Friday 29 July 2016

Bakal Tahfiz Muda


Sejuk perut ibu mengandung... Wahhh.. Kalau la sifat2 rajin Anis ni bawak ke besar x mustahil dia bleh jadi tahfiz ye... Aamiinn.. InsyaAllah..


Thursday 28 July 2016

Vivix Produk Yang Best

Wahhh!!! Banyaknya kebaikan amalkan vivix. InsyaAllah banyak penyakit dapat di ubati dengan vivix.


"Sayang Pergi La Dulu...Nanti Abang Ikut"

INI KISAH CINTA

Arwah makcik saya, Safarina Ismi disahkan menghidap kanser payudara 2 tahun lepas. Masa tu kanser masih ditahap 2. Saya panggil arwah, Cik Amy.

Cik Amy ni orangnya lemah lembut, baik, cantik, memang rapat dengan Cik Amy. Cik Amy ni isteri kepada adik baba saya, Azizi Zulkifli (Cik G) yang baru meninggal semalam.

Sejak Cik Amy sakit, macam macam cara mereka cuba utk merawat kanser, alternatif, modern, homopati, you named it. Semua dah cuba. Mereka usaha. Kadang2 Cik Amy okay sihat ceria macam orang tak sakit. Tapi kadang2 Cik Amy jatuh sakit.

Sampailah kemuncaknya pada hujung tahun lepas bila kanser Cik Amy dah reach stage 4. Doktor sarankan buat chemotherapy. Cik Amy buat. Dia jadi kurus sangat, rambut gugur, makin sakit. Cik G, setia menemani dan menjaga Cik Amy dari awal Cik Amy sakit lagi Cik G positif sangat, yakin isteri dia akan sihat. Walaupun kanser Cik Amy dah merebak masa tu.

Mereka dah berkahwin lebih 17tahun. Cik G ni nampak cam garang tapi penyanyang sungguh. Tambah2 bila dia mula kenal Cik Amy. Kehadiran Cik Amy dalam hidup Cik G menenangkan Cik G dari kehidupan dia yang huru hara masa muda 😅 Cik Amy ni cinta mati dia. Sayang sangat. Pasangan ni dikurniakan 5 orang cahaya mata, 4 perempuan & 1 lelaki.

Sepanjang Cik Amy sakit, Cik G jaga dengan penuh kasih sayang. Sampai tak tidur berminggu2. Nampak macam kuat. Tapi hakikatnya Cik G pun sakit. Cik G disahkan menghidap Hepatitis B. Tapi Cik G tak cerita kat sesiapa pun. Dia terus kuat demi isteri tercinta dan anak2. Dia senyum. Dia gelak. Dia buat lawak. Kadang2 dia nangis. 😔

Cik G dah lama sakit dan menderita. Tapi tetap kuatkan diri. Lawan sakit dia. Dia kena kuat. Kalau dia tak kuat, siapa yang nak beri dan jadi kekuatan utk isteri dia 😥 Cik Amy yang sakit tu pun tak sanggup tengok susah payah suami dia menjaga dia sampai tak tidur2.

Masa bulan Ramadhan haritu saya ziarah Cik Amy dekat rumah. Cik Amy cakap "Cik Amy kesian tengok Cik G tu. Dia penat terkejar sana sini. Jaga Cik Amy sampai tak tidur." Bila saya tanya macam mana keadaan Cik Amy, dia cakap camni je "Cik Amy sakit ni bawa Cik Amy dekat lagi dengan Allah. Cik Amy tak takut kalau Cik Amy dijout. Tapi Cik Amy kesian kat anak2. Macam mana dorang kalau Cik Amy tkde. Kesian Cik G"

Sebelum Cik Amy meninggal dia sempat minta ampun maaf dari Cik G. Cik G cakap dia ampunkan "sayang pergila dulu, nanti abang ikut" 😭

Cik Amy meninggal pada 13/7/2016 12:28 am di hospital pada usia 37 tahun. Sedihnya Cik G jangan cakap la. Cinta hati dia dah pergi buat selama2nya. Lepas Cik Amy dikebumikan dia cakap kat adik beradik dia pun nak mati dah. Semua orang ingat dia beremosi kerana terlalu sedih. Dia langsung tak lalu makan dan mula lemah. Demam teruk.

Hari khamis 14/7/2016 Cik G di bawa ke hospital sebab demam teruk. Sebelum pergi hospital dia pesan kat anak sulung (perempuan, 16tahun) Kak Long jaga adik2 ye.

