Saturday 13 August 2016

Aku Kebal?? Alhamdulillah.

Semalam pagi sy terlebih rajin... Rajin nak potong memotong. So bila dah terlebih rajin nak potong2, benda keras pun sy usahakan jugak nak potong. Akhirnya jari ku yg terpotong... Terhiris la senang citer. TERPOTONG tu bunyi mcm dah terpisah plak jari dr tgn.. He he he...

Waktu tgh cubaan memotong benda tu, memang dah terasa dlm hati "eehhh...silap2 ni aku yg kena ni...". Eemmm tgk2 btul plak terkena jari. Apa lagi darah pun kluar x henti2. Aku x menangis pun ( kita memang jenis x mengada...tahu kalau nangis pun bukan ada org yg pujuk pun....) Just relax cool je. Kebetulan memang depan sinki, so just tadah je la jari tu bawah air paip. Biar je air lalu kat jari tu. Bila tarik dari paip, tgk darah kluar lagi...tadah lg... 2-3 kali mcm tu lastnya aku ambik getah ikat di pangkal sebab nak stopkan darah dari terus kluar. Waktu ni memang rasa la 'nyut nyut' nya.. 

Sabtu 13/08/16 jam 8.55 pagi


Encik husband suruh letak minyak kat luka, tp aku x nak letak apa2 sebab nanti nak potong2 sayur bagai bau minyak plak lauk tu nanti.. So aku biarkan aje natural gitu..

Eemmm... Dalam hati berkata camana la nak tolong mak mertua masak ni, nanti jari sure pedih kalau kena air ni.... Itu yg aku dok fikir dlm kepala.

 Mak mertua ada rumah waktu tu sebab nak tumpang masak utk kenduri tahlil di rumah adiknya mlm nanti.  Aku x bgtau pun kat dia pasal jari telunjuk dah luka. Risau plak nanti dia kata cari alasan plak x nak tolong kat dapur 😝 . Tapi akhirnya boleh gak la tolong2, just potong2 sayur je... Tapi just potong sayur kacang panjang jer.. He he he.. Sebab Anis kacau. X leh nak wat keja. Lastnya aku layan Anis je la bawak masuk bilik tidokan dia.

Balik citer psl jari yg luka terhiris td, bila ada aktiviti yg kena berurusan ngan air, aku rasa suspen sebab takut pedih pd luka tu. Tapi bila cuci2, Aikk!! X pedih pulak!! Agaknya sebab just air je kut..kalau kena sabun baru pedih kut... So bila sampai aktiviti cuci ngan sabun, aku suspen. Aaikkk!! X jugak pedih!

Kebiasaannya kalau jari kita luka kena pisau kita akan rasa pedih bila kena air kan?? Kalau kena air sabun lagi la pedih kann....

Tapi Alhamdulillah luka sy x pedih bila kena air... Kena sabun pun x pedih...

Kenapa ye? Aku dah jadi org kebal ke?? Woww!!

Baru aku teringat!!! Aku consume VIVIX Shaklee!!





No wonder la aku x rasa pedih...dgn kuasa Allah, vivix tu dah produce sel2 baru pada luka yg kena hiris tu!! Amazing kan.... Just an hour je....

So terbuktilah ramuan Vivix ni melindungi dan memperbaiki sel-sel!! 

Terbuktilah Vivix ni menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitochondria. Apa plak 'mitochondria' ? Ala...susah nak explain... Senang citer Mitochondria ni adalah benda yg kedua terbesar dalam sel2.. 

Subhanallah... 

Jom tengok apa jadi pada luka pagi ni...


Ni gambar diambil jam 7.30 pagi (Ahad 14/08/16). Dah kering dan dlm proses nak cantum dah... Nampak tak??

Amazing ViviX!! No wonder ramai yg dapat kebaikan sembuh penyakit dgn consume vivix. 

Jom kita tgk testimoni org lain..

























































Banyak kan... U all nak check lebih lagi memang ada... Kat google search atau google image.. 

Banyak sgt sampai aku x tercopy!!

