Saturday 25 June 2016

Cara Senang Untuk Membersihkan Rumah

Hari ni sy ambik cuti rehat.

Ada "Misi Khas".

Misi mengemas nak raya!!

Jadi bibik la sy hari ni.. Hu hu hu.. Dah bersusun tugasan.. Harap2 boleh setel dlm 1 hari. Doakan sy ye kawan2...

Nak cleaning... Nak shining... Nak glowing... Sy guna Shaklee Basic H2 jer! Alhamdulillah ada 'pembantu khas' ni. Memang ini la pembantu sy selama ni. Wajib ada kat dapur ni!!

Sangat jimat sebab dia pekat. Sy beli dr tahun lps tp x habis2 lg!!

Guna skit jer masuk dlm baldi, letak air sparuh baldi. Dah bleh sental seluruh bilik air, bilik mandi..

Leh jugak guna utk lap lantai tau. Leh jugak guna utk lap kabinet dapur, lap dapur tmpat masak tu..dinding dapur.. Sinki dapur..peti ais... Macam2 la. Senang citer kalau hal 'membersih' je memang boleh guna benda ni.

Kalau yg jenis kulit sensitif tu x perlu risau sebab benda ni natural organic.

X ada toxic!
X ada phosphates!

RM46.00 je kawan2!!
Sangat berbaloi kalau beli sebab tahan lama!

Harga asal RM48.76 +gst.
Tp nak raya punya pasal, sy bg diskaun harga tanpa gst.

Berminat wsap sy k
012-7458 096

#tasneemnetwork
#tsunamishaaklee


Tuesday 21 June 2016

Supplemen Untuk Maintain Berat Badan

Dah masuk majalah 'cosmepolitan'... Muka depan lagik... Nak lawan majalah cosmopolitan!! Ha Ha Ha...

Apa yg sy pegang tu? Alfalfa dan Lecithin.. 

2 supplemen ni memang setiap hari sy makan pagi dan malam. Ni kalau balik kampung tertinggal ni memang patah balik rumah pegi ambik ni... Sebab apa tau, sebab kalau balik kampung, sy akan makan bnyk.. Mak mentua terror masak, so sgt rugi kalau x makan kan... Jadi ini la yg menolong sy maintainkan berat badan! Nak raya ni lagi la mcm2 nak makan... Sy paling suka makan kuih raya.. Get ready la dgn supplemen ni.

Bukan setakat utk berat badan je, ada jugak fungsi lain. Alfalfa ni senang citernya untuk kewanitaan. Tapi jangan pulak salah faham ye, Alfalfa ni boleh jugak di makan oleh org lelaki. 

Lecithin ni pulak baik untuk memori, untuk ingatan kita dan jugak boleh membantu untuk lebih fokus. 

Kedua-dua supplemen ni dari bahan semulajadi. Tu yang sy suka sgt tu. Semua produk Shaklee x ada yg sintetik, semua pun dari bahan 100% semulajadi. Selamat untuk kita amalkan. InsyaAllah.

#tasneemnetwork
#tsunamishaklee



Thursday 16 June 2016

Pengalaman Set Penyusuan Shaklee

Dari awal kandungan lg ibu dah berniat nak susukan sendiri anak ibu selama yang mungkin. Hanya abg Daniel dan Kak DD yg dpt ibu susukan agak lama sikit (sehingga 7 & 5 bln). Abg Danish, abg Ham ngan kak Anas, dalam pantang lagi dah stop susu ibu. Ibu sedar dan tahu cabaran yg akan ibu hadapi kali ini, tapi ibu dah bersedia utk tempohi.

Alhamdulillah set penyusuan Shaklee merialisasikan niat dan impian ibu selama ni. Sekarang anak ibu Anis dah setahun lebih dah... dan masih lagi menyusu. 

Terima kasih Ya Allah atas rezeki ini. 

Kepada sahabat yg ada permasalahan yg sama seperti sy sebelum ni, berusahalah ye. Mungkin dengan usaha, Allah memberkatinya. InsyaAllah.



Petua Cara Mudah Telan Ubat

Ada yg bertanya dengan saya, macam mana sy boleh telan supplemen yg begitu banyak sehari??😨

He he he... Sy jawab apa yg susahnya...letak dlm mulut, minum air dan just telan jer....😎

Tapi rupanya ada yg x pandai nak telan ubat... So disebabkan ada yg bertanya cara nak telan ubat, disini sy share cara mudah nak telan ye....

