Saturday 5 December 2015

Dinner BSN Johor 2015 - "Stars Of The Night"



Semalam Jumaat 4 Disember sy hadiri makan malam BSN 2015 di New York Hotel JB. Temanya "Stars Of The Night". Tp sy x ikut tema sgt...tali pinggang je la kut yg ada "stary" skit... Sy angkut skali Mr. Husband ngan 2 anak kecik Anas & Anis tu. Alhamdulillah diaorg ni baik x wat perangai spanjang majlis.



Best la dinner malam td.  Sy paling suka persembahan dari grup AP (Polis Bantuan), rancak, lawak dan simple je tariannya. X payah nak menari complicated utk tarik perhatian audience. Lepas tu sy suka persembahan 'magic' dr staff AP juga dr Zon Kulai. Lepas tu sy suka persembahan dangdut "Senggol Senggolan Cubit Cubitan" dr Zon Bt Pahat. Sedap suara teller Syafika (kalau x silap nama dia) siap Ketua Zon dia En Ismail gelek lagi atas pentas!! Pastu staff2 Bt Pahat yg lain pun sporting naik pentas bergelek!! Aduhhh... x leh lupa la tgk En. Ismail gelek tu... He he he. Pastu persembahan Zon Muar pun not bad.. Duet lagu Dangdut gak..lagu apa lupa la plak... Tp memang kelas teller Hazmi Bidin bergelek!! Ramai yg bersorak suka.. Lagi satu persembahan duet dr Zon Nusajaya asanya. Lagu Baldu Biru... Oh ya!! Ada jugak persembahan solo, abg Iskandar Shah dan KON, En Hamzah Ibrahim. Abg Iskandar siap nyanyi 2 lagu lagi! Suara abg Is memang x leh nak sangkal lg, memang super leh tarik tinggi.. X sangka ramai staff Johor yg berbakat dan yg paling penting SPORTING!!!



Pd dinner mlm td diadakan majlis penyampaian sijil Anugerah Kesetiaan BSN bagi kakitangan yang dah berkhidmat melebihi 25 thn.  Juga pd majlis yg sama meraikan kakitangan yg telah bertukar, akan bertukar, bersara dan bersara awal. Agak touching la jugak waktu diaorg siarkan 'VT' tu.. Jenuh menahan sebak kat dada, x nak menangis tgk muka2 kakitangan yg nak meninggalkan BSN Johor mcm abg Mohamad Saion, abg Hasmal, Nizam Bakar terutamanya Pengarah Perniagaan Negeri, En. Said Azmi Said Ali.

Selepas persembahan VT tu, diaorg sambung plak persembahan nyanyian dr kakitangan teller Khairul Anwar Azril yg menyanyikan lagu Josh Groban 'U Raise Me Up'. Sy memang 'alah' ngan lagu ni. Waktu dgr muzik intro je sy dah tahu, sy memang akan menangis kali ni... X leh elak lagi!!  

Dalam ramai2 yg akan meninggalkan BSN Johor tu, of course yg paling rapat ngan sy ialah En. Said Azmi Said Ali. Walau hanya berkesempatan berkerja 15 bulan sebagai PA dia tp bnyk perkara yg sy dpt timba dr dia. Dia seorang yg boleh beri nasihat bukan shj mengenai hal2 kerja tetapi juga yang berkaitan dgn hal keluarga. Terima kasih En. Said atas nasihat2 tu... Sy doakan En. Said berjaya di dunia dan juga di akhirat ye.



Hasrat hati memang nak stay smpi habis majlis, tp baby Anis dah meragam nak susu. Susu botol tertinggal plak kat umah, so tpaksa la bg susu badan... Nasib baik bawak shawl utk cover, tp x selesa la... Anis pun kejap2 nak selak shawl yg cover tu.. Aduhai... Nak x nak sy tpaksa undur diri. Pd waktu tu Majlis dah nak habis pun... Hadiah utk cabutan bertuah dah tinggal 5 je.. Waktu tu mcm ada perasaan yg nama sy akan di panggil, tp bila fikirkan Anis, sy atur jugaklah langkah menuju ke lif... Hu hu hu.... 



Dalam perjalanan balik, kawan smeja sy wsap bgtau nama sy naik menang cabutan bertuah!! Huaaaaa.....memang bukan rezeki sy... X pe... Lain tahun InsyaAllah ada lg rezeki sy. Aamiin.



Monday 9 November 2015

SET RAMBUT GUGUR SHAKLEE


Rambut adalah mahkota seorang wanita. Bermakna pentingnya rambut itu untuk mempengaruhi rupa paras dan penampilan seorang individu. Seseorang yg mempunyai masalah keguguran rambut yg serius hingga ke tahap botak boleh mengakibatkan hilangnya keyakinan diri dan gangguan emosi bagi mereka yg terlalu mementingkan penampilan diri. Masalah rambut gugur ini tidak hanya melibatkan di kalangan wanita shj malah lelaki juga turut berkongsi masalah yg sama.



Berikut adalah antara punca rambut gugur :-
1. Genetik / keturunan
2. Tekanan kerja / kehidupan
3. Diet yg teruk - mengambil makanan segera dan kurang nutrisi
4. Faktor perubahan hormon - wanita mengandung dan lepas bersalin
5. Pengambilan ubat-ubatan yg menjejaskan pertumbuhan rambut
6. Penggunaan gel rambut atau shampu & perapi yg x sesuai / bahan kimia tinggi
7. Putus haid
8. Kekurangan zat besi, zinc dan ketidakseimbangan tiroid juga menyumbang masalah rambut gugur
9. Tabiat mencabut rambut gatal / uban - terkadang terdapat lebih dari 1 helai rambut dlm satu liang rambut. Apabila dicabut salah satu dr helaian ianya akan mengakibatkan liang itu longgar dan helaian yg lain akan mudah gugur.
10. Tidak menjaga kebersihan rambut 
11. Mengikat rambut dgn terlalu ketat mengakibatkan tekanan kpd akar rambut yg akhirnya akan melemahkan akar tersebut



Fakta berkaitan rambut :-
1. 100 helai rambut yg gugur sehari adalah perkara normal
2. Secara umumnya, tempurung kepala di tumbuhi 100,000 helai rambut hitam, 80,000 rambut merah      dan 120,000 perang
3. 90% tempurung kepala ditumbuhi rambut manakala 10% lagi untuk kulit kepala berehat
4. Rambut adalah tisu paling cepat tumbuh pd tubuh. 35 meter serat rambut dihasilkan setiap hari pd tempurung kepala golongan dewasa.
5. Hampir 50% lelaki berhadapan masalah rambut gugur pd usia 50 thn
6. Wanita akan menghadapi masalah rambut gugur apabila putus haid

*** sumber dari : Dr Jerry Shapiro, Director University Of British Columbia Hair Research



Cadangan solusi :-
1. Mengamalkan pemakanan yg sihat
2. Ikat rambut dgn getah rambut yg sesuai dan longgar
3. Mengawal stress dgn melakukan aktiviti riadah
4. Shampu rambut dan gunakan perapi yg bersesuaian 
5. Jangan shampu rambut setiap hari. Sekiranya tuan/puan jenis basahkan rambut setiap kali mandi, pastikan tuan/puan hanya membasahkannya tanpa bershampu. Sebaliknya shampu rambut hanya 2-3 kali shj dalam seminggu.  

Shaklee juga mempunyai shampu dan makanan tambahan yang mampu mengatasi masalah keguguran rambut. Berikut adalah set rambut gugur yg disarankan :-



1. Prosante Revitalising Shampoo
2. Prosante Lightweight Conditioner
3. Zinc Complex
4. B Complex

Pada pendapat saya ianya sangat berbaloi untuk kita mencuba produk Shaklee terlebih dahulu sebelum kita mengambil keputusan untuk mendapatkan khidmat rawatan di salun yang mahal harga rawatannya. Pengalaman sy sendiri menggunakan set diatas, selepas 2 bulan sy dapati perbezaan yg ketara. Saya rasa teruja dan ingin berkongsi dgn anda semua.

Sy menasihatkan tuan/puan yg mempunyai masalah keguguran rambut ini agar tidak berlengah dalam merawatinya. Jangan biarkan rambut tuan/puan terus-terusan menipis tanpa mengambil apa-apa langkah untuk mengatasinya. Masih belum terlambat untuk mencuba.

Norhayati 012-7458096

#setrambutgugurshaklee
#rambutgugur





Thursday 5 November 2015

Penyelesaian Bagi Masalah Anak Cerewet Memilih Makanan



Rasanya ramai ibubapa diluar sana yg hadapi masalah dlm memberi makan kpd anak2. Sy tahu dan sy faham kerana sy mempunyai pengalaman yg sama dlm membesarkan 6 org anak2 sy. Macam2 kerenah. Kalau sy suapkan nasi tu mcm2 hal...ini x nak...itu x nak... Kadang2 geram plak rasanya. Agaknya dah jadi resam budak2 kut x suka makan sayur ( dulu2 waktu sy kecik2 pun x suka mkn sayur he he he...sy mula mkn sayur bila sy tahu sayur bleh mencantikkan kulit!! ) Lebih parah kalau anak kita ni dah lah x nak mkn sayur, buah2 dia x nak, ikan dia x nak dan ayam pun dia x nak!!! 



Mcm anak sy yg no 5 ni...Anas Sofina nama dia. Dia cuma nak mkn nasi dan telur goreng shj. Memang la menu dia tu simple dan sy x de masalah nak sediakan tp sy risau dgn zat makanan yg dia dapat. Adakah mencukupi??? Of course x cukup kalau dia x mkn sayur..x mkn buah, x mkn ikan dan x mkn ayam..  

You all pun ada anak yg masalah sama x?




Tahu x apa kesannya pd kanak2 kalau kurang zat makanan? Ni sy share hasil dr pembacaan sy di blog2 kesihatan yg lain :-

1. Sistem imun yg lemah - Mudah dijangkiti penyakit. Kalau di taska/tadika ada kwn dia yg selsema dan demam, dia akan mudah dpt penyakit yg sama.
2. Masalah tumbesaran - mungkin menjadi terlalu kurus, kecil dan kurang tinggi berbanding kawan2 seumur dgnnya.
3. Masalah pembelajaran - aktiviti otak yg lemah dan kurang fokus di kelas
4. Masalah kulit - ekzema, gatal2 & kudis
5. Sembelit
6. Lesu
7. Kurang selera makan
8. Cepat penat



Apa yg perlu kita buat?? Sebagai ibu bapa dah tentu kita nak tgk anak kita sentiasa sihat...sentiasa cergas dan ceria...cantik...comel..pandai...kan, btul x?? 

So x salah kita berbelanja setiap bulan utk  anak yg kita sayang. Yg penting anak kita sihat dan keluarga kita bahagia. InsyaAllah. Alhamdulillah. 

Duit bleh dicari, kesihatan anak2 x de galang ganti...


So ini adalah cadangan solusi dr sy. Alhamdulillah Shaklee ada produk multivitamin Vita-Lea For Children Chewable. Ok, ini sy share ciri2 nya :-

1. Perisa anggur yg sedap! Anak2 sure suka kunyah2 
2. Mempunyai 19 multivitamin & mineral
3. Sebotol ada 60 tablet. Cukup utk sebulan sekiranya pengambilan 2x sehari.
4. Tidak merosakkan gigi anak2 kerana menggunakan pemanis asli iaitu xylitol yg tidak akibatkan kaviti

Anas dan Anis (sy bg separuh je setiap hari) sangat suka dengan vitamin ni.. Alhamdulillah antibodi dia kuat. Anas Sofina dah umur 4 tahun lebih tp boleh di kira dgn jari dia dpt demam, batuk dan selesema. Anis pun sama. Umur Anis Sofiya dah 14 bulan, tp baru sekali je dia kena selesema n demam. Alhamdulillah.

Beza btul dgn 3 org abang dan kakak dia dulu2... Aduhhh bila flashback zaman anak sy yg 4 org tu sebelum ni memang klinik tu perkara biasa. Bersilat dgn anak2 time nak bg ubat tu pun mcm2 kenangan ada...ada yg kena kepit hidung la, kena pegang kuat tangan kaki la...kena kejar satu umah nak bg mkn ubat!! Dengan meraungnyer....dengan muntahnyer... Ishhh macam2!!!  Tp Alhamdulillah dgn Anas dan Anis ni, semua tu x ada... Alhamdulillah.. 


Sajer share gambar anak2... Tp dlm gambar ni yg sulong x ada, ada 5 je



Memang ada jer produk vitamin lain yg jual kat farmasi dan pasaraya, tapi pilihlah yg terbukti berkualiti.


Call / Whatsapp sy untuk dapatkannya. - Norhayati Zambri 012-745 8096

Sy doakan kita semua sihat bahagia. Aamiin...





#anakkurangnutrisi
#anakkurangzatmakanan
#multivitaminshaklee
#anaksihat
#anakcomel
#anakseringselsemademam
#vitaminterbaikuntukkanakkanak

Saturday 31 October 2015

BUKU RESEPI LAGENDA

Assalamualaikum semua. Hari ni Ahad 1 Nov 2015 dpt cuti 1 hari. Kerajaan Johor bg sempena JDT juara piala AFC menentang Istiklol FC mlm td. Tahniah JDT! Seluruh Malaysia bangga dgn JDT. Alhamdulillah kami rakyat Johor dpt cuti....

Cuti2 ni dok umah nak masak la.... Sy ni bukan terer masak, stakat simple2 tu bleh la. Tp hari ni En Husband request menu istimewa plak...Ikan Tongkol masak kuah dagang. Mungkin pd org lain menu tu kacang je...tp pd sy susah nak masak tu..he he he..

So apalagi...sy bukak buku resepi lagenda sy ni.... Dah 27 tahun umur buku resepi ni. Dari sy umur 13 thn lagi. Dulu sy blaja Sains Rumah Tangga waktu form 1 - form 3 di Sek Men Seri Puteri Ipoh.

Nak tgk rupa buku tu? Ini la dia...





Nak tgk tulisan lagenda sy?






Haaaa yg ni plak...tulisan waktu sy dah tua2 ni... 




Yang sy prasan, waktu badan kecik tulisan pun ikut kecik.... Bila badan dah besar ni, tulisan pun ikut jadi besar2... He he he...

K la kwn2. X jd masak plak nanti.... Jumpa lg. Assalamualaikum.

PENYAKIT DIEBETIS

Diebetis.

Salam semua..saya mulakan sharing tentang diebetis ye😊



Pertama skali kita tgk dulu apa tu diabetis..

🐝Diabetis adalah satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah anda adalah tinggi dari normal.
🐝 Diabetis berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. 
🐝Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah ke dalam sel dan tisu, di mana ia akan digunakan untuk bahan bakar.
🐝 Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa ke dalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat. Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk bahan bakar dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.

Utk lebih faham cmne kencing manis ni terjadi, boleh tgk carta alir ni :-


So kiranya, penyakit ni berkaitan dgn pankreas yg x dpt hasilkan insulin dgn berkesan

Ada 3 jenis diabetis ni..


Kalau tgk jenis 1, ni yg kena suntik insulin hari2..
Dan pd zaman skrg ni, penyakit ni bkn je disebabkan oleh keturunan, tp lebih kpd pemakanan n cara hidup yg kurg sihat. So, bila dah sakit, mesti kita nak kawal n ubati.

Berbalik pd cara merawat kencing manis ni...selalunya kalo pesakit2 yg follow up hospital, mmg ada ubat utk kwl kencing manis ni dan Shaklee juga ada menyediakan alternatif tambahan..

Pertama skali yg paling disarankan utk kencing manis ialah Vivix.

Mcmana vivix bertindak?

Karbohidrat yang kita mkn akan dicerna n menghasilkan gula yang bg kita tenaga. Tp, pengambilan karbohidrat yang tinggi seperti nasi akan menyebabkan kandungan gula dalam darah kita meningkat.

Dengan Vivix, polifenol yang terkandung dalam anggur muscadine akan melambatkan pencernaan dan penyerapan karbohidrat dalam darah dan seterusnya mengelakkan pengumpulan gula yang tinggi yang menyebabkan kencing manis.

Lg satu berkaitan age protein. Vivix mencegah penghasilan gula berlebihan..


Saya kongsikan kat sini beberapa testimoni vivix  :-





Kalau org berusia, mmg elok sgt utk suggest vivix ni..sbb dia bertindak terus ke DNA sel kita.

Selain vivix, ada juga set diabetes yg terdiri drpd GLA, zinc

diabetes boleh effect buah pinggang jgk kan?
Aah, betul tu..sbb tu digalakkan utk amek vivix..vivix x membebankan buah pinggang utk proses. 
mcm pil GLA n zinc ni mengikut keadaan pesakit..



Zinc elok amek kalau terjadi luka..sbb kita tahu pesakit kencing manis kalau luka lambat nk sembuh..so disarankan utk amek zinc (dan juga vitamin C)



GLA pulak utk menghalang komplikasi diabetes. Juga utk merendahkan gula dalam darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua.
Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi. Dan semestinya pesakit diabetes kena kawal pemakanan seharian.





Hayati 012-7458096



#SETDIEBETISSHAKLEE
#SETKENCINGMANISSHAKLEE




Sunday 25 October 2015

VITAMIN UNTUK KANAK-KANAK SHAKLEE


Assalam semua. Saje nak share info ttg vitamin utk kanak2..nnt boleh lah simpan dan share dgn sedara & kwn2 ye 😊

Knp kanak2 perlu vitamin sbbnya sama spt org dewasa jgk..nk cukupkan nutrisi..lagi2, anak kita yg sdg membesar sgt perlu kpd protein yg cukup, kalsium utk tulang dan gigi..utk tumbesaran yg sihat..
Tp kalau kita yakin drpd pemakanan seharian anak kita dh cukup dgn nutrisi yg sgt lengkap..oklah..x perlu vitamin pun xpe..

Kita sbg mak mesti nk yg terbaik buat anak kan..
Mesti kita happy tgk anak membesar dgn sihat dan comel..hehe 😍
zmn sekarng byk pencemaran.. Dan kalau anak kita yg kurang mkn sayur..atau ada yg suka mknan segera..huhu..Apakah nutrisinya lengkap?

Jom sy share makanan tambahan yg Shaklee ada sediakan untuk anak2 kesayangan kita :-





 #Meal Shake
-Minuman berperisa vanila yang lazat dan disukai anak-anak
Mengandungi 19 vitamin dan mineral penting
-Rendah lemak dan rendah glisemik
-Sumber protein dan kalsium
-Sesuai untuk hidangan sarapan pagi dan sebelum tidur
sesuai bukan sahaja untuk kanak-kanak tetapi... Ibu menyusu yang mahu menguruskan badan, Ibu hamil yang mengalami alahan dan sukar untuk makan hidangan yang lengkap dan seimbang, Mereka yang mengalami masalah untuk menelan vitamin dalam bentuk pil dan Warga tua

Setiap bancuhan Meal Shake mengandungi 19 vitamin/ galian yang diperlukan bersama dengan protein, galian dan 3gm serat. Ia adalah pemakanan tambahan yang lengkap.


#Omega Guard#
Minyak ikan yang paling tulen mengandungi 7 jenis asid Omega 3 termasuk EPA, DHA
-Membantu tumbesaran, perkembangan dan fungsi otak
Meningkatkan daya ingatan dan pembelajaran
-Meningkatkan sistem imunisasi
-Menapis segala virus dan bacteria daripada badan.
-Kanak-kanak yang mengambil Omega-3 sedari kecil dapat mengurangkan jangkitan pernafasan.


#Chewable Vita-C#

-Menguatkan Fungsi Imunisasi. -Tubuh badan anda boleh melakukan banyak perkara, tetapi ia tidak boleh membuat atau menyimpan vitamin C.
-Membantu mengekalkan pertahanan semulajadi tubuh badan
-Membantu anda menjaga kesihatan gigi dan gusi serta struktur tulang. Ia sangat penting bagi gigi. yang kuat dan gusi yang sihat
-Meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging
-Untuk kesihatan tulang, gigi, gusi serta juga struktur am tubuh badan





# Vita-Lea® for Children Chewable
-Membekalkan 18 jenis vitamin dan mineral yang penting untuk tumbesaran anak.
-Ini termasuk kelapan-lapan jenis vitamin B yang mana rata-rata multivitamin di pasaran tak mampu berikan.
-Juga mengandungi kalsium, magnesium dll bagi membantu menyokong tulang yang kuat dan badan yang sihat.
-Kandungan Stevia dan Xylitol memberikan rasa manis yang semulajadi dan tidak menyebabkan kaviti gigi. 
-Tiada bahan pengawet, juga tanpa sebarang perisa ataupun pewarna tiruan
-Bebas gluten
-Perisa anggur semulajadi yang sedap.

Umumnya, meal shakes & vitalea for kids ni sbg multivitamin..
Omega utk minda & otak..
Vitamin c utk sistem imun.

Omega pun bagus utk yg ada asma..




Ok, nk share pulak cara pengambilan...

Cadangan :

👶Sukatan Bagi Kanak Kanak

(Usia 4 Hingga 6 Tahun)
●1 sudu kecil Meal Shakes 2x sehari
Sukatan Bagi Kanak Kanak

(Usia 1 Hingga 3 Tahun)
●1 sudu kecil Meal Shakes 1x sehari

👶Omega unt knk2.
1-2 thn : 2x semggu
3-4 thn : 3x seminggu
5-6 thn : selang sehari
7 thn ke atas : Sebiji sehari

👶Chewable Vita C 
~ 1bji sehari utk kanak2 atas setahun

👶CHEWABLE VITA-LEA
Boleh diambil oleh anak-anak berumur 2 tahun dan ke atas :

Umur 2 hingga 3 tahun – 1 tablet sehari
Umur 4 hingga 12 tahun – 2 tablet sehari.

Ini cadangan je..

Tp boleh je vitalea tu umur setahun dan lebih makan.. Kalo dh pandai hisap atau kunyah.. Ada jgk yg patah 2 vitalea tu..

Omega Guard boleh telan je..atau picit masuk dlm air / susu anak pun boleh..

meal shake bentuk serbuk..kena bancuh ye..perisa vanilla..sedap 😋


oklah, itu je skit info nk share ptg ni..mhn maaf atas sgl kekurangan ye..😘😘😘


Rencana ini adalah perkongsian dari sahabat grup whatsap Shaklee. Tq friend...



Hayati 012-7458096

#vitaminuntukkanak-kanak



Baby Anis Termakan Silica Gel

Ya Allah.. Patutla baby Anis diam je x bnyk kerenah waktu sy sibuk melayan Perfect Match kat tv, rupanya dia pun sibuk 'mengonyel' Silica Gel!! Ya Allah...memang sy x sedar. Sy cuma sedar bila prasan ada smthing kaler putih dlm mulut Anis. Bila sy korek2 rupanya bungkusan silica gel yg dah pun bocor.. Bertambah haru dan gelabah badak bila tgk bungkusan tu dah kosong... Ya Allah! Mana pegi smua manik2 silica tu??? Sy korek2 lg mulut Anis...ada la tjumpa 2 butir celah2 gusi dia tu. Ya Allah...susahnya hati.... 

Nak wat apa ni??? Camana nak buat ni?? Nak google pun x tau nama apa benda Allah tu... Ubat gegat ke?? Kalau google 'termakan ubat gegat' memang kecut perut sy bacanya...bahaya. Hati sy x tenang... Nak bernafas pun rasa mcm x sempat... Kaget mak nak oiii.... Sy cuba control 'gabra' tu supaya mr husband x prasan...bukan apa, risau dia pun cemas nanti.. Cepat2 sy bertanya pd grup whtsap sahabat2 yg tau hal2 kesihatan... Alhamdulillah dpt jawapan... Namanya "Silica Gel' . Dapat je nama tu trus google lagi..

Lepas google dan baca beberapa article tu dpt la sy bernafas dgn tenang skit... Alhamdulillah, silica gel ni tidak la sebahaya ubat gegat.. Oleh kerana sifat silica gel ini adalah menyerap lembapan, Baby yg termakan silica gel kemungkinan akan mengalami mata kering, iritasi, rongga hidung yg kering, tekak kering dan rasa tidak selesa pd perut. Ya Allah...kesian anis.. Cepat2 sy susukan dia dan berdoa semoga Allah selamat Anis dr simtom2 sebegitu. Semoga Anis kuat InsyaAllah. 

Setakat ni sy tgk Anis mcm biasa je... Lepas menyusu dia tdo sekejap dlm 10 minit pastu dah bangun & continue balik main2. Alhamdulillah nampaknya... Tp dlm hati sy masih ada prasaan risau. Allah...

Monday 19 October 2015

AKU & KENANGAN - Topik Rambut Zaman Sy Sekolah Rendah

"Rambut Mahkota Wanita". Memang sgt tepat istilah tu kerana ...bayangkan kalau pompuan tanpa rambut..x cantik kan? Gaya fesyen rambut boleh mnyebabkan wajah kita jadi berbeza. So..memang benar lah istilah tu kan..

Waktu sy kecik2 dulu, sy x ada peluang nak berambut panjang. Bila panjang skit je, arwah mak akan potong. Arwah mak potong sendiri je rambut kami adik beradik. Sy ingat lagi... Semua kami fesyen rambut serupa...kami namakan 'fesyen rambut bulat'. He he he... Sesuai kut ngan bentuk muka kami yg bulat. Waktu kecik2 darjah 1, 2, dan 3, sy x kesah sgt psl rambut. Mak nak potong, potong la... Sy bagi je kepala sy. Tp bila naik darjah 4 sy dah mula nak melawa. Bila mak ngan arwah kakak sy Norela suruh potong rambut, sy akan cpt2 hilangkan diri. Sy merayap ke rumah kawan dgn harapan bila sy balik rumah nanti, arwah mak dan kakak akan lupa. Memang terkadang diaorg lupa, tp selepas sehari dua, diaorg akan suruh sy potong rambut lg skali.. So x leh nak elak. Kekadang sy menangis bila tgk rambut kena potong. Sedey sgt...psl sy tringin nak jd cantik mcm kwn2 lain yg berambut panjang. Boleh di tocang satu...bleh wat tocang 2...dan bleh gak di buat dandan. 

Suatu hari waktu arwah mak sedang potong rambut sy, sy tanya pd arwah mak sambil tersedu sedan..."mak, nape yt x leh simpan rambut panjang? Yt tringin nak rambut panjang mcm Wan Syarizat..bleh ikat tocang". Arwah mak diam je x jawab apa. Arwah mak memang jenis diam. Tp arwah kakak yg jawap..lbh kurang cam ni la maksud dia "budak kecik bukan pandai jaga rambut...nanti berkutu. Rambut pendek mcm ni pun ada kutu, kalau panjang lagi la bnyk kutu". He he he....memang btul pun..sy waktu kecik ada kutu.. He he he. Kami ni org miskin, pd waktu tu shampu pun x mampu beli. Serba kekurangan. Berus gigi pun x de....selipar pun x de... Berus gigi ada 1 share ramai2. Sama ngan selipar. Selipar ada 2-3 psg je kut.. Pun kami share jugak. Kami yg budak2 kecik ni mmg x ada selipar sendiri. Main sarung je selipar mak, abg atau kakak. Kalau x ada selipar nak sarung, kami selamba je berkaki ayam. Sy jarang gak berkaki ayam, tp kakak sy Sulida mmg suka kaki ayam. Pasal dia kuat merayap! Ha ha ha!!! Sampai ada yg panggil dia 'tarzan'! Shampu pulak, kami guna sabun mandi je wat shampu rambut.. Kreatif kan?? Peliknya elok je plak rambut kami adik bradik ni tumbuh subur atas kepala... Subhanallah. Terima kasih Allah.

