Saturday 19 December 2015

Muffin Simple Saja2

Sy ni penggemar muffin... Tp malas nak buat.. He he he..

Anas dah lama request tp x gak buat2.. Bertambah malas bila keadaan skarang slalu x de air.. 

Asal cuti je mesti Anas ajak buat muffin...so hari ni sy tunaikan impian dia... Lgpun hari ni ada air.

Ini la resepi simple muffin :-





1 cawan tepung yg di ayak (sy guna cawan 'mug')
1/2 cawan gula castor
1/2 cawan marjerin
2 sudu teh vanila
Telur 2 biji


Masukkan smua bahan kecuali tepung dan kacau hingga sebati.

 Kacau guna spatula aje pun boleh x perlu mixer2. 

Dah sebati semua bahan barulah masukkan tepung.. Kacau lg hingga sebati.

Dah sebati smua bleh la di scoop guna icecream scoop masuk acuan..



Boleh campur chocolate rice atau chocolate chip ikut suka ye...



Bakar selama 20 minit dgn oven 180'c. Api bawah shj dan berkipas k....




Dah siap.... Dapat la dalam 16 biji muffin saiz sederhana besar tu. Td sy buat chocolate chip, chocolate rice dan muffin plain....

Simple...tp sedap! Cuba la ye...













Bekalan Air Berjadual Di Pasir Gudang

Pada waktu ini kami penduduk area Pasir Gudang sedang alami dugaan dr Allah iaiti masalah 'bekalan air'. 

Puncanya ialah 'air mentah' di muka sauk Empangan Layang di Sg Layang Johor yg membekalkan air mentah ke loji rawatan air Sultan Iskandar utk dirawat sebagai air bersih masih kekal berada di bawah paras kritikal. 

Innalillahiwainnailaihirojiun....



Masalah dah berlarutan dr bulan September lagi. 2 hari ada air..2 hari lg x de air. 

Tp bulan Disember ni jadual bertukar plak.. 36 jam ada air, 36 jam lg x ada air!!!! Alhamdulillah... Allah....

Semoga kami semua tabah hadapi dugaan ni... InsyaAllah. 

Ya Allah...cepat lah berlalu masalah ni...

Friday 18 December 2015

SATU BENDA TP LEH WAT MACAM2 KEJA - BASIC H ORGANIC SHAKLEE

Boleh bayang x satu benda yg leh wat mcm2 kerja? 

Ada kawan yg pesan ngan sy jangan jual benda 'ajaib' psl risau bg persepsi negatif kat customer. 

Risau cust sangka sy cuma 'melabun' je...

Eeemmmm....melabun atau tidak u'olls tgk sendiri la ye.....he he he..






Leh hilangkan kutu kat kepala!!








Leh hilangkan kesan conteng!!








Leh hilangkan kesan minyak2 di dapur!!!







Leh hilangkan daki kat bilik air!!

Leh kilatkan sinki!!!








Leh wat mandi utk yg ada sakit kulit....







Dannnnnnnn yg lebih penting lg utk akak2 ibu2 yg rajin masak tu... Benda ni leh segarkan sayur2 yg dah layu dlm peti ais tuh!!!!





Eeehhhhhh!!! Betulllll ke nihhhhh?????

Adik2 akak2 cuba la sendri baru tau betul ke tidak...




Eeehhhhhhh!!! Tak racun ke??????

Tak dikkk.....dia organic!! Bebas fosfat!! Bebas toksik!! 





Ada testimoni dari pengguna ni... Melabun ke tu ye????






Thursday 17 December 2015

DAH LAMA X CIUM BAU BABY... AKHIRNYA ALHAMDULILLAH.. INSYAALLAH.. TERIMA KASIH ALLAH. TERIMA KASIH SHAKLEE


Seronok dpt berita kwn sy dah mengandung selepas sekian lama menanti kehadiran baby. Anak dia yg sulong dah umur lbh kurang 5 tahun rasanya, dah besar...so dia rindu nak baby lg. Tp sejak setahun yg lepas dia ada masalah dgn aturan haidnya. Kejap ada....kejap x de berbulan bulan... Dah berusaha mcm2 dan pernah juga makan EPO tp EPO x mampu nak selesaikan masalah dia. Untuk memungkinkan dia dpt baby, dia perlu betulkan dulu aturan haidnya yg x menentu tu...