Pd mulanya jenuh jugak sy fikir macam mana nak tunjukkan pergerakkan lidah dlm mulut ni.. Tetiba teringat dlm buku tadika anak sy Anas ada gambar ilustrasi cara nak sebut huruf "L". Jadi sy guna je gambar ilustrasi tu supaya sahabat senang faham. 😉

Selamat mencuba!!


Wednesday 15 June 2016

Kerja Rumah Lebih Mudah Dengan Shaklee Basic H

X lama lagi hari nak raya.. Dah tentu kita nak kena bersihkan rumah dan bersihkan bilik air bersungguh sungguh daripada biasa.. Maklumla sdara mara, kawan2 & jiran2 nak dtg braya kat umah!!

Haa...ni antara bnda penting yg wajib ada kat dapur uolls!! 

"Shaklee Basic H2"

Sangat membantu memudahkan kerja2... 

Gunakan lbh kurang suku shj drpd penutup dia dan masukkan dlm bekas spray tu. Pastu masukkan air  paip hingga penuh. Goncang2 bg dia sebati dgn air. Pastu dah bleh gunakan utk cuci bilik air...cuci lantai.. 

Spray je pd dinding bilik air tu pastu guna penyental hijau cuci pinggan tu utk lap dinding tu.. Alahai senang sgt kotoran dia hilang. Nak spray kat toilet bowl dan sinki pun bleh. Spray kat kpala paip pun bleh... Nanti dia shining...

Sangat bagus utk cuci permukaan yg berminyak mcm dapur gas, dapur induksi, dinding dapur, lantai dapur... Ya Allah, macam2 lagi!! Lepas masak je trus sembur pd dinding dapur dan lantai dapur.. Pastu lap dgn kain buruk. Memang x ada kesan berminyak pd dinding dan lantai!! Selesa je kaki nak pijak lantai dapur tu..

Saya kalau lps menggoreng atau menumis, memang guna bnda ni utk bersihkan kuali dan alatan dapur yg berminyak. Macam magik je..X ada kesan licin minyak tu!!

Kalau buat kek atau muffin pun, keja2 mencuci mangkuk dan alatan yg kena majerin tu dah x jadi masalah dah. Sy guna bnda ni je...

Sesapa yg meja makannya kaca mcm sy, bleh jugak spray kat meja makan tu..pastu jgn lupa lap. Nanti meja kaca tu jadi bersih berkilat, x la kusam...

Haa..nak raya ni memang sesuai sgt la uollss dapatkan benda ni. InsyaAllah uolls x menyesal beli. Tengok kemampuan dia mcm2 dia leh buat.. InsyaAllah uolls x stress lagi kat dapur. 
 
Yg bagusnya lagi, benda ni x beracun!!  Ianya "organic"!!

Basic H2 Organic Super Cleaning.
16oz
RM48.76 (+gst)

Sempena nak raya ni sy nak bagi diskaun... Diskaun brapa?? PM sy!! 




Kenapa Saya Join Bisnes Shaklee

Saya dah lama dengar supplemen jenama Shaklee ni, tapi tak pernah pulak mencuba. Sehinggalah saya tengok beberapa sahabat yang mengambil supplemen Shaklee untuk 'milk booster'. Kebetulan pd waktu tu sy tgh mengandungkan anak ke-6. Jadi sy fikir, why not try set penyusuan Shaklee ni sebab sy memang berniat utk BF baby sy selama yg mungkin. 

Pengalaman ank 3,4 & 5 masih dalam pantang lagi, susu dah kering. Sy x nak benda ni terjadi lg kpd baby sy ni... 

Selepas sy amalkan Alhamdulillah sehingga sekarang baby dah umur 1 thn 3 bln, masih lagi dapat sy BF. 

Dari Set Penyusuan sy mencuba pula Set Rambut Gugur. Alhamdulillah masalah rambut gugur sy selesai. Ini menambahkan lagi keyakinan sy kpd produk Shaklee!!

Sy berniat untuk berkongsi pengalaman bersama sahabat semua. 

PM atau hubungi sy k...


Tuesday 7 June 2016

Blog Dengan HP?? WOW!!!!

Wahhh!! Rupanya ada aplikasi yg bolehkan kita berblogging guna HP!! Wahhh!!! Ini sudah bagus! Lebih mudah dan handy.. Bukan apa, kebanyakan gambar2 ada dlm hp, so senang la lepas ni nak update blog! Selalunya sy guna ipad utk update blog.