Selepas je insiden sy bertanya mak psl nape sy x leh simpan rambut panjang tu, arwah mak dan kakak dah x paksa lg sy potong rambut. Agaknya psl diaorg tgk sy dah pandai jg rambut sendiri. Pergi skolah ikat tocang dan kutu pun x ada. So diaorg benarkan sy berambut pnjg. Seronok sgt dpt simpan rambut smpi cecah bahu.. Waktu tu prasan diri lawa dah.. Ha ha ha! Siap beli reben letak kat kepala. Memang prasan comel la waktu tu.. Hu hu hu..Sorry....cter psl skolah rendah, tp share gmbr waktu skolah menengah. Waktu skolah Rendah x pakai tudung, tu psl x leh share. Hi Hi Hi...


Yang indah hanya sementara... Waktu sy darjah 6, akhir tahun biasa la zaman tu ada buat Hari Kanak-Kanak..sy mcm biasa memang stiap thn akan ambik bahagian utk persembahan tarian. Tp tahun tu special skit psl sy ada buat persembahan fesyen. Cikgu Azizah pilih sy untuk pakai pakaian pengantin pulak tu!! Happy sgt sgt sgt... Cikgu Azizah dah brangan nak sanggulkan rambut sy. Baju plak seingat sy, pinjam dr kawan sy nama Jamatol Saadiah. Kakak dia ada kebaya songket kaler kuning air. Nasib baik sy muat baju tu, cuma besar skit la psl sy "kerempeng" pd waktu tu. Dlm persembahan fesyen tu sy couple dgn Ketua Darjah sy, Saiful Lizan. Kebetulan sy Penolong Ketua Darjah. He he he... Sy rasa bahagia je terpilih wat fesyen show..btul2 rasa mcm nak jadi pengantin la plak. Sempat la berlatih "catwalk" 2-3 hari sebelum hari persembahan. Suatu hari lepas balik dr training, arwah mak dah tunggu kat umah nak gunting rambut sy. Sy x nak gunting rambut...sy menangis bgtau mak mintak tunggu smpi esok untuk lepaskan persembahan Hari Kanak-Kanak tu, tp arwah mak bertegas nak gunting jugak rambut sy. Sedey la sgt.. Sy patuh cakap arwah mak. Walau sedey sedan sy biarkan saja rambut sy di potong pendek. 

Keesokannya sy pergi ke sekolah dgn hati yg menggerutu... Sy rasa malu berambut pendek dan mcmana nanti nak ngadap cikgu Azizah. Dlm hati tertanya2, adakah cikgu Azizah akan ambil org lain gantikan aku kerana aku dah x cute lg nak catwalk pakai bj songket pengantin dgn rambut aku yg pendek??? ( Prasannya statement!! ) Kawan2 smua terkejut dan bertanya nape sy potong rambut..sy cuma mampu jawab "mak aku suruh potong rambut...aku x leh wat apa". Cikgu Azizah pun dtg tgk aku dah berambut pendek. Alhamdulillah cikgu Azizah x marah. Dia kata teruskanlah cuma x bleh la nak bersanggul. Rambut tu just let it be the way it is. Fuhhh!! Lega... Merasa jugak la sy wat catwalk baju songket. Walau rupa sy nampak pelik, dah x ayu dgn brambut pendek dan berkebaya labuh songket, sy tetap dpt sorakan dr peminat2 di bawah pentas. Ha ha ha.. (Statement x bleh blah!! Syoknyer perasan..) Sebenarnya diaorg bukan sorak sy...diaorg sorak kat pengantin lelaki iaitu Ketua Darjah sy. Dia tu sbenarnya yg ramai peminat..ye la..org ensem..naik beskal BMX g skolah. He he he. Sy tumpang glamour je...

         Ni gambar waktu sy form 5 kat Vokasional Ipoh. Kursus Pengurusan Pejabat.


Wah panjangnya entry sy psl rambut ye.. Ni baru 1/4 je kut dari kenangan2 sy dgn rambut ni... Seronok imbau kenangan lama. Tu cter masa zaman budak2... Nanti ada masa sy cter zaman dah tua plak ye... Dah lewat malam ni.. Goodnite everybody... Assalamualaikum





Friday 16 October 2015

RESTORAN S'RICH CAFE, SIERRA PERDANA

Di suatu malam pada minggu yg lepas (lupa tarikh sebetulnya :-p ) sy dan en. Suami lapar.... Nak masak dirumah tp bekalan air x de, so kami pun kluar la mencari makan. Tp mlm tu beberapa kedai mkn yg kami slalu pegi berhampiran rumah kami tutup plak.. Husband ajak lepak mamak, tp anak sy anas plak x nak. So sy cadangkan pd husband utk try satu restoran ni.. Nama restoran tu "S'Rich Cafe". Sy pernah dtg skali kat restoran tu sbelum ni dgn 2 org anak sdara sy, Wani dan Shira. Waktu tu kami order lamb chop, chicken chop dan sandwich. Not bad cuma sayangnya diaorg x guna 'hot plate' utk makanan 'chop-chop' nya tu... Kalau pakai hot plate sure lebih gempaq!!  Menu dia ala2 barat gitu.. Kek-kek pun ada.. Dekorasi restoran tu pun cantik..

