyebab lelaki mandul

Tapi bila masyarakat yg mengamalkan soya beratus tahun tiada masalah kesihatan (malah lebih sihat dr masyarakat tempat lain, maka timbul teori baru - kerana mereka makan soya yg ditapai (fermented soy). Soya yg dah ditapai dikatakan tak bahaya mcm soya yg tak ditapai.

Tapi... Beberapa (banyak) kajian dibuat ke atas soya... Baik yg ditapai atau tidak, ke atas bekas pesakit kanser & orang sihat juga.

Kesimpulan dr kajian2 tersebut:-

- tiada beza samada soya ditapai atau tidak ditapai.
- produk soya tidak menjadi faktor bekas pesakit kanser mendapat semula kansernya, atau orang sihat mendapat kanser.
- org2 Jepun (pemakan soya tegar) sihat2 je takde plak yg mandul. Diorang tak beranak ramai bkn sbb mandul. Mcm tu juga org Jawa. Ramai2 belaka anaknya.
- kebanyakan kajian ke atas bahaya isoflavones (phyroestrogen dlm soya) dilakukan ke atas isoflavones secara isolated, bukan dilakukan ke atas kacang soya.

Walau macamanapun, seperti juga makanan lain, baik soya atau apa2 je, kita mesti ambil dalam kadar sederhana... Tidak berlebih2. Terlebih makan nasi pun boleh bawa kesan tak elok kepada kesihatan.

ESP Shaklee ni dibuat daripada kacang soy non-GMO (soya2 skg ni kebanyakan GMO), diproses tanpa menggunakan alkohol, asid, alkali mahupun suhu tinggi. Utk ekstrak protein drp produk, banyak yg guna alkohol tapi Shaklee tak. Kacang soya ni diproses dgn air je.

Oleh itu kita pun nk jaga kualiti ESP, jgn bancuh dgn air panas supaya protein dia terjaga.

Semakin kita meningkat usia, kita perlukan protin utk jaga otot kita. Otot yg lemah menyebabkan metabolisma menurun... Akibatnya? Badan senang naik!!!! 

Amalkan ESP utk jaga otot especially diri sendiri, pasangan, ibu bapa...

Protin2 lain di pasaran, terutama kalau yg dipanaskan, ia bukan je mengurangkan kandungan protein tapi juga protein tu jadi rosak & tak dpt dicerna dgn baik oleh tubuh kita. Bila kita tak dapat cerna protin dgn baik, macam2 lah masalah kesihatan sperti alegik, ekzema dsb.

Mula2 kita kena buat utk ahli keluarga kita, pastikan famili kita dpt bekalan protein terbaik, bukan asal makan protein je tp sbnrnya hampas.



Sumber : Master Lyna Noh - iReach


Tuesday 8 March 2016

ESP Ada 9 Asid Amino Yg Penting Untuk Pembentukan Sel

Badan kita perlukan protin untuk pembinaan sel yang sihat. pembinaan sel yang tak sihat boleh mengakibatkan macam-macam kanser kepada tubuh badan.

Unsur protein terdiri daripada 21 jenis asid amino;

(1) 12 daripadanya dinamakan non-essential amino acid & dihasilkan oleh badan kita
(2) 9 lagi dinamakan essential amino acid & HANYA boleh didapati daripada makanan yang kita makan (badan kita takkan boleh hasilkan protin-protin ini)

semua 9 nama essential acid amino ni korg boleh tengok kat tin ESP.

Dalam pasaran dunia, takde satu produk pun yang mampu membekalkan kesemua 9 essential amino acid ni; KECUALI ESP. Sampai sekarang pun, ESP adalah satu-satunya produk yang mengandungi SEMUA essential amino acid ni.

Penting jaga penampilan dan kecantikan. Tapi penting lagi jaga KESIHATAN. Produk ESP yg terbaik kerana jika kita amalkan, kita dapat kedua-duanya.. Kulit yg cantik & kesihatan yg baik!!


Sumber : Master Zainul Anuar - iReach



Whatsapp untuk harga istimewa: 012-7458096


ESP Shaklee Non GMO. Apa GMO tu??

Zaman sekarang banyak tanaman yang dah di ubahsuai secara ginetik. Contoh paling mudah, kita kacuk bunga biar nampak lagi cantek atau buah supaya lagi sodap.

Antara produk popular yang dah diubahsuai secara ginetik (GMO) ialah buah jambu batu, tembikai & anggur yang takde bijik.

Begitu juga soya. Produk-produk lain di pasaran banyak dah diubah secara ginetik. Genetik mereka diubah supaya kurang risiko diserang penyakit, supaya hasilnya lebih banyok & sedap di makan. 