Ok.. Ini percubaan pertama saya blog dgn hp. Harap berhasil.

Eemm gambar apa yg sy nak share buat penyeri entry sy ni ye...

Haaa... Sajer2 la share ngan kengkawan ye...

Aikk gambarnya pegi ke atas la plak.. X pe la, nanti try lg..


Sunday 5 June 2016

Raya Kids Instant Shawl




Alhamdulillah.. Hari ni 1 Ramadhan, kita dah mula berpuasa. Excited btul la sy bila datangnya bulan Ramadhan. X tau nak cter rasa bahagia berbunga2 dlm hati ni. Rasa mcm syok je jiwa...♥️♥️♥️ 


InsyaAllah sy akan cuba buat yg terbaik Ramadhan ni, semoga lebih baik dr tahun2 yg sbelumnya. Aamiin...


Ni sy nak promote shawl utk anak2. U all x payah susah2 nak bersesak2 ngan 👩👩👧👧👨👨👧👦👩👩👦👦 orang lagi..ngan anak2👭👫👬 lg..nak cari tudung shawl utk anak kat luar tu..x payah susah2 nak cari parking 🚗 🚙 🚕 bagai... X payah nak mekap 💄👗👠bersiap2... Dok diam2 dalam umah 🏡 pun dah leh shopping tudung anak.. Pilih je la..


Kids Instant Shawl yg sy jual ni hanya ada saiz S dan SS dan ada 3 jenis motif :-

1. Mickey   - RM16.00
2. Kitty       - RM16.00
3. Butterfly - RM18.00


Ni sy ada contohnya.. Jemput la tgk ye.. Kaler ada mcm2 lg!! Tp anak sy Anas dah penat nak gayakan... He he he..pahamlah kan bebudak 🙍🏼kalau dah letih, suruh senyum pun x nak senyum.. So hanya ni je la yg sempat sy snap. Pilihan kaler lain memang ada...

Cantik sweet sgt untuk anak2 kita. 

Siapa yg berminat leh wsap 012-7458096

Ni contoh saiz S. Labuh sikit la...







Ni contoh saiz SS










Saturday 28 May 2016

Hi Tea Puspanita BSN Johor

Alhamdulillah!! Seronoknya dapat 1st prize cabutan bertuah!! Dapat comforter set jenama AKEMI. Memang dah lama berkenan ngan comforter set jenama Akemi ni, tp sebab harganya agak mahal sy selalu aje x jadi nak beli... Alhamdulillah akhirnya dapat jugak comforter set Akemi. Leh la wat cadar raya.



Tahniah pada urusetia atau AJK Puspanita yg telah bertungkus lumus menjayakan hi tea ni. Tarikh Sabtu, 28 Mei 2016 dan tempat di Tropical Inn Hotel. Tema kali ni ialah 'Rose Roses' dan kaler hitam & merah. Excited jugak la nak pegi sebab dah lama sangat Puspanita x buat hi-tea. Dari segi persiapan ikut tema tu, sy biasa2 je la. Pakai baju dan skirt mana ada je. Tp sy lebihkan Anas... Nak cari kasut baru la...tudung baru ikut tema la... Semuanya utk anak. Alhamdulillah jumpa la kasut yg sesuai dan tudung merah.

Pada awalnya sy plan nak pegi majlis ni dengan pengasuh anak dan anak dara sy DD. Anas dan Anis tu dah confirm2 la pegi. Tp akhirnya DD x dpt pegi sebab dah daftar masuk UiTM Lendu Melaka. So sy pegi dgn Kak Ina dan Anas & Anis je la..


Ni Kak Ina, pengasuh Anas & Anis. Lembut je air muka dia kan...







Pada majlis tu, jenuh mengawal si Anis. Aktif btul..siap golek2 la dia.. Pastu yg buat lbh susah nak kawal dia sebab dia x takut org. Dia bleh je jalan sorang2, pastu selamba je pegi meja sana, meja sini. Geram tengoknya. 

Selfie ngan Anis



Ni gambar di awal2.. Lum mesra lg...



Anas memang dah ada kawan dia...Raudhah namanya. Ni kawan tahunan. Jumpa setahun sekali atau 2-3 kali je. Kalau BSN ada wat event, ada la jumpa. Diaorg ni kalau bjumpa lambat sikit nak panas pasal masing2 pemalu. Agaknya nak dapatkan 'feel' tu... Tp lepas stengah jam, dah start la aksi diaorg. Apa2 pun kami sbagai org tua seronok je tgk bila anak2 gembira.