Slepas dr tu sy dah x pernah lg ke restoran tu. Stiap kali sy lalu, sy slalu tgk restoran tu mcm x ada org..mcm sunyi sepi je...kesian plak sy tgk nya.. Seolah org x tau kewujudan restoran tu.. Psl tu la sy nak ajak husband mkn kat situ..nak bg diaorg bisnes :-).

Sesampai shj kami di depan restoran kami nampak ada 2-3 org warga asing lepak depan restoran. Kami pun terjenguk2 sambil fikir bukak ke tutup restoran ni? Tetiba ada seorang lelaki yg agak berumur dtg ke depan kereta kami dan menjemput kami masuk ke dlm restoran. Sungguh ramah pakcik tu, kami trasa mcm berada di rumah plak cara dia menjemput kami masuk tu.. Pakcik tu siap2 ckp, "nanti korang mkn, bg pakcik pegang baby tu, biar pakcik yg jaga". MasyaAllah baiknya pakcik ni. X pernah dlm hidup sy pegi mkn luar, ada org offer nak jagakan baby utk beri peluang sy makan... Terharu sgt prasaan..

Bila smpi di dalam restoran sy tgk kerusi meja dan hiasan restoran dah berbeza dr yg pernah sy dtg dulu... Menu pun dah berbeza.. Sy tanya pakcik tu apa yg istimewa di restoran tu? Dia jawab "semua ada insyaAllah.. Nak tom yam ke...goreng2 ke...". Husband sy pun trus order nasi daging merah dan nasi grg cina ngan telur dadar utk anas.. Sy plak atas rekemen pakcik tu, sy mencuba tauhu goreng... Air plak, husband order fresh orange, ais kosong utk anas dan honey dew juice utk sy. Dekat restoran tu sy tgk menu air buah-buahan dia mmg bnyk...siapa suka minum juice leh dtg sini... Rupanya pakcik tu yg masak sendiri...aduhai memang btul2 rasa mcm kami ni tetamu yg dtg ke rumah..bukan datang restoran. 

Bila makanan sampai kami tgk rupa makanannya pun dah memang menyelerakan. Rasanya pun sangatlah sedap.. Terer pakcik ni masak! Memang cukup rasa masam manis masinnya... Air juice nya pun sedap bangat..terasa jusnya dan x la cair mcm org kedekut buat air. Sy makan tauhu goreng tu pun sedap. Dia mcm tauhu bakar...ada tauge ada kangkong tu.. Memang terbaikkk la!!

Yang bestnya memang dia kotakan kata2nya, baby anis dia tolong jagakan. Dia dukung bawak keluar dr restoran sambil sembang2 ngan kawan dia. Dapat la sy makan dgn syoknya...

Kepada semua kawan2 yg berada di area Pasir Gudang ni, memang sy rekemen restoran ni. Sedap dan harganya pun memang sgt bagus. Waktu bayar tu sy tanya balik smua dah kira habis ke? Pakcik tu kata ya..smua dah kira dah. Wuiiii!! Memang murah la... Sy x nak la bgtau harganya kat sini psl kalau sy bgtau, nanti korang x percaya... So better korang pegi cuba sendiri. Sy x di bayar utk promosikan restoran tu ye...sy ikhlas menulis mengenainya kerana sy sgt puashati dgn layanan dan masakannya. Sy doakan S'RICH CAFE maju jaya. Amin.

#makansedapdanmurahpasirgudang

Tuesday 13 October 2015

SALAM MAAL HIJRAH 1437

Hari ni Rabu 14.10.2015 adalah 1 Muharam 1437H.  Hari cuti am bg negeri Johor. Mcm biasa kalau ada cuti husband akan ajak balik kampung kat Felda Tenggaroh. Kebetulan abg nya yg sulong pun balik jugak, so boleh la berkumpul kumpul skeluarga. Lagipun ank sy Anas kwn baik dgn spupunya Haikal. Gembira btul diaorg bila dpt bjumpa. 

Smpi je umah mentua mlm td mak dah hidangkan ketam sambal dgn daging masak kicap. Pd mulanya sangkakan daging msk kicap tp bila di tgk2 rupanya mcm lain... Sy tanya pd husband, daging ke apa ni? Husband jwb...pipi ngan lidah lembu. Wahhh!! Ni 1st time sy dgr pipi dan lidah lembu di buat masak.. Sy jd takut2 nak mkn tp dah 'ter'sudu masuk pinggan... Eemmm.... Agaknya husband tau apa yg bermain di fikiran sy, "cuba la...sedap la cyg.." dia bg semangat. Dlm ragu2 sy suapkan jugak la ke mulut.... Emmm not bad rasanya... Rasa cam kenyal2 skit... Bila tringat lidah lembu, sy mcm x lalu juga, tp sy kuatkan smangat utk jaga hati encik suami. Lepas2 tu baru leh accept..heh heh heh... Sedap mak masak. Ketam sambal mak pun superbbb!!! 