Risiko menggunakan produk-produk GMO ini ialah unsur makanan yang dimakan dah bukan yang semulajadi lagi dah; struktur berbeza, dah terdedah kepada racun pestisid, menyebabkan alergi/kanser, etc.

Tapi ESP dibuat drpd soya bukan GMO aka asli. Setiap satu tin ESP diproses drpd 30kg soya.

COMMENT “syok” kalau rasa “untong aku makan ESP selama ni”. Jangan komen apa-apa kalau baik aku telan 30kg soya setiap hari.



Sumber : Master Zainul Anuar - iReach

Whatsapp 💋 012-7458096



Friday 4 March 2016

Shampu Revitalizing dan Shampu Purifying Shaklee

Revitalizing & Purifying Shampoo



Tanpa ramuan yg boleh mengering atau menanggalkan, Revitalizing Shampoo (patent-pending) menyediakan pembersihan yg lembut. Sementara Purifying Shampoo pula dapat menghapuskan minyak, sisa bahan dr produk pendandan dan bahan pembentukan pencemaran. 

Kotoran yg dikumpul oleh rambut boleh merosakkan struktur rambut dan meningkatkan stress pd setiap helaian apabila ia kusut masai. Hasilnya menjadikan rambut lemah, lesu, tidak bermaya dan susah diurus. Malangnya kebanyakan shampu rambut mendatangkan lebih mudarat dari kebaikan kerana berulang kali menanggalkan minyak penting semulajadi, mengasari permukaan rambut dan melunturkan bilah rambut dari kekuatan dan kecergasannya.

Kerana itulah kedua-dua shampu ini dicipta tidak mengandungi ramuan kimia yg kasar seperti DEA dan SLS. Shampu ini memberi manfaat yg unik dan eksklusif kpd yg mengamalkannya.











REVITALIZING SHAMPOO
Mengandungi sistem pembersihan yg telah di patentkan oleh Shaklee (patent-pending). Di formulasikan dgn 'humectants' dan protin berasaskan sayur utk kutikel rambut yg lebih licin.

Mengimbangi lembapan kulit kepala dan menyemai rambut dgn humectant, membantu mengurangkan kusut mengimbangi kelembapan dan kilauan rambut.

Rasa lebih bersih kerana shampu ini menanggalkan minyak yg berlebihan, kotoran dan sisa bahan produk dandanan.

Rasa lebih segar kerana ia mengandungi 'scalp health complex' utk menenangkan dan melembapkan kulit kepala agar rasa lebih selesa.

Anti-statik dan tidak mengeringkan rambut. Ia mengekalkan flex dan daya tahan semulajadi rambut.











PURIFYING SHAMPOO
Membersih dgn mendalam utk hapus kotoran dan pembentukan minyak tanpa menanggalkan rambut atau kulit kepala atau melunturkan warna rambut.

Membebaskan rambut dan sebum yg terkumpul, bahan pencemar persekitaran dan sisa timbunan produk dandanan rambut.

Mengembalikan sinar dan menyerlahkan tekstur sebenar rambut

Memberi volume kpd rambut

Melindungi kutikel rambut agar berkilau 

Mengandungi Scalp Health Complex utk kawalan minyak dan kelemumur. Membantu menyokong imbangan Mikroflora kulit kepala.




TESTIMONI
Kalau google testimoni memang banyk sgt testimoni  pengguna yg puashati dgn shampu ProSante Shaklee. 

Sy salah seorang yg sangat puashati dgn produk ni.💋. Dulu zaman remaja dulu, rambut sy lebat dan cantik (prasan sendri.. Ha ha ha!!) tp bila semakin usia meningkat tanpa sy sedar rambut sy kian menipis. Mungkin sebab rambut sy panjang dan sy selalu menyanggul rambut, jadi sy x brapa prasan rambut dah menipis. Lebih ketara masalah ni lepas sy bersalin anak yg ke 6 bln Mac 2015 tahun lepas. Setiap kali sy nak solat Zohor dan Asar di pejabat, sy akan uraikan sanggul sy... 😨😨Ya Allah dah makin kurang rambut sy..😭😭😭 Sy sedih tgk keadaan rambut sy yg nipis dan x bermaya. Bila sikat memang bergumpal yg gugur.. Bila cuci rambut, memang sedih tgk rambut yg gugur sangkut kat jaring bilik air tu.😭😭😭😭. Ohhhhh!!! 😫😫Sy perlu buat sesuatu!!! Sy x akan biarkan masalah ni berlarut larutan. Sy nak kembalikan mahkota atas kepala ni!!👸🏻 Sy nekad, apa pun kosnya, sy sanggup ambil asal mahkota 👸🏻 ini kembali. 

