Saturday 28 May 2016

Hi Tea Puspanita BSN Johor

Alhamdulillah!! Seronoknya dapat 1st prize cabutan bertuah!! Dapat comforter set jenama AKEMI. Memang dah lama berkenan ngan comforter set jenama Akemi ni, tp sebab harganya agak mahal sy selalu aje x jadi nak beli... Alhamdulillah akhirnya dapat jugak comforter set Akemi. Leh la wat cadar raya.



Tahniah pada urusetia atau AJK Puspanita yg telah bertungkus lumus menjayakan hi tea ni. Tarikh Sabtu, 28 Mei 2016 dan tempat di Tropical Inn Hotel. Tema kali ni ialah 'Rose Roses' dan kaler hitam & merah. Excited jugak la nak pegi sebab dah lama sangat Puspanita x buat hi-tea. Dari segi persiapan ikut tema tu, sy biasa2 je la. Pakai baju dan skirt mana ada je. Tp sy lebihkan Anas... Nak cari kasut baru la...tudung baru ikut tema la... Semuanya utk anak. Alhamdulillah jumpa la kasut yg sesuai dan tudung merah.

Pada awalnya sy plan nak pegi majlis ni dengan pengasuh anak dan anak dara sy DD. Anas dan Anis tu dah confirm2 la pegi. Tp akhirnya DD x dpt pegi sebab dah daftar masuk UiTM Lendu Melaka. So sy pegi dgn Kak Ina dan Anas & Anis je la..


Ni Kak Ina, pengasuh Anas & Anis. Lembut je air muka dia kan...







Pada majlis tu, jenuh mengawal si Anis. Aktif btul..siap golek2 la dia.. Pastu yg buat lbh susah nak kawal dia sebab dia x takut org. Dia bleh je jalan sorang2, pastu selamba je pegi meja sana, meja sini. Geram tengoknya. 

Selfie ngan Anis



Ni gambar di awal2.. Lum mesra lg...



Anas memang dah ada kawan dia...Raudhah namanya. Ni kawan tahunan. Jumpa setahun sekali atau 2-3 kali je. Kalau BSN ada wat event, ada la jumpa. Diaorg ni kalau bjumpa lambat sikit nak panas pasal masing2 pemalu. Agaknya nak dapatkan 'feel' tu... Tp lepas stengah jam, dah start la aksi diaorg. Apa2 pun kami sbagai org tua seronok je tgk bila anak2 gembira.






Di awal majlis kami di hiburkan dgn persembahan pembukaan tarian zapin dr Persatuan Penggiat Zapin N.Johor. Penari2 remaja mungkin umur dlm belasan tahun je. Best tgk diaorg menari sampai terlupa plak nak snap gambar. Teringat plak tahun 2010 dulu zaman kita masuk pertandingan zapin. Sekarang kalau org suruh menari zapin lg dah x ingat dah step dia.

    Pengacara Majlis- Puan Azizah Sulaiman


Selesai persembahan zapin pembukaan tu kedatangan kami di alu-alukan oleh pengacara majlis, Puan Azizah Sulaiman. Pengacara BSN yg berpengalaman!!  Sy pun minat gak jadi pengacara ni, tp risau nanti jadi acara lawak plak kan... So better la sy dok diam2 je kat meja makan tu. Makan2 lg best!! Kuang kuang kuang.. 

Seusai ucapan aluan drpd pengacara, majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Puan Kenanga... Ehhh silap, Puan Rozanawati. X salah saya dia Biro Agama Puspanita. Sorry Kenanga, aku asyik mendengar doa sampai x teringat nak snap gambar. Dan kemudian ucapan dari Pengerusi Puspanita BSN yg disampaikan oleh wakil (sebab Pengerusi x dpt hadir, ada hal lain yg x dpt dielakkan) Puan Zubaidah Md Ripin.

Selesai tu kami pun dijemput makan.  Sementara makan tu kami di hiburkan oleh penyanyi2 BSN. Wahhh!! Mentang2 vip x ada, kami pun apa lagi...memang pentas tu kami yg punya la!! Anak2 kecil seronok je bebas bermain kat depan.. Penyanyi2 BSN ramai yg berbakat!! Bertambah hangat lagi bila ada yg x lokek "bergelek gerudi" kalah penyanyi dangdut pro tau!! Acara karaoke tu berselang seli dgn acara cabutan bertuah.