Di awal majlis kami di hiburkan dgn persembahan pembukaan tarian zapin dr Persatuan Penggiat Zapin N.Johor. Penari2 remaja mungkin umur dlm belasan tahun je. Best tgk diaorg menari sampai terlupa plak nak snap gambar. Teringat plak tahun 2010 dulu zaman kita masuk pertandingan zapin. Sekarang kalau org suruh menari zapin lg dah x ingat dah step dia.

    Pengacara Majlis- Puan Azizah Sulaiman


Selesai persembahan zapin pembukaan tu kedatangan kami di alu-alukan oleh pengacara majlis, Puan Azizah Sulaiman. Pengacara BSN yg berpengalaman!!  Sy pun minat gak jadi pengacara ni, tp risau nanti jadi acara lawak plak kan... So better la sy dok diam2 je kat meja makan tu. Makan2 lg best!! Kuang kuang kuang.. 

Seusai ucapan aluan drpd pengacara, majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Puan Kenanga... Ehhh silap, Puan Rozanawati. X salah saya dia Biro Agama Puspanita. Sorry Kenanga, aku asyik mendengar doa sampai x teringat nak snap gambar. Dan kemudian ucapan dari Pengerusi Puspanita BSN yg disampaikan oleh wakil (sebab Pengerusi x dpt hadir, ada hal lain yg x dpt dielakkan) Puan Zubaidah Md Ripin.

Selesai tu kami pun dijemput makan.  Sementara makan tu kami di hiburkan oleh penyanyi2 BSN. Wahhh!! Mentang2 vip x ada, kami pun apa lagi...memang pentas tu kami yg punya la!! Anak2 kecil seronok je bebas bermain kat depan.. Penyanyi2 BSN ramai yg berbakat!! Bertambah hangat lagi bila ada yg x lokek "bergelek gerudi" kalah penyanyi dangdut pro tau!! Acara karaoke tu berselang seli dgn acara cabutan bertuah.



Rakan semeja, Anoi.. Jadi penyanyi yg pertama utk sesi karaoke. "Melenggang dia berjalan si gadis desa yg manja, jelingan yg manja". Cabutan bertuah pun dia org pertama yg dapat! 



Selain acara karaoke dan cabutan bertuah, urusetia ada gak buat game utk anak2 supaya diaorg x boring. Game popular biasa la..tiup belon sampai pecah dan rebut kerusi. Anas x masuk sebab Anas ni pemalu. Mungkin next time dia bleh masuk. Tengok budak2 tiup belon, kita plak yg ngeri. Tengok belon yg dah besar tp x letup2 gak lagi la trasa ngerinya....adduuiiii... Bila tgk budak2 main rebut kerusi pun mak-mak yg menjerit!! 

"Kechik" kyt tengok dah pandai jaga baby, dah bleh kawin dah ni kechik ooii...



Pastu ada gak aktiviti yg libatkan mak dan anak. Acara 'anak kenal mak'. Anak2 kena tutup matanya, pastu mak mak kena duduk atas pentas. Pastu setiap sorang kena cari mak dia yg mana satu. Waktu acara ni, meleleh2 air mata terharu tgk anak2 yg pandai cari mak dia... 
Hu hu hu..😢 Macam2 cara dia nak kenal mak dia, ada yg pegang kepala...ada yg raba2 muka... Ada yang raba2 tangan...raba2 kasut pun ada. 

Acara ke 2 plak yg libatkan anak dan mak ialah acara peragaan. Haaa yg ni sy dan Anas ada masuk. X niat nak menang, niat nak suka2 dan bg pengalaman je pd Anas. Nak built up confident level org kata..he he he.. Gambar ada tp jauh la... Cameragirl malu nak kedepan. X pe, sy share je gmbr tu k...





Last but not least ialah acara penghargaan kepada kakitangan yg akan bersara awal dan kakitangan yg menamatkan perkhidmatan. Ramai rupanya yg ambik pilihan bersara awal. Allahu Akbar.....seronoknya... Sy masih lagi bertahan di BSN sebab bnyk komitmen. Agaknya kalau x ada komitmen, sy pun dah bersara awal sebab nak tumpukan pada rumahtangga dan anak2. Itu perancangan sy, tapi Allah tentu ada plan yg jauh lebih baik utk sy. InsyaAllah.