Bila sampai di hospital rupanya Cik G dah kritikal. Semua organ dalaman dah mula tak berfungsi. Usus bocor, buah pinggang buat hal, hempedu pecah. Allahu. Buat semua orang wonder macam mana Cik G mampu bertahan dengan sakit yang macam ni. Doktor tidurkan Cik G. Duduk dalam ICU. Dalam ICU tu 2 kali jantung Cik G terhenti. Semua dh mula risau. Baru la semua adik beradik Cik G tahu yang Cik G sebenarnya dah lama sakit.

Sebelum jantung dia terhenti kali kedua tu dia tersedar dan minta bawak anak2 dia tengok dia. Dia tahu dia nak pergi dah 😭 Allahu. Sedih betul time ni. Semua menangis. Semua adik beradik menangis dan call mana yang jauh untuk balik tengok Cik G.

Oh lupa nak bagitahu. Keluarga kami ni besar. Adik beradik baba ada 18 orang. 14 lelaki, 4 perempuan. yang sulung dah meninggal, yang lain  semua ada lagi. Cik G nombor 13. Bawah baba. Paling rapat dengan baba. Bayangkan la kesedihan baba bila tau adik dia kritikal. Baba sakit2 pun minta bawakan dia balik ipoh nak tengok adik dia.

Tapi Allah lebih sayang Cik G. Jumaat, 12:58 tengah hari, jatungnya terhenti terus... Pada usia 47 tahun, Cik G pergi buat selama2nya.  Tunaikan janji yang dia akan menyusul isteri tercinta. Meninggalkan 5 orang anak yang berusia 3 tahun - 16 tahun. Sedihnya taktahu nak cakapla. Dalam tempoh 2 hari je anak2 jadi yatim piatu.

Bila Cik G dah takde baru la semua orang sedar yang selama ni bila Cik G sedih, menangis, bukan sebab isterinya sakit. Tapi sebab dia pun sakit teruk. Dia risau dia akan pergi dulu sebelum isterinya 😭😭😭😭😭

Ketika menaip ni pun air mata saya taknak berhenti mengalir. Saya rapat dengan mereka berdua. Kenangan bersama takpernah terhenti berputar dalam ingatan.

Kepada yang membaca, sedekahkanlah Al fatihah buat pasangan suami isteri ni. Mereka dah berjanji sehidup semati.

Doakanlah yang terbaik buat anak2 arwah. Jika mampu, berilah sedikit sumbangan kepada mereka. Ibu bapa mereka sudah tiada. Tempat mereka berlindung dan bermanja sudah tiada. Mereka perlukan kekuatan. Doakan mereka kuat, doakan mereka tabah, doakan mereka mebesar menjadi anak yang soleh dan solehah.

Kepada yang ingin memberi sumbangan, buat sementara waktu ni anak sulungnya tkde akaun bank lagi, so boleh bank in ke akaun CIMB saya dulu, saya kumpulkan dan beri pada penjaganya nanti.

CIMB BANK
7617622923 - Zuraisyah Hanani

Sesunggunya perkara yang paling dekat dengan kita adalah kematian. Mereka yang mati itu sudah selesai. Tapi kita yang masih hidup ini adakah sudah bersedia?

Nota kaki : Ini gambar keluarga mereka 4 tahun lepas sebelum ada anak bongsu mereka yang kini berusia 3 tahun.



*** Kisah yg sy copy paste dr grup wsap. Sy x kenal siapa yg mengarang crita ni, tapi sy kenal la dgn family arwah ni. Orang kampung sy jugak di Kg Manjoi tu. Semoga roh pasangan ini dicucuri Rahmat Allah dan ditempatkan bersama orang2 yg soleh. Aamiin.


Ceria VS Demam

Wajah2 Anis Sofiya.. Waktu ni petang Rabu 27.07.2016. Pengasuh dia yg snap.. Ceria je kan...

Gambar yg lg satu tu plak di ambil pd pagi Khamis 28.07.2016. Abah Anis yg snap waktu nak hantar diaorg ke rumah pengasuh pagi tu... Sedey tgk diaorg... Adik bradik demam..


Tuesday 26 July 2016

Kak Cip Kawin Dengan Lelaki Muda??

KAK CIP KAWEN DENGAN BUDAK UMUR 18 TAHUN KA??

😂😂😂😂

Inilah kisahnya.

Ramai tak percaya yang suami saya Iskandar Zulkarnain nampak muda selepas Vivix dan Collagen.

Dia pun tak percaya.

Dia kata dia nampak muda selamanya.

Pirrahhh. Kulit kusam, hitam, mata panda, siap diuble chin, buncit, muda apa benda.