Rakan semeja, Anoi.. Jadi penyanyi yg pertama utk sesi karaoke. "Melenggang dia berjalan si gadis desa yg manja, jelingan yg manja". Cabutan bertuah pun dia org pertama yg dapat! 



Selain acara karaoke dan cabutan bertuah, urusetia ada gak buat game utk anak2 supaya diaorg x boring. Game popular biasa la..tiup belon sampai pecah dan rebut kerusi. Anas x masuk sebab Anas ni pemalu. Mungkin next time dia bleh masuk. Tengok budak2 tiup belon, kita plak yg ngeri. Tengok belon yg dah besar tp x letup2 gak lagi la trasa ngerinya....adduuiiii... Bila tgk budak2 main rebut kerusi pun mak-mak yg menjerit!! 

"Kechik" kyt tengok dah pandai jaga baby, dah bleh kawin dah ni kechik ooii...



Pastu ada gak aktiviti yg libatkan mak dan anak. Acara 'anak kenal mak'. Anak2 kena tutup matanya, pastu mak mak kena duduk atas pentas. Pastu setiap sorang kena cari mak dia yg mana satu. Waktu acara ni, meleleh2 air mata terharu tgk anak2 yg pandai cari mak dia... 
Hu hu hu..😢 Macam2 cara dia nak kenal mak dia, ada yg pegang kepala...ada yg raba2 muka... Ada yang raba2 tangan...raba2 kasut pun ada. 

Acara ke 2 plak yg libatkan anak dan mak ialah acara peragaan. Haaa yg ni sy dan Anas ada masuk. X niat nak menang, niat nak suka2 dan bg pengalaman je pd Anas. Nak built up confident level org kata..he he he.. Gambar ada tp jauh la... Cameragirl malu nak kedepan. X pe, sy share je gmbr tu k...





Last but not least ialah acara penghargaan kepada kakitangan yg akan bersara awal dan kakitangan yg menamatkan perkhidmatan. Ramai rupanya yg ambik pilihan bersara awal. Allahu Akbar.....seronoknya... Sy masih lagi bertahan di BSN sebab bnyk komitmen. Agaknya kalau x ada komitmen, sy pun dah bersara awal sebab nak tumpukan pada rumahtangga dan anak2. Itu perancangan sy, tapi Allah tentu ada plan yg jauh lebih baik utk sy. InsyaAllah.


Ini pula mjls potong kek sempena meraikan kakitangan yg menyambut hari lahir bulan Mei selain penghargaan kpd kakitangan yg berhenti dan bersara awal.





Ni 2 orang DIVA BSN. Rodha (kiri) & Faezah Dullah (kanan). Comelllll...  Tahniah Faezah ye sebab menang Best Dress!!! Memang ko kebabommmm!!! Eehh!! Sori tau kita ambik pic dr FB. Halal la ye...





Norhayati Zambri & Norhayati Jamal



Selesai majlis lebih kurang jam 5.30 camtu baru sy berkesempatan tgk hp. Rupanya anak dara DD ada wsap bgtau yg dia mungkin akan smpi di JPO jam 6 ptg. Dia tumpang kwn dia yg nak bercuti ke JB dr UiTM Melaka. Sy pun kelam kabut hantar dulu pengasuh anak balik rumah di Tmn Rinting, pastu terus menghala ke JPO dgn Anas. Baby Anis tpaksa ditinggalkan sebab risau dia kacau pemanduan. Anas nampak suka sgt dpt pegi jalan2 di JPO. Lain kali kita datang lagi ye bawak abah dan baby Anis plak k..


Oh ya!! Sebagai kesimpulan entry sy psl Majlis Hi-Tea Puspanita ni, sy rasa sangat bagus kalau ianya dijadikan acara tahunan. Sebab ianya boleh digunakan sebagai medium untuk merapatkan hubungan antara ibu dan anak.. Its awesome!!!! Bravo kpd AJK Puspanita!!

Anas nampaknya sangat teruja masuk JPO. Walau dia penat tp dia tetap bertenaga nak pusing2. Ibu dia yg balik rasa nak pengsan!!





























Thursday 26 May 2016

Anak Daftar UiTM Kampus Lendu, Alor Gajah Melaka

Syukur Alhamdulillah anak dara sy dapat tawaran belajar jurusan Komunikasi Multimedia di UiTM Lendu Melaka. Tp kalau tgk pd surat tawaran dia, Kampus Lendu hanya untuk sementara, Kampus tetap adalah di Rembau nanti.

Tarikh lapor diri adalah pd Selasa 24 Mei 2016. Konon2 nak bergerak jam 5 pagi sebab waktu daftar jam 8.30 pagi. Dalam hati niat kalau sampai awal nak sarapan kat area sana je... Eeemmmm tp hampeh.. Tersedar dah kul 5.15 pagi. Itu pun anak dara DD yg kejutkan. 

Mandi solat bersiap semua...siapkan anak2 dara sunti yg lagi 2 org tu pun makan masa gak..lastnya dekat kul 7 pagi baru kuar umah. Maka keluar lah kami berenam bermusafir di pagi hari.. Sy, husband, anak bujang Daniel, anak dara DD, anak dara sunti Anas dan anak dara sunti Anis. X sempat pun nak sarap bagai...he he he... Kitaorg sarap dlm keta je. 

Dalam kereta nampak anak dara DD mcm gelisah je. Agaknya risau sebab dah lambat dr waktu daftar. Kami sampai di UiTM Lendu lebih kurang jam 10 pagi. Lambat sebab x leh nak pecut sgt sebab hari hujan...

Sampai di sana kami di sambut oleh sekumpulan urusetia, salah seorang dr mereka bg kami kertas yg bertulis "TUN ALI" yg di letakkan di dashboard depan dan sehelai borang ringkas. Diaorg x explain apa2 pun cuma minta kami terus kedepan utk ke Kolej Tun Ali. 



Sampai di Kolej Tun Ali kami tgk dah bnyk keta jem nak parking. Nampak ada 2 khemah putih dan org ramai dibawahnya. Kami x ada pengalaman daftar anak IPTA, so mcm terpinga2. Sebabkan hari masih renyai, lepas dpt tempat parking yg agak selamat, sy, Anas dan DD pun kluar dr kereta tinggal Anis, Daniel dan abahnya  utk find out ada apa bawah khemah tu. 


DD tgh bratur daftar 'bas sekolah'



Sy nampak ada 2 tempat yg org kerumun, sy pun pegi la tempat yg pertama. Ohhh rupanya di situ tempat org daftar 'bas sekolah' utk pengangkutan pelajar dr asrama ke kampus. Orait la caj nya RM100.00 utk 1 semester. OK la harga tu kan... Anak2 x perlu berjalan kaki berhujan berpanas ke kampus.. Penat nanti.. So sy daftarkan utk anak tersayang..


Lepas tu sy pegi ke tempat kerumun yg satu lagi. Sy nampak plajar dok beratuq. Sy pun ringan mulut tanya kat student tgh bratur tu, "daftar kat sini ke dik?". Adik tu jawap, " Ya, daftar asrama kat sini". Sy pun bratur la skali ngan anak, nak bg smangat kat dia. Sementara beratur tu sy dgr announcement barang berharga seperti barang kemas, duit dan laptop x bleh dibawa masuk. Laaa...abis tu camana anak nak wat keja nanti kalau x leh bawak laptop? Bila sampai giliran daftar, sy ambik pluang tanya kat urusetia tu psl laptop. Dia kata arahan tu hanya sementara je utk sepanjang minggu orientasi je sebab risau hilang. Lepas minggu orientasi ni, plajar akan cuti sminggu, lepas tu dah bleh bawak laptop dah. Ohhhh...baru paham. Pastu kami diberi kunci bilik "tingkat 2 ye" katanya.. Alhamdulillah tingkat 2 je..

So kami pun naik dulu nak tgk bilik, kemudian baru ambik beg dan barang2 yg lain. Sampai je di bilik, Alhamdulillah kami org pertama yg sampai. So ada peluang pilih katil, almari dan meja belajar lebih dulu. Mulanya DD pilih katil bujang yg depan pintu, tp sy x stuju sebab depan pintu..risau nanti nak baring ke apa ke terganggu bila pintu dibuka, org luar bleh nampak. So DD pun ambik double decker yg katil bawah. Meja belajar dia pilih yg btul2 sebelah katil dia. Almari pun dia pilih yg paling kiri, lebih selesa. Kalau pilih yg paling kanan tepi dinding, kena masuk kedalam plak nanti.. 

Lepas selesai pilih tempat, masuk roomate yg kedua. Diaorg pilih katil bujang depan pintu tu. Sempat la berkenalan sebelum kami terpaksa turun balik untuk ambik beg dan barang yg lain. Ramah tamah family roomate tu. Asal KL. ibunya dr Sabah, ayahnya org KL. Kakak dia UiTM jugak tp kampus Kota Kinabalu..jauhhh baa....


Sempat la kami bergambar kenangan....



Alhamdulillah anak bujang Daniel ikut skali. Bleh la tolong angkat beg baju DD yg berat tu naik tangga. Sampai bilik kami terus kemas baju masuk almari. Dalam waktu kemas2 tu masuk plak roomate yg ketiga. Diaorg akan ambik katil tingkat atas. X ada pilihan dah... Sempat la kenal2 lebih kurang sebab kami tpaksa cpt2 kemas barang masuk almari utk beri ruang pd diaorg plak nak berkemas tempat diaorg. Selesai kemas, kami pun turun. X tau nak buat apa.. Lepak la bawah khemah. Dlm pada lepak2 tu terdengar announcement yg ibu bapa kena kluar dr kolej sebelum jam 2 petang. Ohhh...maknanya x ada apa2 taklimat utk ibu bapa la ye.... Saya fikirkan ada sesi utk ibubapa. 

Dalam lepak2 tu ternampak org jual barangan keperluan macam baldi, bantal, bakul sampah, berus baju, sudu garpu, penyapu, sodok sampah...macam2 la!! Bagus gak. X payah kluar cari kat luar! So sy ngan DD beli belah kat situ je. Beli bantal, sepit kuku, bakul sampah, baldi, payung, berus baju lagi apa ye...? Lupa.. Tapi yg ingat totalnya RM70.


 
Hujan dah kurang skit renyainya, dapat la baby Anis kuar dr keta.



Abahnya pun dapat la kuar dr keta.....



Pastu DD sibuk ajak kluar gak utk beli jajan2. Aduhai....budak2 zaman skarang, benda bukan keperluan pun nak di beli. Emmm... zaman kita dulu x ada maknanya nak berjajan-jajan. Kalau boleh jimat, kita berjimat cermat. Dah dia nak gak jajan utk spare lapar kononnya nanti, kita bawak je la.. X jauh sgt rupanya kedai dari uitm tu... 

Balik dr kedai, kami saje la singgah tengok kantin dia. Kalau sekolah kita panggil kantin, kalau kolej panggil apa ye? Cafetaria ye?  Eemmm x makan pun, just tengok je.. He he he...actually dtg cafetaria tu sebab nak cari toilet!! Emmm toilet pompuan tu bersih la jugak...tp x la bersih sgt2. Sy dapat toilet duduk yg pecah covernya...emmmm.. Sepatutnya pihak UiTM kena alert kemudahan awam ni. 

Smua dah setel. Ajak DD makan tengahari tp dia x nak...so lbh kurang jam 12.45 camtu kami gerak balik. Kami tinggalkan DD dgn harapan dalam peliharaan Allah hendaknya dan harap dia pandai la menjaga diri. Ini pengalaman pertama DD masuk asrama. Harap dia bleh cepat sesuaikan diri. 

So boleh sy buat kesimpulan kat sini, urusetia yg bertugas baik2 belaka. Ada antara mereka di kalangan student senior sendiri rasanya. Diaorg baik beri kerjasama. Ada yg offer diri nak tolong angkat beg lagi..alahai baiknya.. Tp sy kata kat adik tu, x perlu la tolong sebab dah ada abang sado Daniel tolong angkat beg. He he he..

Dalam perjalanan balik tu sy termenung fikir anak yg lagi 4 org ni kemana halanya nanti....


Otway balik tu kami singgah kat sini. Makan beriani kambing dia...mak aiii...penuh pinggan!! Pelik btul la....walau penuh pinggan, bleh plak habisss!! Pelik la!!! Pelik kan??? 



Abahnya dah penat!! Penangan beriani kambing tu kut..kenyang sgt. Mengantuk daaa...  Sampai kat Kulai tukar pilot. Alhamdulillah anak bujang Daniel follow, leh la jadi co pilot. 


Oh ya!! Otway balik tu jugak ada singgah kat Kluang. Asben ari tu ada janji ngan Anas nak belikan bear besor...so dia tunaikanlah janji dia. 




Ni bear Anis.. Dapat gak la tapi yg kecik skit sesuai ketinggian dia.










Saturday 21 May 2016

Bela Cacing Dalam Perut ??? Detoks Jom!!





Nape kita perlu buat detoks?? Sebab detoks ni umpama kita cuci bersih perut dan usus2 kita. Setiap hari macam2 yg kita telan masuk dlm perut kita, so memang sebaiknyalah kita mencuci dalaman kita dari sebarang toksik yg lama terkumpul. Pernah dengar pepatah "penyakit bermula dari perut"?


Penting detoks ni sebab ia adalah antara punca badan kita sukar nak menyerap nutrien sebab toksik banyak. Sebab tu ada stengah ubat atau supplemen yg kita makan kurang beri kesan pd kita, padahal kita tgk org lain makan memang berkesan je pd diaorg... Paling ketara bab2 slimming la kan... Org lain makan camana leh senang je kurus, awat aku makan x kurus2... Ha ha ha...

Kali ni sy nak citer psl pengalaman sy buat detoks parasit - cacing dalam perut / usus... Eewww😫



Seingat sy memang x pernah makan ubat cacing sejak kali terakhir waktu sekolah rendah dulu. Sekarang umur dah 41 tahun.. Dah puluh2.tahun.. Apa jadi kat dlm perut ni agaknya?? 😰 So sy pun buat la detok. Sy mulakan dgn apa yg sy ada je dulu iaitu Alfalfa, Herblax, DTX Compleks dan Garlic. Nak tunggu lengkap semua supplemen detoks lambat plak nanti. 

Eeemmmm.... Memang scary bila bayangkan cacing2 yg berada dalam tubuh badan sendiri. Kalau tgk cacing kat atas tanah tu pun dah geli, inikan pula kalau cacing tu dalam perut sendiri 😰. 

Ni gambar operation usus utk keluarkan cacing. Ada vdeo dia, tp sy x pandai nak wat link tu.. 



Yang sy faham, cacing2 dlm badan kita ni akan mengawan pd waktu bulan mengambang, lepas tu dia berkembang biak. Wallahualam. Tp memang pernah tgk vdeo yg operate usus kuar cacing selambak berlambak2 tu...  Psl tu la sy nak cepat2 detok.. Scary punya pasal tgk vdeo tu.




Testimoni detoks parasit.. Kuar cacingnya...



 Skarang ni kalau sy "membuang" cukup takut nak tgk najis sendiri. Terasa-rasa je benda tu kuar skali😱. Ntah brapa kali flush dlm satu sesi😨. 

Memang ada skali tu, trasa mcm najis bergumpal yg kuar. Dan bila tgk, alamak!!!! macam ada benda panjang!!! Rasa cam nak menjerit je dlm toilet time tu. Tp nanti jenjiran terkejut lak subuh2 dgr kita menjerit.. Cepat2 sy flush!!!!! Sy x tahu la apa benda tu....sy x brani nak siasat!!! Tp sy tahu ini kemungkinan kesan dr pengambilan supplemen detoks sy. Sejak tu la sy x brani lg nak 'tengok'... 

Kalau jadi pada korang, agak2 menjerit tak??

Takut, takut jugak..tapi nak atau x nak sy perlu teruskan makan supplemen detoks sebab sy sedar ia akan beri kebaikan pd sy. Lagi pun supplemen tu bnyk function lain selain detoks.

Ehhh sorry la ye kalau sharing sy ni memualkan & memalukan 🙊🙊🙈🙈. Sy cuma nak share benda baik utk makluman kawan2.


Ada sesiapa yang nak buat detoks jugak tak?? 



Call / wsap sy ye.. 012-745 8096









Saturday 14 May 2016

Alfalfa Complex Shaklee



ALFALFA COMPLEX
Alfalfa adalah sejenis tumbuhan yang ditanam secara organic di California. Ianya bebas dari pestisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos/ baja yang bebas kimia. Alfalfa juga dikenali sebagai ‘Raja Segala Tumbuhan’. 



Medicago Sativa memiliki gred yang paling tinggi dikalangan tumbuhan alfalfa. Ia mengambil masa hampir 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi. Daun alfalfa dari Shaklee hanya dituai apabila ia telah mencapai tahap kematangan mutlak. Daun alfalfa yang telah matang kaya dengan klorofil. Daun2 ini dikeringkan dan dibiar menjadi serbuk sebelum dikompres menjadi tablet. Keseluruhan proses ini dijalankan dibawah pengawasan dan kawalan Shaklee yang sangat ketat dan teliti.