Geramnya tgk baby... Silap2 aku lak yg ngandung lg... He he he...


Akhirnya dia ambik keputusan untuk cuba consume produk Shaklee GLA. Dia bersemangat nak cuba GLA lepas tgk beberapa testimoni cust yg berjaya dr pembacaan dia di beberapa blog. Waktu dia wsap nak order GLA tu sy nasihatkan utk ambik GLA bersama set asas iaitu ESP, Vitalea, B Complex dan Vitamin C.  Tp dia nak cuba GLA je...sy pun faham gak... So sy cadangkan dia ambik GLA bersama Alfalfa untuk stabilkan hormon dan suami isteri perlu consume. Seorang je yg nak berusaha x menjadi....dua-dua usaha laki bini barulah usaha diberkati. InsyaAllah.


Tengok gambar anak sendiri la... Ni gambar baby Anis ngan kakak dia Anas.. Waktu ni Anis baru umur 3-4 hari camtu...



Ni Anis waktu dia umur 5 bulan kut...lupa dah...



Pd awal pengambilan dia ada alami 'healing crisis'. Muka dia naik jerawat 2-3 bijik.. Alhamdulillah.. 'healing crisis' itu adalah benda positif. Itu maknanya apa yg kita ambil tu tgh wat keja la tu, dia bertindak balas dgn badan kita. 

GLA ni kemampuan dia ialah membetulkan hormon badan. 

Alfalfa pulak kemampuan dia membuang toksin dari badan. 

So x perlu risau dgn 'Healing Crisis' ye...biar diaorg wat keja diaorg....  Kita relax cool & chill je wait for the miracle... Chewahh!!

Alhamdulillah x lama dan x berpanjangan..jerawat dia pun kering.  





Alhamdulillah lbh kurang 3 minggu lebih diaorg laki bini consume akhirnya Allah perkenankan doa mereka.

Subhanallah... Allahu Akbar... Alhamdulillah... Sy tumpang gembira!! Terasa mcm diri sendri plak yg mengandung... Ha ha ha... Sy btul2 happy waktu dpt berita dr kawan pagi tu... :-)

So kepada adik2 kat luar sana yg ada masalah sama berusahalah ye. Pasang impian tp x ada usaha maknanya kita 'mimpi' je la.... Tunjukkan kepada "Allah yg Maha Kaya Maha Pemberi Segala" yg kita benar2 mahukannya. Usaha, doa & tawakal. Allah akan melihat usaha kita. InsyaAllah Allah Maha Pengasih & Penyayang akan  kabulkan doa kita.

Ok...dibawah ni sy share beberapa testimoni yg sy dapat dr Mr. Google Image. 

Eeemmmm.... Fikir-fikir la ye.....









Banyak lagi testimoni2 kat Mr Google... Kalau x puas dgn apa yg sy share ni, adik2 google la ye...


Sebagai akhir bicara, sy doakan semua yg membaca entry sy ni berjaya dgn apa jua yg di impikan, dan berjaya juga di dunia dan di akhirat. Aamiin...




Norhayati Zambri



#glashaklee
#alfalfashaklee










Tuesday 15 December 2015

Jangan Sayang Buah Hati Jerrrr.. Organ Hati Tu Sendiri Kena La Sayang Jugak - DTX Complex Shaklee

Wahhh!!! Sy teruja sungguh dgn menu baru dlm senarai suplemen saya ni!! 




DTX Complex ni untuk organ hati. Bila cakap pasal hati kita akan teringat kpd 'LOVE'... 

Orang selalu lukis gambar hati dgn bentuk LOVE kan... :-)
Mengapa sy makan suplemen??? .....kerana sy LOVE sgt diri sy... I really care about myself...

Mengapa pilih suplemen Shaklee??? ......kerana sy in LOVE dgn produknya...

Nape agaknya ya sy di landa LOVE sgt dgn produk Shaklee ni????

Kerana 'testimoni2' nya..... Terbukti berkesan InsyaAllah!!







#dtxcomplex
#shaklee


Sunday 13 December 2015

SET PENYUSUAN SHAKLEE

Saya ada 6 org anak. Yg sulong umur 19 tahun dan yg paling bongsu umur 9 bulan. Sy nak share pengalaman sy menyusukan 6 org anak sy.

Ni la anak2 sy. Dalam gambar ni anak sulong lelaki sy x ada.. Dia x ikut g jalan psl dia ada kelas. Dia masih belajar di Politeknik Metro JB


Sewaktu sy melahirkan ank sulong, umur sy baru 21 tahun. Muda kan?? Ya...sy kahwin pd umur muda, 20 tahun. He he he... Sy bangga jadi ibu muda. Alhamdulillah sy berjaya susukan ank sulong sy sehingga umurnya 7 bulan. Selang 2 tahun, sy melahirkan anak yg ke-2 pula dan berjaya susukan sehingga umurnya 5 bulan. Niat hati memang nak susukan anak selama yg mungkin tp x de rezeki nak susukan lama2..susu kering sendiri...

Ni la anak sulong sy... Mohd Eusoff Daniel


Selepas selang hampir 2 thn sy melahirkan ank yg ke-3. Tapi kali ni x ada rezeki nak susukan baby lama2.. Rasanya lebih kurang 2-3 minggu je sy berkesempatan susukan baby lepas tu susu kering. Sedih je rasa... Berlarutan kes yg sama untuk anak ke 4 dan 5. Pelik plak rasanya 'dalam hari' susu dah kering... Rasa mcm x lengkap sebagai ibu kalau x dpt susukan anak sendiri. Walaubagaimanapun sy bersyukur juga dpt susukan anak walau hanya dlm tempoh 2-3 minggu.

Bila sy dpt tahu sy mengandung anak yg ke-6 ni, sy pasang niat awal2 utk susukan dia selama yg mungkin. Saya mula google apa2 produk utk bnykkan susu badan. Bnyk blog yg sy lawat antara yg paling sy suka blog mamaalya.com.  Bnyk jugak info panduan petua yg sy dpt.. Alhamdulillah. Hasil survey dr blog, bnyk yg rekemen produk Shaklee. So sy pun fikir, i must try this product!!

Dah hampir nak bersalin sy pun order la set penyusuan dgn seorang kawan ni. Alhamdulillah selepas sy bersalin sy dpt susukan baby sy dgn baik. Baby sy pun sgt pandai menyusu... 






Mengimbau balik kisah pd hari sy bersalin tu, sebaik shj sy bersalin, slepas baby di mandikan, terus nurse bg baby kat sy minta sy susukan. Saya terkejut sebab sy masih lg terbaring dlm bilik bersalin, belum pindah masuk wad lg nurse dah minta sy susukan baby. Sy risau susu badan masih x ada tp nurse kata x mngapa kalau x de susu badan lg.. just susukan dia. Nurse tu mengiringkan sy sambil tunjuk posisi btul utk susukan baby. Sy ikut je arahan...he he he.. Amazing sungguh la anak sy kali ni pasal memang dia pandai sgt "hisap susu"!! Kuat sedut plak tu!!! Teruja sungguh sy pd hari pertama tu!! Allahu Akbar...Subhanallah!! Alhamdulillah sgt...



Sehingga la ke hari ini, sy masih consume set penyusuan Shaklee dan berkat usaha dan dgn izin dr Allah, dah 9 bulan umur anak sy, sy masih susukan dia. Alhamdulillah. 

Kepada sahabat2 di luar sana yg berniat nak susukan baby sendiri dan masih tercari2 produk yg terbaik, sy cadangkan set penyusuan Shaklee kerana ianya terbukti pd diri sy sendiri dan beribu lg ibu2 yg telah dpt manfaat drpd nya. Sy sgt yakin pd produk ini. Selepas 6 bulan sy istiqamah consume produk ni, sy terus mendaftar menjadi ahli Shaklee. Niat sy adalah utk sampaikan kebaikan produk ini kpd semua ibu2 di luar sana. InsyaAllah.