Korang tengoklah sendiri gambar bawah tu.

Muda ka??

Cuba tengok gambar atas tu selepas 4 bulan consistent Vivix dan Collagen, nampak macam abang kepada Camy.

Itu yang Cip marah tu bila nak keluar rumah.

Duk pakai seluar jeans style2 korea.
Dengan Cap la dengan t-shirt Kuku besi ka apa benda. Jam G-shock.

Nak buktikan apa? Yang dia bujang?? Hensem? Kuota ada lagi?

Sekali tu Cip bengang, Cip cakap,'u masuk rumah balik u tukar baju. Pakai seluar slack dan kasut kulit'.😂😂

Biar nampak macam orang matang.

Ataupun u pakai baju Pagoda. Hahahhaha.

Husband tanya,'U nak ke org tengok laki u selekeh?'

Cip jawab,'Takpa I tak kisah. Dari orang duk ingat u bujang ni'.

Hahahhaha.

So inilah buktinya yang Iskand Zulkarnain sekarang bukan semulajadi awet muda.

Kerana kulitnya makin cantik, rambut makin lebat (suatu ketika dulu dahi makin luas sebab rambut menipis sudah), buncit pun hilang, maka suami saya nampak macam orang muda sangat.

Bak kata RYG, suami kak cip macam budak umur 18 tahun.

Vivix mampu putarkan masa kepada anda. Lagi lama minum lagi muda.

Percaya kepada Vivix. Tanpa ragu.


Nak try? Wsap sy ye...

Norhayati 012-7458 096

Kredit - Kak Cip


Berhenti Merokok

Ini adalah sebutharga untuk satu alat yang perlu dibeli oleh seorang pesakit saya untuk diletakkan di jantungnya. Harganya ialah RM84 800!!! Bukan suatu jumlah yang kecil dan main2.

Dia baru berusia 37 TAHUN! Dia sebelum ini sihat walafiat cuma dia tidak mensyukuri nikmat itu dengan menjebakkan dirinya di dalam KETAGIHAN ROKOK dari usia belasan tahun. Hari ini beliau berkali2 menyatakan seribu kesesalan kerana merokok itulah yang MERAGUT dan MERAMPAS usia mudanya. Dia hilang segala2nya yang mendefinisikan dia sebagai seorang lelaki pada awal tahun ini bila dia diserang sakit jantung. Kalaulah waktu itu mampu diputarkan kembali katanya... Dia tidak pernah menyangka dirinya akan terjelepuk ketidakupayaan pada usia 30an. Dia sudah hilang 25 kg sejak tarikh keramat itu.

Jantungnya sudah gagal berfungsi sedangkan dia baru masuk ke usia produktif. Dia punya seorang isteri dan 3 orang anak yang masih kecil. Dia sekarang hanya menunggu masa untuk mendapat bantuan kewangan untuk membiayai alat CRT itu dan harapannya menggunung tinggi semoga permohonannya diluluskan. Mana mungkin dia menyediakan sejumlah wang sebegitu besar.

Hari ini seperti biasa, saya menadah telinga mendengar keluhan dan rintihan hati seorang suami yang sudah tidak mampu untuk menunaikan tanggungjawab batinnya kepada isteri tersayang. Berjalan pun dia termengah2 walaupun hanya beberapa meter inikan pula untuk bersama isteri. Dia tidak mampu untuk memandu pulang ke kampung di pantai timur untuk meraikan Aidilfitri nanti kerana untuk datang bekerja yang hanya 10 km dari rumah pun, dia terasa beratnya seolah2 dia memandu lori. Perjalanan jauh pastinya bukan lagi termasuk di dalam diari hidupnya. Dia tidak mampu untuk menemani isteri dan anak2 untuk membeli belah untuk persiapan Hari Raya. Untuk ke masjid untuk solat terawih pun dia tidak mempunyai daya.

Mukanya pucat lesu. Tidak bermaya dan raut wajahnya sudah kelihatan dia di usia pertengahan abad. Dia tidak dapat lagi menemani anak2 ke taman permainan. Untuk bergurau senda pun dia tidak bertenaga. Dia bukan lagi ayah seperti dulu. Ayah yang aktif dulu sudah lenyap. Sepanjang perbualan kami, beberapa kali dia terbatuk2 dan tercungap2 menarik nafas. Kakinya bengkak hingga ke paras bawah lutut. Paru2nya menunjukkan ada pengumpulan cecair. Dia tidur berlapikkan 3 biji bantal pada waktu malam.

