Berasal dari Ipoh Perak. Kini menetap dan berkerja di Johor Bahru. Lahir pada tahun 1975 (umur 42 thn pd masa sy edit ni). Berkahwin dan mempunyai 6 org cahayamata. Shaklee Independant Distributor yang sah bagi kawasan Pasir Gudang dan Johor Bahru. Saya ingin kongsi kehidupan saya dengan Shaklee. Mana tahu kalau-kalau dapat bantu optimumkan kesihatan orang lain. Hubungi 012-745 8096 untuk sebarang pertanyaan.
Saturday, 13 August 2016
Aku Kebal?? Alhamdulillah.
Wednesday, 10 August 2016
Musim Demam
Ni adalah antara screenshot grup tadika anak sy..
Kesian kat anak2 zaman skarang.. Demam dah x menentu, dah x ada ikut musim2 dah.... Kalau zaman kita kecik2 dulu jarang2 demam kan... Kalau demam pun ada musim..iaitu musim hujan. Musim hujan memang ramai la yg demam dan selesema.
Kenapa ye jadi mcm tu??
Eemmm... Pada ramalan sy yg bukan nak bijak sgt ni, ni pendapat sy je la ye... Sy rasa benda ni jadi mcm ni disebabkan kanak2 sekarang dah lebih bnyk mkn fast food dan junk food. Sistem imun (antibody) mereka kurang baik berbanding kita dulu sebab faktor pemakanan. Dan kebanyakan anak2 skarang lebih bnyk mkn ayam.. U all pun tau la kan ayam skarang mcm mana... 2 minggu lepas menetas dr telurnya dah besar gemuk dan sedia utk di sembelih buat makan. So itu lah makanan anak2 kita.
Bertambah menambah masalah kalau anak2 kita yg jenis cerewet makan. Sayur x nak makan, buah x nak makan...susu x nak mnum.. Eemm memang bertambah lemah la antibody sebab kekurangan khasiat nutrien dlm badan.
Sebagai ibubapa prihatin u all risau tak kalau anak2 kita jenis cpt sakit?? Dah tentu la kan.. Anak la katakan... Apa pun yg tjadi kita sanggup tempuhi asal dpt melihat anak2 ceria. Betul tak?
Apa yg patut kita buat utk anak yg mcm ni??
Bagi diaorg makan supplemen...
Supplemen pun jgn bagi yg sebarang2. Jangan beli yg murah je sebab nak jimat duit sebaliknya fikirkan natijah dr pngambilan suplemen yg sintetik. Contoh supplemen yg paling baik dan original ekstrak dari buah-buahan ialah Shaklee Vitalea For Children.
Sangat bagus utk anak2 yg cerewet makan utk memastikan anak2 kita dapat khasiat dan nutrisi yg lengkap.
Cuba tengok khasiat vitalea ni :-
Agak2 u all, bleh ke stiap hari nak bagi anak2 mkn menu khasiat yg mcm tu?
Fikir-fikirkan
Harganya RM117. Ada 60 tablet yg memang sedap utk di kunyah.
Nak order call sy ye : 012-7458096
posted from Bloggeroid
Dah Sedia Untuk Mati?
Sebelum tidur, jangan lupa solat Isya dulu....
Luangkan masa untuk membaca..
Sedutan dari ceramah Ustaz Kazim. Allahurabbi..
Nabi kata, bila kita dimasukkan ke dalam kubur..badan kita bersandar dengan batu, dengan tanah, dengan kain kapan..akhirnya dihadapkan ke arah kiblat, dibuka muka kita, pipi kita ni kena tanah..duduk dalam kubur menghadap kiblat..
Isteri dok menangis, suami menangis, anak-anak menangis..lepas tu diambil papan, tutup..tanah pun diturunkan perlahan-lahan..bila dah sampai separuh kubur, tukang kubur pun naik melompat ke atas. Bila melompat naik ke atas, tutup! Dipijak2nya kubur..
Nabi kata bila berpaling sahaja muka orang yang menghantar kamu ke belakang dari kubur, kamu mendengar tapak kasut orang balik. Kita dengar tapak kasut mereka..derap2 deru, derap2 deru mereka kita dengar. Maka pada masa itulah..roh kita akan duduk..duduknya roh dan kaki melunjur. Tegak badan..
