Sunday 20 December 2015

Anas Daftar Tadika 5 Tahun Di Tadika Senario Taman Rinting Johor Bahru

Seronok tengok Anas penuh semangat tersenyum sambil memegang buku... 


Pagi tadi tgk anas bukan main smangat lg nak pegi daftar tadika. Awal2 pg dah bgn. Abah dia mandikan... 

Pd awalnya cadang nak masukkan dia ke tadika Pasti Tmn Rinting. Tp bila tgk lokasi agak jauh dr rumah...x sama hala plak tu.. Anas ke kanan, anis nanti kekiri plakkk so tukar plan cari tadika yg berdekatan dgn area antara rumah sy atau rumah pengasuh.

1st survey tadika yg paling dekat ngan rumah tu... Mak datukk!!! Terkejut tgk yuran yg dia mintak RM 1650.00 utk setahun!! Sy tgk tadikanya biasa2 je... X sangka plak mcm tu skali yurannya.. Bulanan RM 150.00 dan caj pengangkutan sbulan RM 50.00. Uuiii maheeiiinya...  Dgn muka selamba dan jujur sy mohon maaf pd cikgu tu. Bukan dalam kemampuan sy.

Sebelum pegi keja sy kena setelkan pendaftaran tadika Anas. Alhamdulillah bos bg kebenaran untuk masuk lewat skit. Terima kasih Encik Azian kerana memahami situasi sy.



Tadika ke-3 pulak x ada laman. Tadika tu di tingkat 2 rumah kedai. Eemmm... Husband x kenan. Sy pun x kenan gak.. Sebab rasa mcm bukan tadika...rasa mcm pusat tuisyen!

Tadika ke-4 ialah tadika yg berdekatan dengan area umah pengasuh Anas iaitu Tadika Senario. Sy tgk yuran daftarnya utk setahun ialah lebih kurang RM 600.00 je. Bulanan RM 110.00 dan caj pengangkutan sbulan RM 23.00 shj. So sy terus daftar Anas di situ.


Tengok senyuman Anas tu... Sweetnya dia... 


Sebenarnya Tadika Senario ni ada sejarah gak ngan family sy.. Anak ke 3 & 4 ( Danish & Elham ) dulu pun tadika di Tadika Senario tp di cawangan Taman Scientex. Pengasas tadika ni pun memang sy kenal, Cikgu Azman dan Cikgu Murni (suami isteri). Dulu tinggal berjiran sebelah rumah dgn mereka. Dulu2 cuma ada 2 cawangan je tadika diaorg.. Skarang Danish pun dah nak masuk 16 tahun, dah bertambah tambah lagi tadika diaorg. Alhamdulillah. Semoga Tadika Senario terus maju jaya. Aamiin.

1 comment: