Monday 9 November 2015

SET RAMBUT GUGUR SHAKLEE


Rambut adalah mahkota seorang wanita. Bermakna pentingnya rambut itu untuk mempengaruhi rupa paras dan penampilan seorang individu. Seseorang yg mempunyai masalah keguguran rambut yg serius hingga ke tahap botak boleh mengakibatkan hilangnya keyakinan diri dan gangguan emosi bagi mereka yg terlalu mementingkan penampilan diri. Masalah rambut gugur ini tidak hanya melibatkan di kalangan wanita shj malah lelaki juga turut berkongsi masalah yg sama.



Berikut adalah antara punca rambut gugur :-
1. Genetik / keturunan
2. Tekanan kerja / kehidupan
3. Diet yg teruk - mengambil makanan segera dan kurang nutrisi
4. Faktor perubahan hormon - wanita mengandung dan lepas bersalin
5. Pengambilan ubat-ubatan yg menjejaskan pertumbuhan rambut
6. Penggunaan gel rambut atau shampu & perapi yg x sesuai / bahan kimia tinggi
7. Putus haid
8. Kekurangan zat besi, zinc dan ketidakseimbangan tiroid juga menyumbang masalah rambut gugur
9. Tabiat mencabut rambut gatal / uban - terkadang terdapat lebih dari 1 helai rambut dlm satu liang rambut. Apabila dicabut salah satu dr helaian ianya akan mengakibatkan liang itu longgar dan helaian yg lain akan mudah gugur.
10. Tidak menjaga kebersihan rambut 
11. Mengikat rambut dgn terlalu ketat mengakibatkan tekanan kpd akar rambut yg akhirnya akan melemahkan akar tersebut



Fakta berkaitan rambut :-
1. 100 helai rambut yg gugur sehari adalah perkara normal
2. Secara umumnya, tempurung kepala di tumbuhi 100,000 helai rambut hitam, 80,000 rambut merah      dan 120,000 perang
3. 90% tempurung kepala ditumbuhi rambut manakala 10% lagi untuk kulit kepala berehat
4. Rambut adalah tisu paling cepat tumbuh pd tubuh. 35 meter serat rambut dihasilkan setiap hari pd tempurung kepala golongan dewasa.
5. Hampir 50% lelaki berhadapan masalah rambut gugur pd usia 50 thn
6. Wanita akan menghadapi masalah rambut gugur apabila putus haid

*** sumber dari : Dr Jerry Shapiro, Director University Of British Columbia Hair Research



Cadangan solusi :-
1. Mengamalkan pemakanan yg sihat
2. Ikat rambut dgn getah rambut yg sesuai dan longgar
3. Mengawal stress dgn melakukan aktiviti riadah
4. Shampu rambut dan gunakan perapi yg bersesuaian 
5. Jangan shampu rambut setiap hari. Sekiranya tuan/puan jenis basahkan rambut setiap kali mandi, pastikan tuan/puan hanya membasahkannya tanpa bershampu. Sebaliknya shampu rambut hanya 2-3 kali shj dalam seminggu.  

Shaklee juga mempunyai shampu dan makanan tambahan yang mampu mengatasi masalah keguguran rambut. Berikut adalah set rambut gugur yg disarankan :-



1. Prosante Revitalising Shampoo
2. Prosante Lightweight Conditioner
3. Zinc Complex
4. B Complex

Pada pendapat saya ianya sangat berbaloi untuk kita mencuba produk Shaklee terlebih dahulu sebelum kita mengambil keputusan untuk mendapatkan khidmat rawatan di salun yang mahal harga rawatannya. Pengalaman sy sendiri menggunakan set diatas, selepas 2 bulan sy dapati perbezaan yg ketara. Saya rasa teruja dan ingin berkongsi dgn anda semua.

Sy menasihatkan tuan/puan yg mempunyai masalah keguguran rambut ini agar tidak berlengah dalam merawatinya. Jangan biarkan rambut tuan/puan terus-terusan menipis tanpa mengambil apa-apa langkah untuk mengatasinya. Masih belum terlambat untuk mencuba.

Norhayati 012-7458096

#setrambutgugurshaklee
#rambutgugur





No comments:

Post a Comment