Hasrat dihati kalau bleh nak tambah lagi. Tp bila kenang "diet" cpt2 batalkan niat. Kalau dah gemuk nanti susah plak nak kuruskan balik badan ni. Ni pun dah tembam2...nak kena control mkn. Alhamdulillah ada bawak dari rumah Lecithin Shaklee dgn Alfalfa Shaklee. Lepas mkn sy telan plak 2 benda ni. Semoga dgn berkat usaha sy ni dan izin dr Allah, berat badan sy x bertambah walau ambik mkn mlm. Kalau balik rumah mertua memang sy kena bwk "2 bradik" ni psl mak mentua sy teror masak... Dia rajin sgt memasak dan masakannya sgt la sedapppp.. Rugi kalau sy x makan.. So ini la caranya..lepas mkn, sy telan Shaklee.. He he he..

Ehhhh ni dah jauh melalut dari tajuk dah ni... Tajuk sy tadi "Tahun Baru Hijrah 1437" kan?? 

So ini lah salah satu dari apa yg sy azamkan di tahun baru ini iaitu 'aktifkan Blog'. Harap ada yg sudi baca. Dah lama sgt sy x update apa2...puncanya ialah charger lap top sy hilang.. Hu hu hu... Sampai ke sudah sy x beli2 lg charger yg baru.. Alhamdulillah sy dpt free Ipad dari BSN sempena KPI sy tahap 5 tahun lepas. Terima kasih BSN. Pd mulanya sy x bminat nak guna ipad ni, kebetulan ada 2-3 org kwn yg nak beli ipad ni. Tp bila sy kenang2, ini la kenangan terindah sy dgn BSN dimana sy di anugerahkan tahap terbaik dlm sejarah kerjaya sy..akhirnya sy x jd jual. Bila sy fikirkan itu sy jd sayang sgt pd ipad sy ni. Akan sy gunakan sebaiknya. Specially utk update blog. 

Last entry sy ialah waktu sy mengandung kan Anis.. Skarang baby sy dah genap 7 bulan dah pd hari ni. InsyaAllah akan sy cterkan apa yg sy telah tertinggal pd entry yg lain ye.

K la...ni diaorg dah pnggil - pnggil.... Masa utk mkn tengahari.. Bertuah btul bdn..mak mertua rajin masak. Sy tau makannnnnn je.... Allahu Akbar...Alhamdulillah...

Jumpa lagi di lain entry... Salam.


Sunday 14 December 2014

Kek Marble Pelangi

Berjaya juga akhirnya aku buat kek marble pelangi ni... resepi asal guna marjerin, tp tukar kpd butter. Eemmm rasanya memang sedap sangat cuma rupanya x brapa nak cantik luarannya.. psl aku salah setting api atas bawah, so luar masak dulu tp dlm masih mentah. Aku terpaksa tunggu dalam nya masak jadi luarnya dah over cook..tp sedap gak psl jadi rangup. Rupa dalam kek tu cantik berlapis2...aku follow teknik kat youtube. Esok lusa aku nak buat lagi, kali ni aku nak guna api bawah je. Semoga aku berjaya hasilkan kek marble pelangi yang "mabeles".. he he he...

Friday 28 November 2014

Family Trip. Best Moment Ever....

Kota Bahru & Kuala Terengganu. 25 & 26 Nov 2014.  Memulakan perjalanan dari rumah di Jb jam 9 pagi tepat, smpi di SKBJ ambik anak2 di Bukit Jelutong lbh kurang jam 2 ptg. Lepas tu ke SK Kuang Selangor ambik kakak sy Sulida n family lbh kurang jam 3 ptg... waktu ni rasanya mmg dah xcted nak bercuti so asyik whatsapp kat grup family gmbr2 dlm bas.. maklumlah 1st time buat "family trip". Tiba di rumah mak lbh kurang jam 5 ptg. Bas terpaksa parking di SK Manjoi kat belakang rumah memandangkan rumah mak di jalan utama, risau mengganggu lalu lintas. Kesian lak tgk husband terpaksa menapak dr skolah balik ke rumah mak... Husband di rehatkan sebab plan kul 2 pg nak gerak... he he he.. Kami memilih untuk melalui jalan Grik untuk perjalanan pergi kononnya utk menikmati suasana malam yg sunyi lagipun jaraknya lebih dekat berbanding jalan alternatif lain. Hasrat di hati teringin juga nak berjumpa dgn gajah liar mcm trip thn 2008 dulu, sy terserempak dgn 2 ekor gajah..tp x di izinkan Allah. Sy bnyk tdo dlm perjalanan tp sesekali sy tersedar dgr bas mengaum bila panjat bukit...ditambah plak tpaksa bwk slow sgt psl membontoti lori2..he he he.. waktu tu terasa kesiannya kat husbband, org lain tdo tp dia tetap gagah memegang stereng. Niat nak berjaga teman husband, tp mata ni nak tdo juga, mungkin sebab kepenatan kerana...emmmm...biasala bila balik rumah mak, mcm2 nak kena 'buat'.. tp Alhamdulillah kakak sy Sulida tu ada, so dia yg lebih bnyk mengemas-ngemas2... sy dah x larat, perut dah membesar (5 bln ++) dah x bleh nak tunduk2, x bleh nak lasak sgt...cpt penat. Alhamdulillah juga anak dara sy, Farah Diana dan anak dara kakak, Syafiqah bnyk sgt membantu utk keselesaan bersama. Anak bujang sy, Eusoff Daniel, Eizlan Danish, Elham Danny dan anak bujang kakak, Syafiq pun sgt2 awesome hari tu.. semoga Allah balas jasa baik korang semua ye.. Emmmm.. mcm2 lg nak cter, tp sy tpaksa sambung next time.. Pasal nak masak2 lak utk anak2 yg tgh bercuti kat rumah ni... Ada masa sy sambung lg k...