Dia rindukan hobinya untuk memancing di laut dalam. Dia teringatkan kemampuannya untuk menyertai aktiviti lasak. Semua itu hanya tinggal kenangan. Dia menyimpan hasrat dengan adanya alat tersebut, kehidupannya akan bertambah baik. Sudah tidak tertanggung beban di bahu.

Nasi sudah menjadi bubur. Amanah Allah padanya dipandang ringan. Tubuh badannya ada amanah untuknya tetapi dibinasakan kerana merokok. Mudah untuk perokok2 di luar sana menyatakan mereka tidak akan diserang penyakit jantung. Siapa tahu? Pesakit saya pun tidak pernah terlintas yang merokok itu merobek seluruh hidupnya. Kebinasaan yang disebabkan dirinya sendiri...

Setiap hari saya menghadapi situasi untuk menyedarkan perokok2 tentang ketagihan mereka sebelum ia sudah terlalu lambat seperti yang terjadi kepada pesakit saya ini. Bukan mudah kerana merokok adalah budaya di kalangan mereka yang di bawah jagaan saya. Semoga saya dikuatkan hati untuk sentiasa istiqamah dalam menjalankan tugas. Aamiin...

NOTA KAKI:
Saya izinkan para pembaca untuk berkongsi status saya TETAPI SAYA TIDAK BENARKAN tulisan saya dijadikan bahan untuk tujuan promosi produk insurans. Saya tidak mahu disalah anggap dan saya tidak ingin dieksplotasi oleh mana2 pihak.


Monday 25 July 2016

Kesan Di Usia Lanjut Pengamal Supplemen Shaklee

Master Ding.

Dah lebih 25 tahun berbisnes Shaklee. Masih lagi excited seperti hari first sign up for Shaklee.


Quote by him:

"Bila usia macam saya baru you tau effect makan supplement dari umur 40. Sekarang 70++ masih lagi drive long distance balik hari maa... kawan2 semua sudah surrender bawa kereta malam2. Umur lagi muda dari saya..."


Kredit : Fahmy Shuhaimi with Adilah Manaf Celikvitamin.


Sunday 24 July 2016

Testimoni GLA

Kalau rasa badan lemah dan ada tanda nak demam, saya akan standby GLA Complex siap2. Baru ni masa raya, suami bagi tahu badan dia dah mula panas nak demam... So saya terus ambilkan air dan bagi 2 biji GLA Complex Shaklee.
Alhamdulillah malam tu tak jadi demam dengan izin Allah.

Mengapa saya berikan GLA? Kerana GLA menstabilkan prostagladin dalam tubuh.

Apa pula prostaglandin?

Prostaglandin merupakan bahan hormon dalam badan. Ianya penting untuk fungsi kimia badan seperti mengawal tekanan darah, mengawal muscle contraction, menghalang rembesan gastrik dan banyak lagi. Ia juga adalah anti keradangan, anti pembekuan darah disamping mengurangkan tekanan darah.

Sumber GLA daripada makanan agak terhad dan hanya boleh dijumpai dengan jumlah yang kecil dalam oat dan juga daging organ. Untuk memperolehi sejumlah GLA yang lebih tinggi atas alasan kesihatan tertentu, minyak yang diekstrak daripada biji bunga evening primrose, iaitu dalam bentuk suplemen merupakan alternatif yang lebih mudah dan menyenangkan.

GLA (Asid Linolenik Gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin – bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses badan yang normal.

Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.

Bestkan GLA?

Dah dapatkan sebotol?

Jika belum boleh order dari kami :

Norhayati Zambri
012-7458 096


Harga Runcit sebotol (60 softgel)
RM96.73 (+gst)



**credit to Kak Anne



Bisnes Monyet

Diceritakan terdapat banyak monyet liar berdekatan sebuah kampung.

Suatu hari datang seorang peniaga ingin membeli monyet2 berkenaan. Dia memaklumkan kepada orang kampung akan membeli setiap ekor monyet dengan harga RM100 seekor. Orang kampung fikir peniaga ini pasti gila kerana bagaimana sanggup dia membeli RM100 seekor?

Tapi nak dijadikan cerita, ada yang pergi tangkap dan peniaga ini membayar RM100 seekor.

Berita ini menjadi viral dalam sekelip mata. Dan masing2 pergi memburu monyet dan menjualnya kepada peniaga tersebut. Sehingga pada suatu hari peniaga tersebut membuat pengumuman akan membeli setiap ekor monyet dengan harga RM200 seekor.

Penduduk menjadi tak senang duduk. Ke sana ke mari memburu saki baki monyet yang ada. Dan mereka berjaya menjualnya pada peniaga tersebut dengan harga RM200 seekor.

