Saturday 28 May 2016

Hi Tea Puspanita BSN Johor

Alhamdulillah!! Seronoknya dapat 1st prize cabutan bertuah!! Dapat comforter set jenama AKEMI. Memang dah lama berkenan ngan comforter set jenama Akemi ni, tp sebab harganya agak mahal sy selalu aje x jadi nak beli... Alhamdulillah akhirnya dapat jugak comforter set Akemi. Leh la wat cadar raya.



Tahniah pada urusetia atau AJK Puspanita yg telah bertungkus lumus menjayakan hi tea ni. Tarikh Sabtu, 28 Mei 2016 dan tempat di Tropical Inn Hotel. Tema kali ni ialah 'Rose Roses' dan kaler hitam & merah. Excited jugak la nak pegi sebab dah lama sangat Puspanita x buat hi-tea. Dari segi persiapan ikut tema tu, sy biasa2 je la. Pakai baju dan skirt mana ada je. Tp sy lebihkan Anas... Nak cari kasut baru la...tudung baru ikut tema la... Semuanya utk anak. Alhamdulillah jumpa la kasut yg sesuai dan tudung merah.

Pada awalnya sy plan nak pegi majlis ni dengan pengasuh anak dan anak dara sy DD. Anas dan Anis tu dah confirm2 la pegi. Tp akhirnya DD x dpt pegi sebab dah daftar masuk UiTM Lendu Melaka. So sy pegi dgn Kak Ina dan Anas & Anis je la..


Ni Kak Ina, pengasuh Anas & Anis. Lembut je air muka dia kan...







Pada majlis tu, jenuh mengawal si Anis. Aktif btul..siap golek2 la dia.. Pastu yg buat lbh susah nak kawal dia sebab dia x takut org. Dia bleh je jalan sorang2, pastu selamba je pegi meja sana, meja sini. Geram tengoknya. 

Selfie ngan Anis



Ni gambar di awal2.. Lum mesra lg...



Anas memang dah ada kawan dia...Raudhah namanya. Ni kawan tahunan. Jumpa setahun sekali atau 2-3 kali je. Kalau BSN ada wat event, ada la jumpa. Diaorg ni kalau bjumpa lambat sikit nak panas pasal masing2 pemalu. Agaknya nak dapatkan 'feel' tu... Tp lepas stengah jam, dah start la aksi diaorg. Apa2 pun kami sbagai org tua seronok je tgk bila anak2 gembira.






Di awal majlis kami di hiburkan dgn persembahan pembukaan tarian zapin dr Persatuan Penggiat Zapin N.Johor. Penari2 remaja mungkin umur dlm belasan tahun je. Best tgk diaorg menari sampai terlupa plak nak snap gambar. Teringat plak tahun 2010 dulu zaman kita masuk pertandingan zapin. Sekarang kalau org suruh menari zapin lg dah x ingat dah step dia.

    Pengacara Majlis- Puan Azizah Sulaiman


Selesai persembahan zapin pembukaan tu kedatangan kami di alu-alukan oleh pengacara majlis, Puan Azizah Sulaiman. Pengacara BSN yg berpengalaman!!  Sy pun minat gak jadi pengacara ni, tp risau nanti jadi acara lawak plak kan... So better la sy dok diam2 je kat meja makan tu. Makan2 lg best!! Kuang kuang kuang.. 

Seusai ucapan aluan drpd pengacara, majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Puan Kenanga... Ehhh silap, Puan Rozanawati. X salah saya dia Biro Agama Puspanita. Sorry Kenanga, aku asyik mendengar doa sampai x teringat nak snap gambar. Dan kemudian ucapan dari Pengerusi Puspanita BSN yg disampaikan oleh wakil (sebab Pengerusi x dpt hadir, ada hal lain yg x dpt dielakkan) Puan Zubaidah Md Ripin.

Selesai tu kami pun dijemput makan.  Sementara makan tu kami di hiburkan oleh penyanyi2 BSN. Wahhh!! Mentang2 vip x ada, kami pun apa lagi...memang pentas tu kami yg punya la!! Anak2 kecil seronok je bebas bermain kat depan.. Penyanyi2 BSN ramai yg berbakat!! Bertambah hangat lagi bila ada yg x lokek "bergelek gerudi" kalah penyanyi dangdut pro tau!! Acara karaoke tu berselang seli dgn acara cabutan bertuah.



