Saturday 5 December 2015

Dinner BSN Johor 2015 - "Stars Of The Night"



Semalam Jumaat 4 Disember sy hadiri makan malam BSN 2015 di New York Hotel JB. Temanya "Stars Of The Night". Tp sy x ikut tema sgt...tali pinggang je la kut yg ada "stary" skit... Sy angkut skali Mr. Husband ngan 2 anak kecik Anas & Anis tu. Alhamdulillah diaorg ni baik x wat perangai spanjang majlis.



Best la dinner malam td.  Sy paling suka persembahan dari grup AP (Polis Bantuan), rancak, lawak dan simple je tariannya. X payah nak menari complicated utk tarik perhatian audience. Lepas tu sy suka persembahan 'magic' dr staff AP juga dr Zon Kulai. Lepas tu sy suka persembahan dangdut "Senggol Senggolan Cubit Cubitan" dr Zon Bt Pahat. Sedap suara teller Syafika (kalau x silap nama dia) siap Ketua Zon dia En Ismail gelek lagi atas pentas!! Pastu staff2 Bt Pahat yg lain pun sporting naik pentas bergelek!! Aduhhh... x leh lupa la tgk En. Ismail gelek tu... He he he. Pastu persembahan Zon Muar pun not bad.. Duet lagu Dangdut gak..lagu apa lupa la plak... Tp memang kelas teller Hazmi Bidin bergelek!! Ramai yg bersorak suka.. Lagi satu persembahan duet dr Zon Nusajaya asanya. Lagu Baldu Biru... Oh ya!! Ada jugak persembahan solo, abg Iskandar Shah dan KON, En Hamzah Ibrahim. Abg Iskandar siap nyanyi 2 lagu lagi! Suara abg Is memang x leh nak sangkal lg, memang super leh tarik tinggi.. X sangka ramai staff Johor yg berbakat dan yg paling penting SPORTING!!!



Pd dinner mlm td diadakan majlis penyampaian sijil Anugerah Kesetiaan BSN bagi kakitangan yang dah berkhidmat melebihi 25 thn.  Juga pd majlis yg sama meraikan kakitangan yg telah bertukar, akan bertukar, bersara dan bersara awal. Agak touching la jugak waktu diaorg siarkan 'VT' tu.. Jenuh menahan sebak kat dada, x nak menangis tgk muka2 kakitangan yg nak meninggalkan BSN Johor mcm abg Mohamad Saion, abg Hasmal, Nizam Bakar terutamanya Pengarah Perniagaan Negeri, En. Said Azmi Said Ali.

Selepas persembahan VT tu, diaorg sambung plak persembahan nyanyian dr kakitangan teller Khairul Anwar Azril yg menyanyikan lagu Josh Groban 'U Raise Me Up'. Sy memang 'alah' ngan lagu ni. Waktu dgr muzik intro je sy dah tahu, sy memang akan menangis kali ni... X leh elak lagi!!  

Dalam ramai2 yg akan meninggalkan BSN Johor tu, of course yg paling rapat ngan sy ialah En. Said Azmi Said Ali. Walau hanya berkesempatan berkerja 15 bulan sebagai PA dia tp bnyk perkara yg sy dpt timba dr dia. Dia seorang yg boleh beri nasihat bukan shj mengenai hal2 kerja tetapi juga yang berkaitan dgn hal keluarga. Terima kasih En. Said atas nasihat2 tu... Sy doakan En. Said berjaya di dunia dan juga di akhirat ye.



Hasrat hati memang nak stay smpi habis majlis, tp baby Anis dah meragam nak susu. Susu botol tertinggal plak kat umah, so tpaksa la bg susu badan... Nasib baik bawak shawl utk cover, tp x selesa la... Anis pun kejap2 nak selak shawl yg cover tu.. Aduhai... Nak x nak sy tpaksa undur diri. Pd waktu tu Majlis dah nak habis pun... Hadiah utk cabutan bertuah dah tinggal 5 je.. Waktu tu mcm ada perasaan yg nama sy akan di panggil, tp bila fikirkan Anis, sy atur jugaklah langkah menuju ke lif... Hu hu hu.... 



Dalam perjalanan balik, kawan smeja sy wsap bgtau nama sy naik menang cabutan bertuah!! Huaaaaa.....memang bukan rezeki sy... X pe... Lain tahun InsyaAllah ada lg rezeki sy. Aamiin.



No comments:

Post a Comment