Kemudian peniaga tersebut membuat satu lagi pengumuman yang mengejutkan. Kali ini dia sanggup membeli RM500 seekor. Penduduk dah naik sasau sampai tak tidur memburu monyet2 yang masih ada. Hanya terdapat lebihkurang enam atau tujuh ekor sahaja yang berjaya ditangkap dan semuanya berjaya dijual kepada peniaga tersebut.

Orang kampung menunggu dengan penuh harapan apakah pengumuman yang bakal dibuat oleh peniaga tersebut selepas ini. Kemudian peniaga ini membuat satu pengumuman...

Dia akan pulang ke kampungnya selama seminggu dan bila balik nanti dia akan membeli monyet2 yang berjaya ditangkap dengan harga RM1000 seekor. Terkejut beruk orang kampung!

Dia menyuruh pekerjanya menjaga monyet2 yang telah ditangkap di dalam kurungan. Hanya dia seorang sahaja yang menjaga kesemua monyet2 di dalam kurungan itu.

Peniaga tadi pun pulanglah ke kampung halamannya...

Penduduk kampung sangat kecewa kerana tiada lagi monyet2 yang boleh ditangkap untuk dijual dengan harga RM1000 seekor. Sehinggalah pada satu hari pekerja tadi memberitahu orang kampung bahawa dia sanggup menjual secara rahsia monyet2 dalam kurungan dengan harga RM700 seekor. Orang kampung akan dapat untung RM300 atas seekor monyet yang terjual. Berita ini viral sepantas kilat.

Keesokkan pagi penduduk kampung dah siap beratur. Rupa2nya ada dah yang siap bawak khemah tidur kat depan kandang sejak semalam. Panjangnya melangkaui 3 deretan kedai (kalau di bandar).

Pekerja tersebut berjaya menjual kesemua monyet2 yang ada di kandang tersebut dengan harga RM700 seekor. Apa tidaknya, orang kaya membeli dalam pukal, orang miskin pula ada yang membuat pinjaman dari AhLong untuk membeli monyet2 tersebut.

Orang kampung membawa balik monyet2 yang dibeli tadi dan menunggu peniaga balik dari kampungnya.

Tetapi tiada siapa balik...
Mereka pun bergegas mencari pekerja yang menjual monyet2 tadi.
Rupa2nya dia juga sudah lesap...

Kemudian orang kampung tersedar bahawa mereka telah membeli monyet2 liar yang tidak berguna dengan harga RM700 seekor dan tidak mampu menjualnya kepada sesiapa pun.

Inilah realiti perniagaan yang kita kenali sebagai STOCK MARKET!

Perniagaan ini membuatkan ramai orang muflis manakala sebahagian kecilnya sahaja yang kaya raya dalam 'bisnes monyet' (monkey business) ini.


**Copy & Paste dr grup wsap

Semoga sama2 kita mengambil teladan dalam cerita ini...
Tiada yang mudah dalam perniagaan. Tidak ada jalan pintas. Perlu ada kesabaran, kecekalan, usaha dan selebihnya bertawakal kepada Allah, Maha Pemberi Rezeki. Jangan bergantung kepada manusia...


Tips Menguatkan Aura

Assalamualaikum

Korang biasa dgr pasal aura2 ni kan. Apebendanya aura ni? Aura kalau nak explain secara teknikal mmg complex sikit, tp cakap mudahnya, aura adalah KREDIBILITI dan DAYA PENARIK.

Semua benda ada aura tersendiri, & baby auranya paling suci. Sebab tu bila kita tgk mana2 baby pun kita rasa dia comel, rasa jatuh kasih... (Kecuali yg hati kotor memang semua benda nampak huduh).

Bila kita meningkat usia, aura kita mula bertindakbalas dgn sekeliling kita, apa kita makan, apa kita fikir, etc.

Aura kita boleh rosak, koyak, bocor, kotor, dsb.

Macamana nak aura kita bagus atau bocor?

Aura yg bagus ialah memiliki tubuh badan yg sihat, wajah yg ceria, semangat yg tinggi, terang hati, murah rezeki, disukai ramai... Bila aura koyak/kotor/bocor, menjadikan kita tak semangat, tak menyerlah, bermasalah, asyik penat, etc.

Jadi macamana nak pulihkan dan kuatkan aura?

1. Tubuh kita adalah satu sistem yg SATU. Contohnya kalau kita sakit gigi, satu badan pun tak boleh buat kerja. Emosi pun celaru rasa nak makan orang je.