Sy pun bz google... Google pusat rawatan rambut..isshhh risau mahal benor, x mampu lak nanti nak maintain.🙅🏻🙅🏻 Sy google pulak produk! Emmm..kebanyakan yg sy jumpa adalah psl shampu Shaklee. Kebetulan sy mmg guna produk Shaklee utk set penyusuan baby. Memang berhasil set penyusuan ni dgn sy.👍🏽👍🏽 So sy fikir, why not try 'set rambut gugur' dia plak!! Saya pun beli la set di bawah ni... ⬇️⬇️⬇️


Alhamdulillah.. Selepas 2 bln gunakannya, rambut sy nampak beza yg ketara!!! 👍🏽👍🏽Dan slepas 3-4 bulan, dah nampak anak2 rambut mula tumbuh!! Alhamdulillah...seronok sgt!!😃

Sorry sy x dapat nak share gambar sebelum dan selepas sy di sini. Sebab sy bertudung. 😅Siapa yg serius nak dapatkan set ni dan nak lihat sbelum dan selepas sy, sila emel kpd sy di norhayati086076@gmail.com  atau boleh 📞 call atau whatsapp sy 012-7458096

Di bawah adalah antara longgokan testimoni shampu ProSante Shaklee di google image. Banyak sgt.. Kalau kawan2 masih x puas baca di sini, kawan2 bleh google sendiri ye..










Kepada yg serius nak memulihkan keadaan rambut, boleh hubungi sy 012-745 8096

Kepada yg bermasalah, sy nasihatkan jgn hanya berdiam diri x berbuat apa2 tindakan. Itu maknanya anda menunggu untuk diri anda menjadi 'botak' 😁. X mengapa melabur duit untuk diri anda sendiri, kerana anda yg akan rasa kebaikannya. Jangan biarkan diri anda 'tua sebelum waktunya'.

Ok, nanti sy nak buat entry untuk rangkaian perapi (conditioner) ProSante pulak ye... 

Tunggu entry terbaru sy ye... Sy nak pegi masak dulu, nanti cik abang balik sy x masak lg pulak... 

Jumpa lagi...












Masalah Jeragat Di Usia 40an

Saya x pasti orang lain, tp pd usia sy 41 tahun, jeragat dah mula menampakkan kemunculannya..



Sya mula tersedar ianya jelas bila selfie dgn anak dara Anas bulan Januari 2016 hari tu ( gambar kat atas tu ). Niat nak share gambar kat FB pun x jadi... He he he... Tp sy terima hakikat sy bukan muda lagi. Alhamdulillah Allah bagi masalah jeragat je pd sy, orang lain seusia sy mungkin Allah uji dia dgn penyakit atau musibah yg lain. 

Alhamdulillah..terima kasih Allah.

Tapi sy perlu berusaha...x cukup sekadar redha je. He he he... So apa usaha sy??

Nii...dia... 

Selain ....



Saya yakin dengan 2 produk ni!! 

ESP memang sy dah amalkan sejak lbh kurang 10 bulan dah... Sebab sy susukan baby Anis. Kesannya pd sy memang superb!! Alhamdulillah sangat.. Susu saya x kering, sentiasa ada dan pekat.. ( Suka je tgk bila susu terkeluar skit dr mulut Anis..putih pekat je.. Chewah!! ). Kulit sy pun memang bertambah bersih dan lbh baik berbanding sebelumnya.. 

Alahai..sy x berniat bangga diri.. Astaghfirullah... Cuma sy nak cerita pengalaman sy dgn produk ESP ni. Harap x ada yg salah faham ye..

Nutriwhite Spot Whitening Treatment ni pulak adalah benda baru yg sy beli dr produk Shaklee. Sy dah bnyk guna produk Shaklee, so far mmg semua pun sy puas hati.. Set Berpantang, Set Penyusuan, Set Kurus... Semua pun sesuai jer ngan saya dan bg result yg baik. Sebab tu sy yakin Nutriwhite Spot Whitening Treatment ini jugak akan berkesan pd sy!! Sy beli pd Isnin, 29.02.16 yg lepas. Hari ni Khamis 03.03.16..baru 2 hari sy pakai.. So....kita tengok lg sbulan mcm mana k...

Kalau sy terlupa, harap ada la org yg remind sy k... Nanti sy selfie result dia.. He he he...


Ni sy belanja selfie sy tanpa bedak dan tanpa mekap.... 


Semoga Allah Merahmati - Allahyarham Ahmad Niza bin Zambri

Semalam Rabu 02.03.2016 waktu aku tgh bz dgn keja di pjbt aku dikejutkan dgn berita kematian abg niza mlalui wsap grup Manjoi. 