Setiap tablet mengandungi 300mg alfalfa.


MANFAAT UTAMA
ALFALFA telah digunakan oleh manusia sejak lebih dari 2500 tahun dan telah dikenalpasti sebagai makanan yg paling kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat galian. Ia membekalkan nutrisi yg mana kebanyakannya tidak terdapat di dalam buah-buahan mahupun sayuran. Ia kaya dengan protin, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia, 10 biji alfalfa menyediakan nutrisi yg menyamai segelas susu.

1.       Mencuci hati, darah dan usus – makanan yg sangat beralkali yg boleh mengembalikan kenormalan badan yg berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.
2.       Melawan alahan – memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitive, kurap, bau badan dan ulat air (athlete’s foot) dengan berkesan.
3.       Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, ulser gastric, hepatitis, sembelit dan hyperacidity.
4.       Menyingkir lemak dan kolestrol – kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolestrol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya Alfalfa sahaja mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolestrol.
5.       Melawan tumor – memakan 30 -50 tablet untuk mengalkalikan badan, dengan itu memperbaiki sel-sel kanser dan membuang tumor.
6.       Melegakan keletihan – melegakan keletihan dan sebagai rawatan kebanyakan penyakit.
7.       Mencegah / merawat atritis – melegakan sakit atritis dan kesakitan



t      TESTIMONI 
      Testimoni memang banyak la kalau kita google.. Ni antaranya :-















CADANGAN PENGAMBILAN
1.       Untuk kesihatan berpanjangan : 2x sehari – 10 biji setiap pengambilan

2.       Larutkan 10 biji Alfalfa ke dalam air, campurkan 3 biji Shaklee Peppermint-Ginger dan jus buahan atau jus pekat untuk lebih enak. Ia baik untuk system usus dan perut. Sesuai diminum bila2 masa.

3.       Untuk pencucian usus dan detoksifikasi, mencuci darah dan melawan kanser : 3 – 4 kali sehari, 10 biji setiap pengambilan.





       HARGA
     Alfalfa Complex ( L ) ( 700 tablet )    RM 97.50
     Alfalfa Complex ( S ) ( 330 tablet )    RM 53.75


   Sumber daripada : Buku Panduan Nutrisi Shaklee   

   Sila hubungi 012-745 8096 untuk maklumat lanjut




 


Saturday 7 May 2016

Geng 'MisiCunPagiRaya'

Hari ni Ahad, 8hb Mei 2016. Hari ni adalah permulaan utk program ''Misi Cun Pagi Raya''. Sy sajer je la join satu grup ni...grup program nak turun berat badan dlm tempoh 21 hari. Yg conduct adalah seorang drpd leader di Shaklee iReach. Nama coach Chrysalis Nurul (nama FB, nama betui x tau). Dia pun dah berjaya turun berat badan, so dia nak share dgn org lain mcm mana dia turunkan berat badan. Yuran komitmen RM100 dikenakan utk peserta. Sepanjang program 21 hari ni, kami perlu mengikut patuh kepada jadual seminggu menu pemakanan yg telah diberi. Coach juga telah sediakan jadual simple workout utk seminggu. Selain tu kami akan di coach melalui grup wsap. Geng2 dalam grup tu semua bagus2 n positive thinking..i like sgt..



Ini task pertama.. Kena tulis atas kertas misi dan harapan kita pd program ni. InsyaAllah kalau follow rapat rasanya boleh capai rasanya.





Ni gambar paling latest.. Baru ambik kelmarin, Jumaat 6hb Mei 2016. Berat badan lum timbang, tapi rasanya anggaran 66-68 kg.


Nanti kena ambik gambar yg serba berdiri la kut, senang nak judge nanti kan... Setakat ni ambik gmbr ni dulu.



Ni antara barangan yg sy perlukan untuk menyempurnakan program 'misicunpagiraya' sepanjang 21 hari ni. Alaaaaa .... Lupa plak nak letak skali tin biskut Jacob!! Tapi ini pun blum lengkap lagi ni. Suppose ada Telur, pisang...karipap..dan bla bla bla.... 