Ini pula mjls potong kek sempena meraikan kakitangan yg menyambut hari lahir bulan Mei selain penghargaan kpd kakitangan yg berhenti dan bersara awal.





Ni 2 orang DIVA BSN. Rodha (kiri) & Faezah Dullah (kanan). Comelllll...  Tahniah Faezah ye sebab menang Best Dress!!! Memang ko kebabommmm!!! Eehh!! Sori tau kita ambik pic dr FB. Halal la ye...





Norhayati Zambri & Norhayati Jamal



Selesai majlis lebih kurang jam 5.30 camtu baru sy berkesempatan tgk hp. Rupanya anak dara DD ada wsap bgtau yg dia mungkin akan smpi di JPO jam 6 ptg. Dia tumpang kwn dia yg nak bercuti ke JB dr UiTM Melaka. Sy pun kelam kabut hantar dulu pengasuh anak balik rumah di Tmn Rinting, pastu terus menghala ke JPO dgn Anas. Baby Anis tpaksa ditinggalkan sebab risau dia kacau pemanduan. Anas nampak suka sgt dpt pegi jalan2 di JPO. Lain kali kita datang lagi ye bawak abah dan baby Anis plak k..


Oh ya!! Sebagai kesimpulan entry sy psl Majlis Hi-Tea Puspanita ni, sy rasa sangat bagus kalau ianya dijadikan acara tahunan. Sebab ianya boleh digunakan sebagai medium untuk merapatkan hubungan antara ibu dan anak.. Its awesome!!!! Bravo kpd AJK Puspanita!!

Anas nampaknya sangat teruja masuk JPO. Walau dia penat tp dia tetap bertenaga nak pusing2. Ibu dia yg balik rasa nak pengsan!!





























Thursday 26 May 2016

Anak Daftar UiTM Kampus Lendu, Alor Gajah Melaka

Syukur Alhamdulillah anak dara sy dapat tawaran belajar jurusan Komunikasi Multimedia di UiTM Lendu Melaka. Tp kalau tgk pd surat tawaran dia, Kampus Lendu hanya untuk sementara, Kampus tetap adalah di Rembau nanti.

Tarikh lapor diri adalah pd Selasa 24 Mei 2016. Konon2 nak bergerak jam 5 pagi sebab waktu daftar jam 8.30 pagi. Dalam hati niat kalau sampai awal nak sarapan kat area sana je... Eeemmmm tp hampeh.. Tersedar dah kul 5.15 pagi. Itu pun anak dara DD yg kejutkan. 

Mandi solat bersiap semua...siapkan anak2 dara sunti yg lagi 2 org tu pun makan masa gak..lastnya dekat kul 7 pagi baru kuar umah. Maka keluar lah kami berenam bermusafir di pagi hari.. Sy, husband, anak bujang Daniel, anak dara DD, anak dara sunti Anas dan anak dara sunti Anis. X sempat pun nak sarap bagai...he he he... Kitaorg sarap dlm keta je. 

Dalam kereta nampak anak dara DD mcm gelisah je. Agaknya risau sebab dah lambat dr waktu daftar. Kami sampai di UiTM Lendu lebih kurang jam 10 pagi. Lambat sebab x leh nak pecut sgt sebab hari hujan...

Sampai di sana kami di sambut oleh sekumpulan urusetia, salah seorang dr mereka bg kami kertas yg bertulis "TUN ALI" yg di letakkan di dashboard depan dan sehelai borang ringkas. Diaorg x explain apa2 pun cuma minta kami terus kedepan utk ke Kolej Tun Ali. 



Sampai di Kolej Tun Ali kami tgk dah bnyk keta jem nak parking. Nampak ada 2 khemah putih dan org ramai dibawahnya. Kami x ada pengalaman daftar anak IPTA, so mcm terpinga2. Sebabkan hari masih renyai, lepas dpt tempat parking yg agak selamat, sy, Anas dan DD pun kluar dr kereta tinggal Anis, Daniel dan abahnya  utk find out ada apa bawah khemah tu. 


DD tgh bratur daftar 'bas sekolah'



Sy nampak ada 2 tempat yg org kerumun, sy pun pegi la tempat yg pertama. Ohhh rupanya di situ tempat org daftar 'bas sekolah' utk pengangkutan pelajar dr asrama ke kampus. Orait la caj nya RM100.00 utk 1 semester. OK la harga tu kan... Anak2 x perlu berjalan kaki berhujan berpanas ke kampus.. Penat nanti.. So sy daftarkan utk anak tersayang..


Lepas tu sy pegi ke tempat kerumun yg satu lagi. Sy nampak plajar dok beratuq. Sy pun ringan mulut tanya kat student tgh bratur tu, "daftar kat sini ke dik?". Adik tu jawap, " Ya, daftar asrama kat sini". Sy pun bratur la skali ngan anak, nak bg smangat kat dia. Sementara beratur tu sy dgr announcement barang berharga seperti barang kemas, duit dan laptop x bleh dibawa masuk. Laaa...abis tu camana anak nak wat keja nanti kalau x leh bawak laptop? Bila sampai giliran daftar, sy ambik pluang tanya kat urusetia tu psl laptop. Dia kata arahan tu hanya sementara je utk sepanjang minggu orientasi je sebab risau hilang. Lepas minggu orientasi ni, plajar akan cuti sminggu, lepas tu dah bleh bawak laptop dah. Ohhhh...baru paham. Pastu kami diberi kunci bilik "tingkat 2 ye" katanya.. Alhamdulillah tingkat 2 je..

So kami pun naik dulu nak tgk bilik, kemudian baru ambik beg dan barang2 yg lain. Sampai je di bilik, Alhamdulillah kami org pertama yg sampai. So ada peluang pilih katil, almari dan meja belajar lebih dulu. Mulanya DD pilih katil bujang yg depan pintu, tp sy x stuju sebab depan pintu..risau nanti nak baring ke apa ke terganggu bila pintu dibuka, org luar bleh nampak. So DD pun ambik double decker yg katil bawah. Meja belajar dia pilih yg btul2 sebelah katil dia. Almari pun dia pilih yg paling kiri, lebih selesa. Kalau pilih yg paling kanan tepi dinding, kena masuk kedalam plak nanti.. 

Lepas selesai pilih tempat, masuk roomate yg kedua. Diaorg pilih katil bujang depan pintu tu. Sempat la berkenalan sebelum kami terpaksa turun balik untuk ambik beg dan barang yg lain. Ramah tamah family roomate tu. Asal KL. ibunya dr Sabah, ayahnya org KL. Kakak dia UiTM jugak tp kampus Kota Kinabalu..jauhhh baa....


Sempat la kami bergambar kenangan....



Alhamdulillah anak bujang Daniel ikut skali. Bleh la tolong angkat beg baju DD yg berat tu naik tangga. Sampai bilik kami terus kemas baju masuk almari. Dalam waktu kemas2 tu masuk plak roomate yg ketiga. Diaorg akan ambik katil tingkat atas. X ada pilihan dah... Sempat la kenal2 lebih kurang sebab kami tpaksa cpt2 kemas barang masuk almari utk beri ruang pd diaorg plak nak berkemas tempat diaorg. Selesai kemas, kami pun turun. X tau nak buat apa.. Lepak la bawah khemah. Dlm pada lepak2 tu terdengar announcement yg ibu bapa kena kluar dr kolej sebelum jam 2 petang. Ohhh...maknanya x ada apa2 taklimat utk ibu bapa la ye.... Saya fikirkan ada sesi utk ibubapa. 

Dalam lepak2 tu ternampak org jual barangan keperluan macam baldi, bantal, bakul sampah, berus baju, sudu garpu, penyapu, sodok sampah...macam2 la!! Bagus gak. X payah kluar cari kat luar! So sy ngan DD beli belah kat situ je. Beli bantal, sepit kuku, bakul sampah, baldi, payung, berus baju lagi apa ye...? Lupa.. Tapi yg ingat totalnya RM70.


 
Hujan dah kurang skit renyainya, dapat la baby Anis kuar dr keta.



Abahnya pun dapat la kuar dr keta.....



Pastu DD sibuk ajak kluar gak utk beli jajan2. Aduhai....budak2 zaman skarang, benda bukan keperluan pun nak di beli. Emmm... zaman kita dulu x ada maknanya nak berjajan-jajan. Kalau boleh jimat, kita berjimat cermat. Dah dia nak gak jajan utk spare lapar kononnya nanti, kita bawak je la.. X jauh sgt rupanya kedai dari uitm tu... 

Balik dr kedai, kami saje la singgah tengok kantin dia. Kalau sekolah kita panggil kantin, kalau kolej panggil apa ye? Cafetaria ye?  Eemmm x makan pun, just tengok je.. He he he...actually dtg cafetaria tu sebab nak cari toilet!! Emmm toilet pompuan tu bersih la jugak...tp x la bersih sgt2. Sy dapat toilet duduk yg pecah covernya...emmmm.. Sepatutnya pihak UiTM kena alert kemudahan awam ni. 

Smua dah setel. Ajak DD makan tengahari tp dia x nak...so lbh kurang jam 12.45 camtu kami gerak balik. Kami tinggalkan DD dgn harapan dalam peliharaan Allah hendaknya dan harap dia pandai la menjaga diri. Ini pengalaman pertama DD masuk asrama. Harap dia bleh cepat sesuaikan diri. 

So boleh sy buat kesimpulan kat sini, urusetia yg bertugas baik2 belaka. Ada antara mereka di kalangan student senior sendiri rasanya. Diaorg baik beri kerjasama. Ada yg offer diri nak tolong angkat beg lagi..alahai baiknya.. Tp sy kata kat adik tu, x perlu la tolong sebab dah ada abang sado Daniel tolong angkat beg. He he he..

Dalam perjalanan balik tu sy termenung fikir anak yg lagi 4 org ni kemana halanya nanti....


Otway balik tu kami singgah kat sini. Makan beriani kambing dia...mak aiii...penuh pinggan!! Pelik btul la....walau penuh pinggan, bleh plak habisss!! Pelik la!!! Pelik kan??? 



Abahnya dah penat!! Penangan beriani kambing tu kut..kenyang sgt. Mengantuk daaa...  Sampai kat Kulai tukar pilot. Alhamdulillah anak bujang Daniel follow, leh la jadi co pilot. 


Oh ya!! Otway balik tu jugak ada singgah kat Kluang. Asben ari tu ada janji ngan Anas nak belikan bear besor...so dia tunaikanlah janji dia. 




Ni bear Anis.. Dapat gak la tapi yg kecik skit sesuai ketinggian dia.










Saturday 21 May 2016

Bela Cacing Dalam Perut ??? Detoks Jom!!





Nape kita perlu buat detoks?? Sebab detoks ni umpama kita cuci bersih perut dan usus2 kita. Setiap hari macam2 yg kita telan masuk dlm perut kita, so memang sebaiknyalah kita mencuci dalaman kita dari sebarang toksik yg lama terkumpul. Pernah dengar pepatah "penyakit bermula dari perut"?


Penting detoks ni sebab ia adalah antara punca badan kita sukar nak menyerap nutrien sebab toksik banyak. Sebab tu ada stengah ubat atau supplemen yg kita makan kurang beri kesan pd kita, padahal kita tgk org lain makan memang berkesan je pd diaorg... Paling ketara bab2 slimming la kan... Org lain makan camana leh senang je kurus, awat aku makan x kurus2... Ha ha ha...

Kali ni sy nak citer psl pengalaman sy buat detoks parasit - cacing dalam perut / usus... Eewww😫



Seingat sy memang x pernah makan ubat cacing sejak kali terakhir waktu sekolah rendah dulu. Sekarang umur dah 41 tahun.. Dah puluh2.tahun.. Apa jadi kat dlm perut ni agaknya?? 😰 So sy pun buat la detok. Sy mulakan dgn apa yg sy ada je dulu iaitu Alfalfa, Herblax, DTX Compleks dan Garlic. Nak tunggu lengkap semua supplemen detoks lambat plak nanti. 

Eeemmmm.... Memang scary bila bayangkan cacing2 yg berada dalam tubuh badan sendiri. Kalau tgk cacing kat atas tanah tu pun dah geli, inikan pula kalau cacing tu dalam perut sendiri 😰. 

Ni gambar operation usus utk keluarkan cacing. Ada vdeo dia, tp sy x pandai nak wat link tu.. 



Yang sy faham, cacing2 dlm badan kita ni akan mengawan pd waktu bulan mengambang, lepas tu dia berkembang biak. Wallahualam. Tp memang pernah tgk vdeo yg operate usus kuar cacing selambak berlambak2 tu...  Psl tu la sy nak cepat2 detok.. Scary punya pasal tgk vdeo tu.




Testimoni detoks parasit.. Kuar cacingnya...