Ni gambar arwah Abang Niza zaman dia remaja dulu... Sweet encem orangnya. Peribadi arwah Abg Niza memang sentiasa senyum, bila bercakap pun wajahnya senyum je.. Semoga tenang arwah disana. Aamiin..


X sempat sy nak g melawat abg niza. Minggu lps memang dah niat nak lawat tp baby anis plak demam panas.. Dah plan elok je dgn wani suruh tunggu kat ofis utk pegi sama2.. Eemmm x de rezeki nak jumpa.

Sblum tinggalkan ofis, keja2 urgent kena la setelkan dulu.. X suka sub keja kat staff lain, risau diaorg x faham..  Aduhh..lastnya kul 3 lbh baru dpt kuar dr ofis. Dr ofis drive balik umah utk salin baju dan ambik suami n anak2 terus gerak ke Pagoh. X tahu jalan ke rumah mertua arwah, so kami guna google map berpandu alamat yg kakak Suli bagi. 



Gambar arwah Abang Niza di wad CCU Hospital Muar Johor beberapa hari sebelum di jemput Allah kembali kepada Nya.


Aduii dah la nak cpt google map ni bawak kitaorg masuk estet la plak... Dah suruh husband brenti tanya org tp di lbh pcaya kat google. Org lelaki memang slalu mcm tu....segan nak tanya jalan, lbh sanggup sesat larat.. Sepanjang perjalanan kami pasang CD Surah Yasin dan beberapa Surah lain. Akhirnya hampir jam 7 malam baru kami sampai ke rumah mertua arwah abg niza.

Walau rasa kekok sebab x ada yg sy kenal waktu nak masuk rumah tu tp sy alunkan jugak la Assalamualikum dan kenalkan diri sbagai adik kpd arwah. Alhamdulillah sy nampak muka yg sy kenal, abg nuar.. Lepas bsalam ngan abg nuar trus tanya mana kak sari dan suli? Rupanya diaorg lepak kat dapur, sy pun trus ke dapur. Alhamdulillah dpt jumpa.



Gambar terakhir arwah... Semoga Allah Rahmati roh Abg Niza. Aamiin. InsyaAllah.


Bila tgk muka Nurul anak arwah abg niza, sebak rasa kat hati ni. Lepas borak apa patut ngan diaorg, sy tringat mungkin pd waktu ini abg niza sdg bersoal jawab dlm kubur sana.. Ya Allah, Engkau permudahkanlah dan kasihanilah dia... Terus sy capai Yasin dan niat sedekahkan kpd arwah. Makin dibaca, makin pilu pulak rasa kat dada ni....berjuraian air mata bila tringatkan arwah dan bila fikirkan 'kubur'. Ntah apa takdir kematian kita nanti. Semoga kita semua mati dalam khusnul khatimah. Aamiin..

Alhamdulillah dapat jumpa dgn kak noli anak branak yg sampai malam tu. Jo n family pun ada.. Alhamdulillah.

Eemmm.. Bila fikir2 satu satu ahli keluarga dah pergi... Bapak, mak, makcik, kak yong, abg amir, kak No, abg zahari dan latest abg niza. Giliran siapa pulak lepas ni?? 

Ya Allah, jemputlah aku bilamana Engkau redha akan diri ku, dosa2 ku di ampunkan oleh Mu dan amalan ku melebihi dr dosa ku... Aamiin Ya Allah.

Rambut Sihat Menawan Dengan ProSante

Rambut mencerminkan mood kita. Kekadang bila kita nak cepat kelam kabut, time tu la rambut kita mcm serabai je.... Ha ha ha..

Rambut juga berperanan besar dalam membentuk imej seseorang. Walau umur muda, tp kalau rambut dah menipis di kepala, orang akan sangka umurnya dah tua. Kebiasaannya lelakilah yg sangat ketara masalah nampak tua ni.. Perempuan susah skit sebab bertudung..he he he

50% lelaki mengalami masalah penipisan rambut dalam hidup mereka. Manakala 40% wanita mengalami tanda ketara penipisan rambut apabila umur menjangkau 35 tahun.

Rambut akan sentiasa mengalami kerosakan disebabkan oleh pemakanan yg kurang baik iaitu kurang nutrisi, penggayaan rambut yg menggunakan bahan kimia mcm gel, spray, ubat kerinting rambut, ubat luruskan rambut dan pewarna rambut. Penggunaan pengering rambut dan stress juga boleh menyebabkan rambut rosak dan gugur.