Maka pada masa itulah, dia panggil orang2 yang hantar dia..kalau isteri hantar, dia panggil isteri die.. "Pah..takkan tinggalkan abg, Pah..kata nak sehidup semati, Pah.."..Pah tak dengar. Pah bawak cerek dengan daun pandan balik..sambil dok lap air mata.. Syg macam mana isterinya pun, dia balik.. Suami dia panggil "Pah, jangan balik, Pah..tunggu abg Pah.." Dia tak kisah. Dia balik.
Satg dia nampak anak-anak dia balik. Dia panggil anak-anak dia. Anak-anak dia tak dengar. Selepas mereka beredar sahaja, datanglah dua malaikat. Yang hitam kedua2nya. Yang biru kedua2nya. Kta panggil blue black.. Dan kamu dengar derap kaki dia lebih kuat daripada derap kaki orang yang balik tadi.. Siap dengar rantai yang dia bawak lagi tu.. Lagi menggerunkan...
Yg tak pernah senyum, yg tak pernah ketawa..dia masuuuk terus menghadap kepada kamu. Dan terus memanggil kamu "Hai manusia".. Dia tak kata dah Hai ustaz.. Dia tak sebut wahai datuk seri. Tidak.. Dia tak sebut wahai tuanku.. Tidak.. Dr.. Dia tak sebut dah. Malaikat pun tak kenal kita. Malaikat tak panggil hajjah, haji.. Die panggil "Hai manusia"..
"Hai manusia..apa pendapat kamu tentang Muhammad bin Abdullah". Itu soalan dia. Maka manusia tadi menjawab "Dia itu adalah hamba Allah, dia adalah pesuruh Allah..aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah." Kalau itu lah jawapan dia, selamat kita..dia tak tanya lagi, Marobbuka, Manabiyuka..dia tak tanya lagi..soalan pertama, apa pendapatmu..tentang Muhammad bin Abdullah.
Lepas soalan ini, maka lepaslah soalan lain. Maka malaikat tadi dengar apa yang kita jawab, malaikat kata "Kami tahu dah kamu akan jawab macam itu..saaaja kami tanya.." "Nak pastikan bahawa kamu ni orang yang baik." Maka kata malaikat kepada lelaki tadi, "Tidurlah kamu di dalam kubur ini macam tidurnya pengantin."
Maka ahli kubur tadi berkata "Pulangkan aku balik ke dunia..aku nak balik kepada keluarga aku. Aku nak bagitahu keadaan aku dalam kubur. Tolong hantarkan aku balik." Rayu si mati kepada malaikat.
Rupanya orang mati ni nak mintak balik. Bukan nak makan nasi briyani gam.. Bukan balik nak tengok tv.. Bukan. Dia balik ni sebab nak bagitahu kat anak2 dia sembahyang lah.. "Wahai anak2ku, sembahyang.. Wahai isteri2ku, sembahyang.. Wahai suami2ku, sembahyang.." Dia nak bagitahu yg itu..Tapi malaikat kata "Tak boleh balik dah. Kamu sekarang berada di alam barzakh. Kamu tak boleh campur dengan alam dunia"..
Kalau kamu orang yang baik kata Nabi, akan diluaskan kubur tujuh puluh hasta, dilebarkan tujuh puluh hasta dan dicerahkan kubur kamu.
Tetapi biarpun mayat tak boleh khabarkan kepada kita, Nabi dah khabarkan pada kita. Itulah untungnya kita jadi umat Nabi Muhammad saw. Kalau kamu nak 70 hasta, kalau kamu nak cerah dalam kubur, ini amalan yg kamu kena buat. Kalau kamu nak gelap dalam kubur, kalau kamu nak tulang rangka kamu berselisih, ini amalan yg kamu kena buat. Semuanya bergantung di tangan kamu. Madu di tangan kanan, racun di tangan kiri. Pilihlah mana yg kamu nak buat.
Sesungguhnya bekalan yg paling baik adalah taqwa.
-Ustaz Kazim Elias-
#copypaste
#share
Wednesday, 3 August 2016
Boleh Ke Simpan Ubat Demam?
PERLUKAH SIMPAN UBAT DEMAM DALAM FRIDGE?
Bila balik rumah nanti, cuba pergi buka Peti Sejuk. Periksa ada tak kita simpan ubat demam (paracetamol), ubat selsema ataupun ubat batuk dalam peti sejuk?
Mesti ada kan?
Terutamanya bagi yang berkeluarga atau mempunyai anak kecil pasti ada simpan sekurang-kurangnya satu botol ubat demam atau baki ubat demam yang pernah digunakan sebelum ni.
=====
Kenapa kita simpan ubat demam dalam peti sejuk?
=====
Ubat demam yang saya maksudkan adalah apa-apa jenis ubat yang mengandungi bahan 'paracetamol'. Ada banyak jenis jenama ubat demam yang mengandungi paracetamol ni antaranya Panadol, Axcel Paracetamol, Fepril, Uphamol dan Kidz PCM.
Biasanya, selepas kita ambil ubat demam (cecair) daripada klinik ataupun farmasi. Bila balik rumah, kita terus simpan ubat demam ni dalam peti sejuk dengan anggapan pasti ia tahan lebih lama bila disimpan dalam peti sejuk seperti makanan lain.
Kemudian, selepas demam anak kita sembuh. Ubat demam tersebut masih belum habis lagi, masih ada sedikit baki. Kita pun simpan semula baki ubat demam ni di dalam peti sejuk, mana tahu nanti boleh pakai lagi jika anak demam. Kalau terus buang, rasa macam membazir pula kan?
Persoalannya?
Berapa lama kita boleh simpan demam ini selepas dibuka? Adakah boleh disimpan hingga sampai tarikh luputnya?
Sebenarnya ubat-ubat demam dalam bentuk cecair di Malaysia telah dibotolkan atau dipack sesuai untuk sekali penggunaan untuk seorang pesakit. Sebotol ubat demam biasanya mengandungi 60ml - 100ml ubat sahaja.
Contohnya ubat demam yang mengandungi 60ml, jika diambil 5ml untuk 4 kali sehari. Ubat ini sepatutnya habis dalam masa 3 hari, dan biasanya demam juga akan sembuh dalam masa 3 hari.
Jadi ubat demam ini tidak perlu disimpan.
Jika masih ada ubat demam berbaki selepas digunakan, ubat ini masih boleh disimpan selepas dibuka untuk tempoh 1 - 2 bulan mengikut jenis ubat.
Tetapi, jika kita mahu menyimpan ubat demam untuk kegunaan masa akan datang. Sebaik-sebaiknya kita dapatkan ubat demam yang baru dan belum dibuka daripada farmasi dan simpan di tempat kering tanpa perlu disimpan dalam peti sejuk.
Apabila anak kita demam, gunakan ubat yang baru, jangan ambil baki ubat demam yang lama yang kita tidak pasti bila tarikh pertama kita buka atau gunakannya.
======
Jangan Simpan Lebih 2 Bulan Ubat Demam yang telah dibuka
=====
Ubat yang dibotolkan di kilang ubat biasanya diisi dengan udara yang bersih (clean air) ataupun Nitrogen. Apabila ubat dibuka, nitrogen ataupun udara bersih akan terkeluar dan udara biasa akan masuk. Udara biasa ini mengandungi wap air, fungi dan juga bakteria.
Cecair ubat dicampurkan dengan bahan pengawet ataupun preservatives seperti methyl paraben dan propylparaben untuk mencegah pembiakan bakteria di dalamnya. Tetapi apabila kita simpan ubat yang telah dibuka di dalam peti sejuk. Suhu peti sejuk boleh menyebabkan wap air terbentuk di dalam botol ubat melalui proses kondensasi.
Wap air yang terbentuk ini tidak mengandungi bahan pengawet dan bakteria atau fungi boleh membiak di dalamnya. Wap air yang banyak kemudian turun dan bercampur dengan cecair ubat di dalam botol.
Kita sangka ubat demam yang disimpan dalam peti sejuk akan tahan lebih lama sebaliknya kita mempercepatkan pertumbuhan bakteria dan merosakkannya.
Jadi, kalau nak simpan ubat demam sebagai spare di rumah. Belilah ubat demam yang baru dan simpan tanpa membukanya terlebih dahulu. Buang sahaja baki ubat demam jika anak kita dah sembuh daripada demam.
Tak perlu simpan baki ubat demam di dalam peti sejuk berbulan-bulan, bertahun hinga sampai tarikh luputnya.
Pesanan ikhlas,
Rahman Baco, Pharmacist.
www.fb.com/rahmanbaco.my
#rahmanbaco.my
Tuesday, 2 August 2016
Vivix Melambatkan Proses Penuaan
Yess!!! Dah sampai...