Rakan semeja, Anoi.. Jadi penyanyi yg pertama utk sesi karaoke. "Melenggang dia berjalan si gadis desa yg manja, jelingan yg manja". Cabutan bertuah pun dia org pertama yg dapat! 



Selain acara karaoke dan cabutan bertuah, urusetia ada gak buat game utk anak2 supaya diaorg x boring. Game popular biasa la..tiup belon sampai pecah dan rebut kerusi. Anas x masuk sebab Anas ni pemalu. Mungkin next time dia bleh masuk. Tengok budak2 tiup belon, kita plak yg ngeri. Tengok belon yg dah besar tp x letup2 gak lagi la trasa ngerinya....adduuiiii... Bila tgk budak2 main rebut kerusi pun mak-mak yg menjerit!! 

"Kechik" kyt tengok dah pandai jaga baby, dah bleh kawin dah ni kechik ooii...



Pastu ada gak aktiviti yg libatkan mak dan anak. Acara 'anak kenal mak'. Anak2 kena tutup matanya, pastu mak mak kena duduk atas pentas. Pastu setiap sorang kena cari mak dia yg mana satu. Waktu acara ni, meleleh2 air mata terharu tgk anak2 yg pandai cari mak dia... 
Hu hu hu..😢 Macam2 cara dia nak kenal mak dia, ada yg pegang kepala...ada yg raba2 muka... Ada yang raba2 tangan...raba2 kasut pun ada. 

Acara ke 2 plak yg libatkan anak dan mak ialah acara peragaan. Haaa yg ni sy dan Anas ada masuk. X niat nak menang, niat nak suka2 dan bg pengalaman je pd Anas. Nak built up confident level org kata..he he he.. Gambar ada tp jauh la... Cameragirl malu nak kedepan. X pe, sy share je gmbr tu k...





Last but not least ialah acara penghargaan kepada kakitangan yg akan bersara awal dan kakitangan yg menamatkan perkhidmatan. Ramai rupanya yg ambik pilihan bersara awal. Allahu Akbar.....seronoknya... Sy masih lagi bertahan di BSN sebab bnyk komitmen. Agaknya kalau x ada komitmen, sy pun dah bersara awal sebab nak tumpukan pada rumahtangga dan anak2. Itu perancangan sy, tapi Allah tentu ada plan yg jauh lebih baik utk sy. InsyaAllah.


Ini pula mjls potong kek sempena meraikan kakitangan yg menyambut hari lahir bulan Mei selain penghargaan kpd kakitangan yg berhenti dan bersara awal.





Ni 2 orang DIVA BSN. Rodha (kiri) & Faezah Dullah (kanan). Comelllll...  Tahniah Faezah ye sebab menang Best Dress!!! Memang ko kebabommmm!!! Eehh!! Sori tau kita ambik pic dr FB. Halal la ye...





Norhayati Zambri & Norhayati Jamal



Selesai majlis lebih kurang jam 5.30 camtu baru sy berkesempatan tgk hp. Rupanya anak dara DD ada wsap bgtau yg dia mungkin akan smpi di JPO jam 6 ptg. Dia tumpang kwn dia yg nak bercuti ke JB dr UiTM Melaka. Sy pun kelam kabut hantar dulu pengasuh anak balik rumah di Tmn Rinting, pastu terus menghala ke JPO dgn Anas. Baby Anis tpaksa ditinggalkan sebab risau dia kacau pemanduan. Anas nampak suka sgt dpt pegi jalan2 di JPO. Lain kali kita datang lagi ye bawak abah dan baby Anis plak k..


Oh ya!! Sebagai kesimpulan entry sy psl Majlis Hi-Tea Puspanita ni, sy rasa sangat bagus kalau ianya dijadikan acara tahunan. Sebab ianya boleh digunakan sebagai medium untuk merapatkan hubungan antara ibu dan anak.. Its awesome!!!! Bravo kpd AJK Puspanita!!

Anas nampaknya sangat teruja masuk JPO. Walau dia penat tp dia tetap bertenaga nak pusing2. Ibu dia yg balik rasa nak pengsan!!





























2 comments:

  1. Kak Yatt! Bagusnye Johor bleh buat event cam nih.
    Kelantan buat hi tea je biasa.
    Xde libatkan family.

    Boleh usul dkat timb. pengerusi nihh.
    meriah nampakkk

    ReplyDelete
  2. Ha ah... Meriah sgt.. Dah mcm family day, tp indoor!! Pompuan semua kan, so nak karaoke n gelek sakan pun x la rasa malu sgt... Happening!!

    ReplyDelete