#setpenyusuanshaklee
#milkbooster



SELESAI MASALAH SAKIT BELAKANG, LENGUH BADAN DAN LAWAS DENGAN OSTEMATRIX SHAKLEE




Manfaat utama :

1. Menguatkan tulang - kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka gigi dan sistem saraf. Juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa) kuku rapuh, eczema, gusi berdarah dan merangsang darah utk memekat.

2. Memperbaiki kekejangan dan kebas2 - pengambilan 600mg kalsium sebelum tdo akan memperbaiki kebas2, kekejangan, sakit sendi & artritis

3. Meringankan stress - mengimbangi tekanan darah, denyutan jantung, impuls saraf, menggalakkan tdur yg selesa, memperbaiki jantung yg berdebar, gementar, mimpi buruk & stress. Mampu memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.

4. Memperbaiki masalah haid - pengambilan 1000mg kalsium & magnesium serentak meringankan sakit waktu haid & membantu buang air kecil

5. Pengalkalian tubuh 

6. Vitamin D

7. Magnesium

8. Memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik




#ostematrix
#shaklee

OTAK CERGAS BADAN SIHAT DENGAN OMEGA GUARD SHAKLEE

Macam mana fatty acid boleh bakar lemak ye?

Omega-3 membantu untuk membakar lemak dengan membantu badan kita untuk merangsang hormon yang dipanggil Leptin. Hormon Leptin ini akan membantu badan kita untuk mengawal selera kita dan menyebab kita kurang makan dan ini boleh mengurangkan berat badan kita.

Selain itu, leptin jugak meningkatkan metabolisme badan kita dengan menambah pengeluaran hormon thyroid. (thyroid akan stabilkan metabolisme badan kita)

Leptin juga akan membakar lemak untuk dijadikan tenaga.

Sekiranya badan anda tidak bertindak balas dengan Leptin, maka proses timbal balik akan berlaku, kita akan rasa sangat lapar dan kita akan menyimpan lemak yang banyak. Jadi pengambilan omega - 3 akan membantu badan kita untuk memberi tindak balas kepada leptin dengan lebih baik jadi kita akan menambahkan lemak dan metabolisme di bakar.

Omega - 3 boleh didapati di dalam ikan salmon, flakseed, kacang, dan suplement omega dan ada terdapat 79 punca makan yg ada omega 3

3 cara Omega 3 membantu untuk mengurangkan berat badan

Omega 3 membantu untuk mengawal kelaparan dengan menstabilkan kadar gula di dalam badan.
Kajian daripada orang Australia, orang yang membuat senaman dengan omega 3 dapat membakar lebih banyak lemak berbanding dengan orang tidak mengambil omega 3.
Kajian di Jepun dan Czech mencadangkan Omega 3 untuk melindungi daripada pembentukan lemak dan dalam kajian yang sama omega 3 adalah untuk membantu membakar lebih lemak lagi.





#omegaguard
#shaklee

Saturday 12 December 2015

TURUN BERAT BADAN DENGAN LECITHIN SHAKLEE

Ini adalah produk wajib saya ambil setiap hari untuk sy pastikan berat badan sy x melambung naik!! Faham2 la sy ni menyusukan baby so memang slalu je rasa lapar. Sy x leh elak dr makan nasi. Memang kena makan nasi tp sy make sure kuantitinya x la menimbun.. He he he..

Lepas makan nasi, sy akan telan lecithin.. 3 pg/tghari dan 3 mlm.

Di awal2 dulu sy ambik lecithin dgn kuantiti tinggi sebab sy nak kuruskan badan. Sy ambik 5 biji pg/tghari dan 5 biji malam.

Dan sekarang makan lecithin utk maintainkan je berat badan. So far Alhamdulillah..








Oh ya!! Lecithin jugak bagus utk otak tau... 




Untuk kolestrol pun bagus... Sy memang x ada masalah kolestrol, Alhamdulillah.. Hari tu check tahap kolestrol sy memang rendah. Alhamdulillah sgt2...




#lecithin
#shaklee


Saturday 5 December 2015

Dinner BSN Johor 2015 - "Stars Of The Night"



Semalam Jumaat 4 Disember sy hadiri makan malam BSN 2015 di New York Hotel JB. Temanya "Stars Of The Night". Tp sy x ikut tema sgt...tali pinggang je la kut yg ada "stary" skit... Sy angkut skali Mr. Husband ngan 2 anak kecik Anas & Anis tu. Alhamdulillah diaorg ni baik x wat perangai spanjang majlis.



Best la dinner malam td.  Sy paling suka persembahan dari grup AP (Polis Bantuan), rancak, lawak dan simple je tariannya. X payah nak menari complicated utk tarik perhatian audience. Lepas tu sy suka persembahan 'magic' dr staff AP juga dr Zon Kulai. Lepas tu sy suka persembahan dangdut "Senggol Senggolan Cubit Cubitan" dr Zon Bt Pahat. Sedap suara teller Syafika (kalau x silap nama dia) siap Ketua Zon dia En Ismail gelek lagi atas pentas!! Pastu staff2 Bt Pahat yg lain pun sporting naik pentas bergelek!! Aduhhh... x leh lupa la tgk En. Ismail gelek tu... He he he. Pastu persembahan Zon Muar pun not bad.. Duet lagu Dangdut gak..lagu apa lupa la plak... Tp memang kelas teller Hazmi Bidin bergelek!! Ramai yg bersorak suka.. Lagi satu persembahan duet dr Zon Nusajaya asanya. Lagu Baldu Biru... Oh ya!! Ada jugak persembahan solo, abg Iskandar Shah dan KON, En Hamzah Ibrahim. Abg Iskandar siap nyanyi 2 lagu lagi! Suara abg Is memang x leh nak sangkal lg, memang super leh tarik tinggi.. X sangka ramai staff Johor yg berbakat dan yg paling penting SPORTING!!!



Pd dinner mlm td diadakan majlis penyampaian sijil Anugerah Kesetiaan BSN bagi kakitangan yang dah berkhidmat melebihi 25 thn.  Juga pd majlis yg sama meraikan kakitangan yg telah bertukar, akan bertukar, bersara dan bersara awal. Agak touching la jugak waktu diaorg siarkan 'VT' tu.. Jenuh menahan sebak kat dada, x nak menangis tgk muka2 kakitangan yg nak meninggalkan BSN Johor mcm abg Mohamad Saion, abg Hasmal, Nizam Bakar terutamanya Pengarah Perniagaan Negeri, En. Said Azmi Said Ali.

Selepas persembahan VT tu, diaorg sambung plak persembahan nyanyian dr kakitangan teller Khairul Anwar Azril yg menyanyikan lagu Josh Groban 'U Raise Me Up'. Sy memang 'alah' ngan lagu ni. Waktu dgr muzik intro je sy dah tahu, sy memang akan menangis kali ni... X leh elak lagi!!  

Dalam ramai2 yg akan meninggalkan BSN Johor tu, of course yg paling rapat ngan sy ialah En. Said Azmi Said Ali. Walau hanya berkesempatan berkerja 15 bulan sebagai PA dia tp bnyk perkara yg sy dpt timba dr dia. Dia seorang yg boleh beri nasihat bukan shj mengenai hal2 kerja tetapi juga yang berkaitan dgn hal keluarga. Terima kasih En. Said atas nasihat2 tu... Sy doakan En. Said berjaya di dunia dan juga di akhirat ye.



Hasrat hati memang nak stay smpi habis majlis, tp baby Anis dah meragam nak susu. Susu botol tertinggal plak kat umah, so tpaksa la bg susu badan... Nasib baik bawak shawl utk cover, tp x selesa la... Anis pun kejap2 nak selak shawl yg cover tu.. Aduhai... Nak x nak sy tpaksa undur diri. Pd waktu tu Majlis dah nak habis pun... Hadiah utk cabutan bertuah dah tinggal 5 je.. Waktu tu mcm ada perasaan yg nama sy akan di panggil, tp bila fikirkan Anis, sy atur jugaklah langkah menuju ke lif... Hu hu hu.... 



Dalam perjalanan balik, kawan smeja sy wsap bgtau nama sy naik menang cabutan bertuah!! Huaaaaa.....memang bukan rezeki sy... X pe... Lain tahun InsyaAllah ada lg rezeki sy. Aamiin.