Kajian Klinikal Menunjukkan Ramuan Aktif Vivix Berupaya Mengaktifkan Pengawalan Utama Genetik Yang Menolong Melambatkan Penuaan Pada Tahap Sellular...
Memelihara Jantung, Otak, Sistem Imun, Sendi, Bersifat Antioksida & Meningkatkan Tenaga.
Keupayaannya 10x Lebih Efektif Berbanding Resveratrol Dalam Melambatkan Mekanisme Utama Penuaan Sellular.
Nak Sihat ?
Nak Awet Muda ?
Jom Try Vivix!!!
Call / Wsap Kat No. Ni : 012-7458096
Friday, 29 July 2016
Gambar Kenangan Raya 2016
Bacaan Gula Turun Walau Kurang Pantang
Bakal Tahfiz Muda
Sejuk perut ibu mengandung... Wahhh.. Kalau la sifat2 rajin Anis ni bawak ke besar x mustahil dia bleh jadi tahfiz ye... Aamiinn.. InsyaAllah..
Thursday, 28 July 2016
Vivix Produk Yang Best
Wahhh!!! Banyaknya kebaikan amalkan vivix. InsyaAllah banyak penyakit dapat di ubati dengan vivix.
"Sayang Pergi La Dulu...Nanti Abang Ikut"
INI KISAH CINTA
Arwah makcik saya, Safarina Ismi disahkan menghidap kanser payudara 2 tahun lepas. Masa tu kanser masih ditahap 2. Saya panggil arwah, Cik Amy.
Cik Amy ni orangnya lemah lembut, baik, cantik, memang rapat dengan Cik Amy. Cik Amy ni isteri kepada adik baba saya, Azizi Zulkifli (Cik G) yang baru meninggal semalam.
Sejak Cik Amy sakit, macam macam cara mereka cuba utk merawat kanser, alternatif, modern, homopati, you named it. Semua dah cuba. Mereka usaha. Kadang2 Cik Amy okay sihat ceria macam orang tak sakit. Tapi kadang2 Cik Amy jatuh sakit.
Sampailah kemuncaknya pada hujung tahun lepas bila kanser Cik Amy dah reach stage 4. Doktor sarankan buat chemotherapy. Cik Amy buat. Dia jadi kurus sangat, rambut gugur, makin sakit. Cik G, setia menemani dan menjaga Cik Amy dari awal Cik Amy sakit lagi Cik G positif sangat, yakin isteri dia akan sihat. Walaupun kanser Cik Amy dah merebak masa tu.
Mereka dah berkahwin lebih 17tahun. Cik G ni nampak cam garang tapi penyanyang sungguh. Tambah2 bila dia mula kenal Cik Amy. Kehadiran Cik Amy dalam hidup Cik G menenangkan Cik G dari kehidupan dia yang huru hara masa muda 😅 Cik Amy ni cinta mati dia. Sayang sangat. Pasangan ni dikurniakan 5 orang cahaya mata, 4 perempuan & 1 lelaki.
Sepanjang Cik Amy sakit, Cik G jaga dengan penuh kasih sayang. Sampai tak tidur berminggu2. Nampak macam kuat. Tapi hakikatnya Cik G pun sakit. Cik G disahkan menghidap Hepatitis B. Tapi Cik G tak cerita kat sesiapa pun. Dia terus kuat demi isteri tercinta dan anak2. Dia senyum. Dia gelak. Dia buat lawak. Kadang2 dia nangis. 😔
Cik G dah lama sakit dan menderita. Tapi tetap kuatkan diri. Lawan sakit dia. Dia kena kuat. Kalau dia tak kuat, siapa yang nak beri dan jadi kekuatan utk isteri dia 😥 Cik Amy yang sakit tu pun tak sanggup tengok susah payah suami dia menjaga dia sampai tak tidur2.
Masa bulan Ramadhan haritu saya ziarah Cik Amy dekat rumah. Cik Amy cakap "Cik Amy kesian tengok Cik G tu. Dia penat terkejar sana sini. Jaga Cik Amy sampai tak tidur." Bila saya tanya macam mana keadaan Cik Amy, dia cakap camni je "Cik Amy sakit ni bawa Cik Amy dekat lagi dengan Allah. Cik Amy tak takut kalau Cik Amy dijout. Tapi Cik Amy kesian kat anak2. Macam mana dorang kalau Cik Amy tkde. Kesian Cik G"
Sebelum Cik Amy meninggal dia sempat minta ampun maaf dari Cik G. Cik G cakap dia ampunkan "sayang pergila dulu, nanti abang ikut" 😭
Cik Amy meninggal pada 13/7/2016 12:28 am di hospital pada usia 37 tahun. Sedihnya Cik G jangan cakap la. Cinta hati dia dah pergi buat selama2nya. Lepas Cik Amy dikebumikan dia cakap kat adik beradik dia pun nak mati dah. Semua orang ingat dia beremosi kerana terlalu sedih. Dia langsung tak lalu makan dan mula lemah. Demam teruk.