Bagi membantu kita hadapi 2 masalah utama rambut ini, Shaklee ada mengeluarkan rangkaian penjagaan rambut yg dikenali sebagai 'ProSante'. Ianya telah terbukti berkesan. Ujian klinikal yg meluas menunjukkan sistem penjagaan rambut ProSante secara semulajadi mengurangkan kehilangan rambut waktu bersikat, meningkatkan ketebalan dan mengurangkan kerosakan utk semua jenis rambut.


Ok...gambar di atas ialah produknya.. Sy nak jelaskan satu persatu produk ni supaya kawan2 senang nak pilih mana satu yg sesuai dgn diri.

Tunggukan entry sy yg akan datang k.. 

Thursday 3 March 2016

Tekanan Darah Tinggi Senang Dirawat Jika Kena Caranya

Hari ni nak share pasal penyakit 'tekanan darah tinggi' dan cadangan utk di ikhtiarkan agar penyakit dpt dirawati.

InshaAllah nak share berdasarkan pembacaan, setakat ilmu yg tahu☺☺

Apa yg dinamakan tekanan darah tinggi? 

Darah tinggi ialah di mana jantung dan saluran darah bekerja keras mengepam dan menyalurkan darah ke seluruh tubuh. 

Contoh yg paling senang untuk kita bayangkan ialah hos kat rumah kita...
->hos yg baru dibeli, licin..dan air pun mengalir lancar jek
->hos yg sudah berlumut dan daki byk menempel kat dalam hos..menyebabkan ruang menjadi sempit dan menyebabkan aliran air kurang lancar.

Ianya adalah simbolik dengan saluran darah kita iaitu saluran hos tersebut umpama arteri yg menyempit disebabkan kolesterol, atau adanya darah beku

Selain dari salur darah yg telah menyempit, garam yg di ambik dalam kuantiti yg melebihi pun akan turut menyumbang kepada tekanan darah tinggi.

jadi... penting amat! terutama yg  obes atau mereka yg telah disahkan ada darah tinggi ni tuk kawal pengambilan garam. 

->Elakkan daripada mengambil garam melebihi 6 gm dalam sehari. (bersamaan 2 gm natrium atau 1 sudu teh dalam sehari)

😱 bayangkan kalo masak satu jenis lauk pun 'bersudu-sudu' kita bubuh? itu baru satu lauk..belum lagi masuk sayuran,,makanan junk food yg tinggi garam dll

Antara faktor lain penyebab tekanan darah tinggi ialah :-
- Penyakit buah pinggang 
- Ubatan steroid
- Ubat anti radang bukan steroid
- Faktor keturunan
- Alkohol dan merokok 
(sumber: myhealth.gov.my)
- Tambahan... mengambil banyak kandungan garam dalam makanan dan faktor obesiti


Semua faktor di atas tu akan menyebabkan peningkatan darah. Bagaimana?
->berlaku penyempitan arteri
->isi padu darah yang lebih dari normal, atau
->denyutan jantung yang pantas atau lebih kuat dari sepatutnya

Sape tahu maksud bacaan tekanan darah?
No atas mewakili apa? dan no bawah tu apa?
kalo perasan bacaan tekanan darah di atas (139/99 mm Hg) adalah bacaan
->tekanan sistolik pra-hipertensi (no atas)
->tekanan diastolik hipertensi tahap 1 (no bawah)

ok.. kalo bukak bacaaan tu
bacaan normal patut tahu ialah 120/80 mm Hg

Apakah produk Shaklee yg sesuai dgn penyakit ini? 

Terdapat 2 supplemen yg sy cadangkan iaitu :-




Garlic -> Menurunkan kolesterol, mengurangkan pembekuan darah  seterusnya melindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari





OmegaGuard -> DHA dan EPA boleh menentang trombosis, merendahkan kolesterol, mengawal masalah obesiti yang menjadi salah satu faktor penyumbang kepada tekanan darah tinggi.






VIVIX - Spt yg kt semua sedia tahu...ttg suplemen "multisuper power" disebabkan khasiat dan fungsinya yg jauh ke dlm DNA.  Merupakan suplemen super antioksidan Shaklee. Membantu melawan serangan radikal bebas yang menjadi punca kepada lebih kurang 50 penyakit. Ini bererti kebanyakan penyakit mampu dicegah dan dirawat dengan Vivix.

Point terakhir...berikut adalah cara rawatan yg dicadangkan agar dpt mengurangkan tekanan darah tinggi.
🌻 Mengubah cara hidup seperti kurangkan pengambilan garam
🌻 Meningkatkan aktiviti-aktiviti fizikal



📞📞📞 atau 📲whatsapp - 012-745 8096