Kita tengok nanti result camana nanti ye.. Doakan sy berjaya. Aamiin. Chaiyok!!!!




Friday 6 May 2016

Terlambat Sunatkan Baby Anis

Anis dah umur 1 tahun baru teringat yg dia blum dikhatankan lagi. Adduuhh... Camana la sy leh terlupa.. Agaknya sibuk sgt dengan hal2 di pejabat, hal2 kerja.. hal abah Anis masuk spital kena paru2 berair, kena org 'hantar' lagi... Abang Anis nama Daniel pulak kena demam Denggi masuk spital lg... Pastu sy pulak kena tukar department plak kat ofis..kena blaja bnyk benda baru.. mcm2 hal pulak kebelakangan ni sampai terlupa benda penting nak khatankan Anis. 

Bila dah teringat tu, sy pun cepat2 pegi klinik. Tapi bila pegi klinik, pihak klinik tolak mentah2. Alasan umur Anis dah setahun, nurse bgtau doktor x nak sunat baby yg dah besar. Doktor cuma nak sunatkan baby yg betul2 baby je.. Come on la doktor, baby sy baru umur setahun je...x kan x de budi bicara. Terlebih skit jer... Aduhaiiii....

Apa2 hal pun, ibunya si Anis selfie dulu ye... Jangan marah ye....


Bila klinik tolak baby Anis, sy pun sibuk tanya sana tanya sini klinik mana yg boleh khatankan baby umur setahun. Kawan2 ada rekemen klinik ni, klinik tu...tp bila pegi klinik tu diaorg tolak gak.. Alasan baby dah besar!! 

Masa terus berlalu, Anis pun dah hampir nak masuk 1 thn 2 bln dah..

Masalah 'sunat' ni masih belum selesai lagi...

Sy dan suami dah mula rasa stress... Mana nak khatankan Anis ni. Tak kan x khatankan dia...

Ada yg kata "x payah la khatan, bukan wajib pun". Memang btul bukan wajib, tp sy rasa x best kalau x khatankan Anis. Lagipun itu tuntutan Nabi Muhammad SAW kan... Ada yg kata kalau tak di sunatkan nanti anak perempuan kita tu kurang rasa 'malu' nya... Eehh!!! Lagi la sy stress dengarnya!!! 

Hari ni Jumaat, 6 Mei 2016 sy cuti mingguan, kebetulan anak dara sy Farah Diana pun ada so sy ajak dia sama2 cari klinik yg sanggup khatankan Anis. Kalau dah x ada klinik yg sanggup, sy plan ke hospital pakar je. Kalau doktor pakar pun x sanggup, kita pergi yg 'lebih pakar'!!!!! Bidan Kampung!!!



Dalam kereta kakak DD rajin layan adik dia selfie..



Klinik pertama yg kami pergi, reject mentah2...alasan baby dah besar. Ok. Find. Ada rasa kecewa. X pe la...memang salah sy. Sy yg lambat nak khatankan Anis....

So kita terus pegi plan yg ke-2. Hospital pakar. 1st sy call Regency Seri Alam, x ada doktor muslim utk sunatkan baby. OK. 

2nd sy call Hospital Penawar Pasir Gudang. Operator yg sambut call sy ialah lelaki tp baik n friendly. Sy bgtau dia masalah sy dan dia dapatkan sy no hp doktor pakar kanak2 di Hospital Penawar, Dr. Asmiati.




Bila google baru sy tahu, ni bukan calang2 doktor ni... "A. Prof" tu.... Kalau sy tahu dr tadi, sy panggil dia 'Prof'... Anyway, apa maksud 'A. Prof' tu ye????



Dapat je no hp, sy terus call doktor tu. Alhamdulillah Dr. tu jawab call sy dan sy terus bgtau dia masalah sy. Alhamdulillah Dr. Asmiati tu sudi nak sunatkan baby Anis. ( Baiknya hati doktor ni, semoga Allah permudahkan urusan doktor ni dunia dan akhirat. Aamiin...) Alhamdulillah sangat dan sy pun terus ke Hospital Penawar Pasir Gudang 'dan dan' tu jugak!!