Hari khamis 14/7/2016 Cik G di bawa ke hospital sebab demam teruk. Sebelum pergi hospital dia pesan kat anak sulung (perempuan, 16tahun) Kak Long jaga adik2 ye.
Bila sampai di hospital rupanya Cik G dah kritikal. Semua organ dalaman dah mula tak berfungsi. Usus bocor, buah pinggang buat hal, hempedu pecah. Allahu. Buat semua orang wonder macam mana Cik G mampu bertahan dengan sakit yang macam ni. Doktor tidurkan Cik G. Duduk dalam ICU. Dalam ICU tu 2 kali jantung Cik G terhenti. Semua dh mula risau. Baru la semua adik beradik Cik G tahu yang Cik G sebenarnya dah lama sakit.
Sebelum jantung dia terhenti kali kedua tu dia tersedar dan minta bawak anak2 dia tengok dia. Dia tahu dia nak pergi dah 😭 Allahu. Sedih betul time ni. Semua menangis. Semua adik beradik menangis dan call mana yang jauh untuk balik tengok Cik G.
Oh lupa nak bagitahu. Keluarga kami ni besar. Adik beradik baba ada 18 orang. 14 lelaki, 4 perempuan. yang sulung dah meninggal, yang lain semua ada lagi. Cik G nombor 13. Bawah baba. Paling rapat dengan baba. Bayangkan la kesedihan baba bila tau adik dia kritikal. Baba sakit2 pun minta bawakan dia balik ipoh nak tengok adik dia.
Tapi Allah lebih sayang Cik G. Jumaat, 12:58 tengah hari, jatungnya terhenti terus... Pada usia 47 tahun, Cik G pergi buat selama2nya. Tunaikan janji yang dia akan menyusul isteri tercinta. Meninggalkan 5 orang anak yang berusia 3 tahun - 16 tahun. Sedihnya taktahu nak cakapla. Dalam tempoh 2 hari je anak2 jadi yatim piatu.
Bila Cik G dah takde baru la semua orang sedar yang selama ni bila Cik G sedih, menangis, bukan sebab isterinya sakit. Tapi sebab dia pun sakit teruk. Dia risau dia akan pergi dulu sebelum isterinya 😭😭😭😭😭
Ketika menaip ni pun air mata saya taknak berhenti mengalir. Saya rapat dengan mereka berdua. Kenangan bersama takpernah terhenti berputar dalam ingatan.
Kepada yang membaca, sedekahkanlah Al fatihah buat pasangan suami isteri ni. Mereka dah berjanji sehidup semati.
Doakanlah yang terbaik buat anak2 arwah. Jika mampu, berilah sedikit sumbangan kepada mereka. Ibu bapa mereka sudah tiada. Tempat mereka berlindung dan bermanja sudah tiada. Mereka perlukan kekuatan. Doakan mereka kuat, doakan mereka tabah, doakan mereka mebesar menjadi anak yang soleh dan solehah.
Kepada yang ingin memberi sumbangan, buat sementara waktu ni anak sulungnya tkde akaun bank lagi, so boleh bank in ke akaun CIMB saya dulu, saya kumpulkan dan beri pada penjaganya nanti.
CIMB BANK
7617622923 - Zuraisyah Hanani
Sesunggunya perkara yang paling dekat dengan kita adalah kematian. Mereka yang mati itu sudah selesai. Tapi kita yang masih hidup ini adakah sudah bersedia?
Nota kaki : Ini gambar keluarga mereka 4 tahun lepas sebelum ada anak bongsu mereka yang kini berusia 3 tahun.
*** Kisah yg sy copy paste dr grup wsap. Sy x kenal siapa yg mengarang crita ni, tapi sy kenal la dgn family arwah ni. Orang kampung sy jugak di Kg Manjoi tu. Semoga roh pasangan ini dicucuri Rahmat Allah dan ditempatkan bersama orang2 yg soleh. Aamiin.