 Skarang ni kalau sy "membuang" cukup takut nak tgk najis sendiri. Terasa-rasa je benda tu kuar skali😱. Ntah brapa kali flush dlm satu sesi😨. 

Memang ada skali tu, trasa mcm najis bergumpal yg kuar. Dan bila tgk, alamak!!!! macam ada benda panjang!!! Rasa cam nak menjerit je dlm toilet time tu. Tp nanti jenjiran terkejut lak subuh2 dgr kita menjerit.. Cepat2 sy flush!!!!! Sy x tahu la apa benda tu....sy x brani nak siasat!!! Tp sy tahu ini kemungkinan kesan dr pengambilan supplemen detoks sy. Sejak tu la sy x brani lg nak 'tengok'... 

Kalau jadi pada korang, agak2 menjerit tak??

Takut, takut jugak..tapi nak atau x nak sy perlu teruskan makan supplemen detoks sebab sy sedar ia akan beri kebaikan pd sy. Lagi pun supplemen tu bnyk function lain selain detoks.

Ehhh sorry la ye kalau sharing sy ni memualkan & memalukan 🙊🙊🙈🙈. Sy cuma nak share benda baik utk makluman kawan2.


Ada sesiapa yang nak buat detoks jugak tak?? 



Call / wsap sy ye.. 012-745 8096









Saturday 14 May 2016

Alfalfa Complex Shaklee



ALFALFA COMPLEX
Alfalfa adalah sejenis tumbuhan yang ditanam secara organic di California. Ianya bebas dari pestisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos/ baja yang bebas kimia. Alfalfa juga dikenali sebagai ‘Raja Segala Tumbuhan’. 



Medicago Sativa memiliki gred yang paling tinggi dikalangan tumbuhan alfalfa. Ia mengambil masa hampir 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi. Daun alfalfa dari Shaklee hanya dituai apabila ia telah mencapai tahap kematangan mutlak. Daun alfalfa yang telah matang kaya dengan klorofil. Daun2 ini dikeringkan dan dibiar menjadi serbuk sebelum dikompres menjadi tablet. Keseluruhan proses ini dijalankan dibawah pengawasan dan kawalan Shaklee yang sangat ketat dan teliti.

Setiap tablet mengandungi 300mg alfalfa.


MANFAAT UTAMA
ALFALFA telah digunakan oleh manusia sejak lebih dari 2500 tahun dan telah dikenalpasti sebagai makanan yg paling kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat galian. Ia membekalkan nutrisi yg mana kebanyakannya tidak terdapat di dalam buah-buahan mahupun sayuran. Ia kaya dengan protin, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia, 10 biji alfalfa menyediakan nutrisi yg menyamai segelas susu.

1.       Mencuci hati, darah dan usus – makanan yg sangat beralkali yg boleh mengembalikan kenormalan badan yg berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.
2.       Melawan alahan – memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitive, kurap, bau badan dan ulat air (athlete’s foot) dengan berkesan.
3.       Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, ulser gastric, hepatitis, sembelit dan hyperacidity.
4.       Menyingkir lemak dan kolestrol – kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolestrol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya Alfalfa sahaja mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolestrol.
5.       Melawan tumor – memakan 30 -50 tablet untuk mengalkalikan badan, dengan itu memperbaiki sel-sel kanser dan membuang tumor.
6.       Melegakan keletihan – melegakan keletihan dan sebagai rawatan kebanyakan penyakit.
7.       Mencegah / merawat atritis – melegakan sakit atritis dan kesakitan



t      TESTIMONI 
      Testimoni memang banyak la kalau kita google.. Ni antaranya :-















CADANGAN PENGAMBILAN
1.       Untuk kesihatan berpanjangan : 2x sehari – 10 biji setiap pengambilan

2.       Larutkan 10 biji Alfalfa ke dalam air, campurkan 3 biji Shaklee Peppermint-Ginger dan jus buahan atau jus pekat untuk lebih enak. Ia baik untuk system usus dan perut. Sesuai diminum bila2 masa.

3.       Untuk pencucian usus dan detoksifikasi, mencuci darah dan melawan kanser : 3 – 4 kali sehari, 10 biji setiap pengambilan.





       HARGA
     Alfalfa Complex ( L ) ( 700 tablet )    RM 97.50
     Alfalfa Complex ( S ) ( 330 tablet )    RM 53.75


   Sumber daripada : Buku Panduan Nutrisi Shaklee   

   Sila hubungi 012-745 8096 untuk maklumat lanjut