Sampai kat spital, tgk mcm ramai gak patient.. Anis plak baru belajar berjalan, so time ni la dia nak tajamkan skill berjalan dia...kerja dia berjalan je kesini sana. Kekadang dia merangkak!! Aduhai anak..kotor lantai tu sayang..walaupun karpet... Dia tak mahu di pegang, dukung pun x nak.. Aduhai.. Redho aje la..semoga Allah lindungi Anis dr bakteria kotor semua tu..


Gambar Anis yg kebosanan menunggu.. Budak kecik bukan leh dok diam2. X nak di pegang, meronta2. Habis bergolek gelantang dia atas lantai klinik hospital tu... Sabor...sabor...




Lastnyer kena gak 'babab' si Anis ni... Hyper benor plak dia kat spital ni.. Tengok muka ibu Anis tu... Muka tahan saborrr kan....kan....kan...




Ni kakak kepada heroin citer entry kali ni..nama dia Anas Sofina. 



Kakak Anas yg td bukan main muslimah dgn tudung ayu pun, lastnyer mintak bukak tudung.. Penat kut + lapar lum makan.. Ha ha ha 


Time tu Doktor ada patient yg nak kena check jantung tu pasal lambat sikit.. Bila sampai giliran (last skali), kami anak branak pun masuk bilik. Alhamdulillah Anis ok sgt, nampak dia relaks je ( ye la..dia bukan tahu dia nak kena sunat :-P ) Doktor Asmiati tu pun ok sgt melayan kerenah Anis. Dia letak mainan2 atas meja, Anis pun suka nak main2 dgn mainan tu. Doktor tu pun mcm relaks2 je.. Sembang2 dulu.. X la mcm sesetengah Doktor yg tergesa2 nak bg setel cepat. Mungkin nak bg emosi Anis relaks kut.

Minta kebenaran Dr. nak bergambar dan terus terang ngan Dr. untuk entry blog sy.. Alhamdulillah Dr. Izinkan. Baik Dr. ni... Tu aksi dari Anis yg tetiba je post mcm tu.. Ni sebelum khatan ni..


Dalam sembang2 ngan Dr. tu dia ada citer, pengalaman dia, ada ibubapa yg terlupa khatankan anak perempuan diaorg sampai umur dah 4 tahun! So Dr. ni bantu jugak utk selesaikan masalah sunat anak tu. Dr. juga bgtau kalau di Pakistan, perempuannya disunatkan dgn cara 'potong habis'!! Makk aii...terkejut sy dengar!! Doktor kata lagi, di Malaysia kita ikut Mazhab Syafie, jadi hanya khatan sedikit shj. Masa yg baik untuk dikhatankan untuk bayi perempuan ialah dalam umur 4 bulan kebawah atau di awal2 kelahiran. Kalau dah lebih, bukan x boleh, tapi mungkin baby dah ada rasa sakit dan mungkin juga susah skit nak handle sebab baby dah mula gerak aktif. So mommy2 kat luar sana, ikut tips Doktor Asmiati ni ye, jangan terlupa plak mcm sy!!



Bila dah everything looks find, Anis pun di letakkan atas katil. Dekat katil pun Dr. layan dulu Anis bersembang...layan Anis tgk kartun kat dinding dulu pastu bila everything ready, Puan Syida pembantu Dr. tu pun dah ready, baru la Dr. jalankan kerjanya. 





Sy kena pegang tangan Anis, Syida pembantu Dr. tu pulak kena pegang kaki Anis. He he he... Waktu ni Anis dah start menangis dah sebab dia meronta x nak di pegang. 





Ala kejap je Doktor wat keja, sminit je kut dah selesai!! Alhamdulillah!! Selamat Anis ku telah dikhatankan...






Habis khatan Doktor pun pandai ambik hati patient dia balik, dia dukung2 si Anis.. Bagus doktor ni!! Anis pun cepat je stop nangis. Lega hati sy. 


Penat Anis...tdo di dukung kakaknya DD..


Semuanya dah berakhir. Caj khatan RM 80.00 je.. Misi hari ni untuk khatankan Anis, Allah dah makbulkan dan permudahkan dgn mengutuskan Doktor Asmiati dari Hospital Penawar Pasir Gudang dlm misi ni. Alhamdulillah. Tq Allah. 




Sajer la nak share ngan kawan2 benda ni. Mana la tau kalau2 uolls x tahu sekarang dah ada Doktor Pakar Kanak2 kat Hospital Penawar Pasir Gudang..






Misi selesai...kami pun pergi makan.. Alhamdulillah.