Showing posts with label Solat Sunat Isyraq. Show all posts
Showing posts with label Solat Sunat Isyraq. Show all posts

Thursday 8 September 2016

Amalan Apa Yang Pahalanya Menyamai Haji Dan Umrah Sempurna?



.


Assalamualaikum semua.

Pagi2 ni nak kongsi sikit ilmu psl Solat Sunat Isyraq.

Dah lama sebenarnya dengar psl solat sunat Isyraq ni, memang niat nak pelajari tapi hari ni baru berkesempatan nak cari ilmunya. Kebetulan hari ni Jumaat, 09.09.2016 aku x keja, so ada la masa terluang pd waktu subuh. Kalau hari kerja jangan harap la... Dah macam kartun kelam kabutnya...

Kebiasaan aku rujuk amalan solat sunat ni ialah di blog Shafiqolbu. Aku suka blog tu sebab dia punya panduan solat sunat tu ada yg utk 'high level' dan ada jugak yg untuk 'beginner' macam aku ni. Semoga Allah bg aku istiqomah dlm hal2 ibadah kebaikan. Aamiin..

Ok. Apa yg aku faham psl Solat Sunat Isyraq ni ialah dia sama je ngan solat2 sunat yg lain tp ia dikerjakan 2 rakaat shj. Kalau solat sunat yg lain, ada yg boleh di kerjakan 4,6,8 atau 12 rakaat kan. . tp yg Isyraq ni hanya 2 rakaat. X tau la samada bleh buat lebih atau tak sebab x de plak dinyatakan.

Lagi satu bezanya ialah waktu dan 'time frame' dia yg sangat singkat ( psl singkat la kut buat 2 rakaat je agaknya).

Sebelum kita nak solat sunat Isyraq ni, kita kena tahu dulu bila waktu Syuruk. Sebab waktu Isyraq adalah 12 minit SELEPAS waktu Syuruk dan akan berakhir 27 minit SELEPAS waktu Syuruk (kerana selepas tu dah masuk waktu Dhuha).

Pendek je kan waktunya, lebih kurang 15 minit je. So adalah digalakkan selepas solat fardhu Subuh tu kita jgn terus bangun, sebaiknya kita sambung ibadah samada baca Al-Quran atau berzikir sementara menunggu masuk waktu Isyraq.



Apa nak baca dlm solat tu?

Sy ambik yg simple yg ustaz tu ajar :-

Rakaat pertama selepas Al Fatiha dibaca surah Al Kafirun.

Rakaat kedua selepas Al Fatiha dibaca surah Al Ikhlas.

Simple je kan... Tapi kalau uols nak yg lebih lagi bleh la rujuk kat blog tu ye. Ada doa dan sebagainya lagi dlm blog tu. Klik kat link bawah tu ye.


Semoga sahabat sedikit sebanyak mendapat manfaat dari perkongsian  ini. Wallahua'lam



Posted via Blogaway


 https://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-isyraq/