Aura kita dgn berkait rapat dgn keadaan fizikal. Setiap sel kita ada denyutan tersendiri.. Sel yg sihat akan menghasilkan frekuensi yg tinggi & seimbang.

Macamana nak dapatkan sel yg sihat??

SID takkan taktau cane nak sihatkan sel?

Jangan berkira nak makan suplemen, coz tubuh kita benar2 perlukannya.

2. Makan makanan yg fresh & real food. Jauhi makanan ringan, makanan dlm tin (kalo terpksa cthnya travel ke nkwat cemana...), air gas... Mknan2 rapu ni mengurangkan tenaga kita & mmg tak elok pun.

3. Bersenam. Benda simple2 je...

4. Mengaji, zikir, solat... Cara paling jimat yet paling berkesan nk pulihkan aura. Diri kita dicipta oleh Dia & Dia paling tahu macamana nak repair ☺️

Konsisten lah mkn suplemen ye (serta bersenam & makan yg organik kalo boleh)... Badan sihat benar2 menghasilkan otak yg cerdas 😊👍🏻



** Credit To Master Lyna Noh


Majlis Gema Raya Kakitangan BSN 2016

Tahun 2016 ni pihak pengurusan BSN N. Johor nak wat majlis raya staff bsn lain dr tahun2 sblumnya. Kali ni diaorg decided buat kat Dewan UTHM Bt. Pahat utk beri keadilan kpd staff2 yg jauh di utara Johor. Maklumlah bandar J. Bahru berada paling selatan negeri Johor. So Bt. Pahat tu kitanya mcm tengah2 la.

Tarikh 23 Julai, dari jam 11 pg - 3 ptg

Kali ni buat konsep gerai2. Macam2 gerai makanan ada! Ada gerai buah (gerai dept kami la tu), gerai rojak, gerai bubur, gerai cendol, gerai air dan mcm2 lg. Makanan utama plak Nasi Beriani Kambing dan Ayam! Perghh... Sodap!!

Ada gak wat persembahan pentas. Orait gak la grup yg diaorg upah utk hiburkan kami tu.. X kurang hebat band grup buskers BSN, 'Maskam & The Gang'!

Overall happening majlis hari tu sebab memang ramai kakitangan yg dpt hadir. Kalau dah buat lokasi tengah2 mcm tu tp sambutan masih 'suam' gak x tau la nak kata apa kann... Alhamdulillah sambutannya hangat! So kiranya mencapai la sasaran misi visi majlis tu diadakan. Congrate kpd AJK yg bertungkus lumus ye....



Cumanya next time rasanya kalau nak wat event kat dewan mcm tu lagi,  kena sewa la kipas besar tu dalam 5-6 buah sebab panas... Cair mekap mak.. Eyeliner pun dah naik lekap kat kelopak!! Ha ha ha!!




Thursday 14 July 2016

Saturday 25 June 2016

Cara Senang Untuk Membersihkan Rumah

Hari ni sy ambik cuti rehat.

Ada "Misi Khas".

Misi mengemas nak raya!!

Jadi bibik la sy hari ni.. Hu hu hu.. Dah bersusun tugasan.. Harap2 boleh setel dlm 1 hari. Doakan sy ye kawan2...

Nak cleaning... Nak shining... Nak glowing... Sy guna Shaklee Basic H2 jer! Alhamdulillah ada 'pembantu khas' ni. Memang ini la pembantu sy selama ni. Wajib ada kat dapur ni!!

Sangat jimat sebab dia pekat. Sy beli dr tahun lps tp x habis2 lg!!

Guna skit jer masuk dlm baldi, letak air sparuh baldi. Dah bleh sental seluruh bilik air, bilik mandi..

Leh jugak guna utk lap lantai tau. Leh jugak guna utk lap kabinet dapur, lap dapur tmpat masak tu..dinding dapur.. Sinki dapur..peti ais... Macam2 la. Senang citer kalau hal 'membersih' je memang boleh guna benda ni.

Kalau yg jenis kulit sensitif tu x perlu risau sebab benda ni natural organic.

X ada toxic!
X ada phosphates!

RM46.00 je kawan2!!
Sangat berbaloi kalau beli sebab tahan lama!

Harga asal RM48.76 +gst.
Tp nak raya punya pasal, sy bg diskaun harga tanpa gst.

Berminat wsap sy k
012-7458 096

#tasneemnetwork
#tsunamishaaklee


Tuesday 21 June 2016

Supplemen Untuk Maintain Berat Badan

Dah masuk majalah 'cosmepolitan'... Muka depan lagik... Nak lawan majalah cosmopolitan!! Ha Ha Ha...

Apa yg sy pegang tu? Alfalfa dan Lecithin.. 

2 supplemen ni memang setiap hari sy makan pagi dan malam. Ni kalau balik kampung tertinggal ni memang patah balik rumah pegi ambik ni... Sebab apa tau, sebab kalau balik kampung, sy akan makan bnyk.. Mak mentua terror masak, so sgt rugi kalau x makan kan... Jadi ini la yg menolong sy maintainkan berat badan! Nak raya ni lagi la mcm2 nak makan... Sy paling suka makan kuih raya.. Get ready la dgn supplemen ni.

Bukan setakat utk berat badan je, ada jugak fungsi lain. Alfalfa ni senang citernya untuk kewanitaan. Tapi jangan pulak salah faham ye, Alfalfa ni boleh jugak di makan oleh org lelaki. 

Lecithin ni pulak baik untuk memori, untuk ingatan kita dan jugak boleh membantu untuk lebih fokus. 

Kedua-dua supplemen ni dari bahan semulajadi. Tu yang sy suka sgt tu. Semua produk Shaklee x ada yg sintetik, semua pun dari bahan 100% semulajadi. Selamat untuk kita amalkan. InsyaAllah.

#tasneemnetwork
#tsunamishaklee



Thursday 16 June 2016

Pengalaman Set Penyusuan Shaklee

Dari awal kandungan lg ibu dah berniat nak susukan sendiri anak ibu selama yang mungkin. Hanya abg Daniel dan Kak DD yg dpt ibu susukan agak lama sikit (sehingga 7 & 5 bln). Abg Danish, abg Ham ngan kak Anas, dalam pantang lagi dah stop susu ibu. Ibu sedar dan tahu cabaran yg akan ibu hadapi kali ini, tapi ibu dah bersedia utk tempohi.

Alhamdulillah set penyusuan Shaklee merialisasikan niat dan impian ibu selama ni. Sekarang anak ibu Anis dah setahun lebih dah... dan masih lagi menyusu. 

Terima kasih Ya Allah atas rezeki ini. 

Kepada sahabat yg ada permasalahan yg sama seperti sy sebelum ni, berusahalah ye. Mungkin dengan usaha, Allah memberkatinya. InsyaAllah.



Petua Cara Mudah Telan Ubat

Ada yg bertanya dengan saya, macam mana sy boleh telan supplemen yg begitu banyak sehari??😨

He he he... Sy jawab apa yg susahnya...letak dlm mulut, minum air dan just telan jer....😎

Tapi rupanya ada yg x pandai nak telan ubat... So disebabkan ada yg bertanya cara nak telan ubat, disini sy share cara mudah nak telan ye....

Pd mulanya jenuh jugak sy fikir macam mana nak tunjukkan pergerakkan lidah dlm mulut ni.. Tetiba teringat dlm buku tadika anak sy Anas ada gambar ilustrasi cara nak sebut huruf "L". Jadi sy guna je gambar ilustrasi tu supaya sahabat senang faham. 😉

Selamat mencuba!!


Wednesday 15 June 2016

Kerja Rumah Lebih Mudah Dengan Shaklee Basic H

X lama lagi hari nak raya.. Dah tentu kita nak kena bersihkan rumah dan bersihkan bilik air bersungguh sungguh daripada biasa.. Maklumla sdara mara, kawan2 & jiran2 nak dtg braya kat umah!!

Haa...ni antara bnda penting yg wajib ada kat dapur uolls!! 

"Shaklee Basic H2"

Sangat membantu memudahkan kerja2... 

Gunakan lbh kurang suku shj drpd penutup dia dan masukkan dlm bekas spray tu. Pastu masukkan air  paip hingga penuh. Goncang2 bg dia sebati dgn air. Pastu dah bleh gunakan utk cuci bilik air...cuci lantai.. 

Spray je pd dinding bilik air tu pastu guna penyental hijau cuci pinggan tu utk lap dinding tu.. Alahai senang sgt kotoran dia hilang. Nak spray kat toilet bowl dan sinki pun bleh. Spray kat kpala paip pun bleh... Nanti dia shining...

Sangat bagus utk cuci permukaan yg berminyak mcm dapur gas, dapur induksi, dinding dapur, lantai dapur... Ya Allah, macam2 lagi!! Lepas masak je trus sembur pd dinding dapur dan lantai dapur.. Pastu lap dgn kain buruk. Memang x ada kesan berminyak pd dinding dan lantai!! Selesa je kaki nak pijak lantai dapur tu..

Saya kalau lps menggoreng atau menumis, memang guna bnda ni utk bersihkan kuali dan alatan dapur yg berminyak. Macam magik je..X ada kesan licin minyak tu!!

Kalau buat kek atau muffin pun, keja2 mencuci mangkuk dan alatan yg kena majerin tu dah x jadi masalah dah. Sy guna bnda ni je...

Sesapa yg meja makannya kaca mcm sy, bleh jugak spray kat meja makan tu..pastu jgn lupa lap. Nanti meja kaca tu jadi bersih berkilat, x la kusam...

Haa..nak raya ni memang sesuai sgt la uollss dapatkan benda ni. InsyaAllah uolls x menyesal beli. Tengok kemampuan dia mcm2 dia leh buat.. InsyaAllah uolls x stress lagi kat dapur. 
 
Yg bagusnya lagi, benda ni x beracun!!  Ianya "organic"!!

Basic H2 Organic Super Cleaning.
16oz
RM48.76 (+gst)

Sempena nak raya ni sy nak bagi diskaun... Diskaun brapa?? PM sy!! 




Kenapa Saya Join Bisnes Shaklee

Saya dah lama dengar supplemen jenama Shaklee ni, tapi tak pernah pulak mencuba. Sehinggalah saya tengok beberapa sahabat yang mengambil supplemen Shaklee untuk 'milk booster'. Kebetulan pd waktu tu sy tgh mengandungkan anak ke-6. Jadi sy fikir, why not try set penyusuan Shaklee ni sebab sy memang berniat utk BF baby sy selama yg mungkin. 

Pengalaman ank 3,4 & 5 masih dalam pantang lagi, susu dah kering. Sy x nak benda ni terjadi lg kpd baby sy ni... 

Selepas sy amalkan Alhamdulillah sehingga sekarang baby dah umur 1 thn 3 bln, masih lagi dapat sy BF. 

Dari Set Penyusuan sy mencuba pula Set Rambut Gugur. Alhamdulillah masalah rambut gugur sy selesai. Ini menambahkan lagi keyakinan sy kpd produk Shaklee!!

Sy berniat untuk berkongsi pengalaman bersama sahabat semua. 

PM atau hubungi sy k...


Tuesday 7 June 2016

Blog Dengan HP?? WOW!!!!

Wahhh!! Rupanya ada aplikasi yg bolehkan kita berblogging guna HP!! Wahhh!!! Ini sudah bagus! Lebih mudah dan handy.. Bukan apa, kebanyakan gambar2 ada dlm hp, so senang la lepas ni nak update blog! Selalunya sy guna ipad utk update blog.

Ok.. Ini percubaan pertama saya blog dgn hp. Harap berhasil.

Eemm gambar apa yg sy nak share buat penyeri entry sy ni ye...

Haaa... Sajer2 la share ngan kengkawan ye...

Aikk gambarnya pegi ke atas la plak.. X pe la, nanti try lg..


Sunday 5 June 2016

Raya Kids Instant Shawl




Alhamdulillah.. Hari ni 1 Ramadhan, kita dah mula berpuasa. Excited btul la sy bila datangnya bulan Ramadhan. X tau nak cter rasa bahagia berbunga2 dlm hati ni. Rasa mcm syok je jiwa...♥️♥️♥️ 


InsyaAllah sy akan cuba buat yg terbaik Ramadhan ni, semoga lebih baik dr tahun2 yg sbelumnya. Aamiin...


Ni sy nak promote shawl utk anak2. U all x payah susah2 nak bersesak2 ngan 👩👩👧👧👨👨👧👦👩👩👦👦 orang lagi..ngan anak2👭👫👬 lg..nak cari tudung shawl utk anak kat luar tu..x payah susah2 nak cari parking 🚗 🚙 🚕 bagai... X payah nak mekap 💄👗👠bersiap2... Dok diam2 dalam umah 🏡 pun dah leh shopping tudung anak.. Pilih je la..


Kids Instant Shawl yg sy jual ni hanya ada saiz S dan SS dan ada 3 jenis motif :-

1. Mickey   - RM16.00
2. Kitty       - RM16.00
3. Butterfly - RM18.00


Ni sy ada contohnya.. Jemput la tgk ye.. Kaler ada mcm2 lg!! Tp anak sy Anas dah penat nak gayakan... He he he..pahamlah kan bebudak 🙍🏼kalau dah letih, suruh senyum pun x nak senyum.. So hanya ni je la yg sempat sy snap. Pilihan kaler lain memang ada...

Cantik sweet sgt untuk anak2 kita. 

Siapa yg berminat leh wsap 012-7458096

Ni contoh saiz S. Labuh sikit la...







Ni contoh saiz SS