Kepada yg dah ada penyakit tu, kita cuba usaha ikhtiar dgn Vivix. X salah kita cuba. Mana la tahu kalau Allah izinkan sembuh dgn Vivix mcm org2 lain yg bagi testimoni tu. 

Kepada yg masih sihat walafiat tu, jaga la kesihatan...jaga pemakanan. X salah jugak kita consume Vivix dari awal utk cegah penyakit. 

My Health My Wealth.

Ada yg berminat nak dapatkan Vivix? 

Ni no hp untuk di hubungi ye 

 🔽🔽🔽🔽🔽🔽🔽🔽





























Wednesday 10 August 2016

Musim Demam

Agaknya sekarang memang musim demam kut ye??


Ni adalah antara screenshot grup tadika anak sy..





Kesian kat anak2 zaman skarang.. Demam dah x menentu, dah x ada ikut musim2 dah.... Kalau zaman kita kecik2 dulu jarang2 demam kan... Kalau demam pun ada musim..iaitu musim hujan. Musim hujan memang ramai la yg demam dan selesema.

Kenapa ye jadi mcm tu??

Eemmm... Pada ramalan sy yg bukan nak bijak sgt ni, ni pendapat sy je la ye... Sy rasa benda ni jadi mcm ni disebabkan kanak2 sekarang dah lebih bnyk mkn fast food dan junk food. Sistem imun (antibody) mereka kurang baik berbanding kita dulu sebab faktor pemakanan. Dan kebanyakan anak2 skarang lebih bnyk mkn ayam.. U all pun tau la kan ayam skarang mcm mana... 2 minggu lepas menetas dr telurnya dah besar gemuk dan sedia utk di sembelih buat makan. So itu lah makanan anak2 kita.

Bertambah menambah masalah kalau anak2 kita yg jenis cerewet makan. Sayur x nak makan, buah x nak makan...susu x nak mnum.. Eemm memang bertambah lemah la antibody sebab kekurangan khasiat nutrien dlm badan.

Sebagai ibubapa prihatin u all risau tak kalau anak2 kita jenis cpt sakit?? Dah tentu la kan.. Anak la katakan... Apa pun yg tjadi kita sanggup tempuhi asal dpt melihat anak2 ceria. Betul tak?

Apa yg patut kita buat utk anak yg mcm ni??

Bagi diaorg makan supplemen...

Supplemen pun jgn bagi yg sebarang2. Jangan beli yg murah je sebab nak jimat duit sebaliknya fikirkan natijah dr pngambilan suplemen yg sintetik. Contoh supplemen yg paling baik dan original ekstrak dari buah-buahan ialah Shaklee Vitalea For Children.



Sangat bagus utk anak2 yg cerewet makan utk memastikan anak2 kita dapat khasiat dan nutrisi yg lengkap.

Cuba tengok khasiat vitalea ni :-



Agak2 u all, bleh ke stiap hari nak bagi anak2 mkn menu khasiat yg mcm tu?

Fikir-fikirkan

Harganya RM117. Ada 60 tablet yg memang sedap utk di kunyah.

Nak order call sy ye : 012-7458096

posted from Bloggeroid

Dah Sedia Untuk Mati?

Sebelum tidur, jangan lupa solat Isya dulu....

Luangkan masa untuk membaca..

Sedutan dari ceramah Ustaz Kazim. Allahurabbi..

Nabi kata, bila kita dimasukkan ke dalam kubur..badan kita bersandar dengan batu, dengan tanah, dengan kain kapan..akhirnya dihadapkan ke arah kiblat, dibuka muka kita, pipi kita ni kena tanah..duduk dalam kubur menghadap kiblat..

Isteri dok menangis, suami menangis, anak-anak menangis..lepas tu diambil papan, tutup..tanah pun diturunkan perlahan-lahan..bila dah sampai separuh kubur, tukang kubur pun naik melompat ke atas. Bila melompat naik ke atas, tutup! Dipijak2nya kubur..

Nabi kata bila berpaling sahaja muka orang yang menghantar kamu ke belakang dari kubur, kamu mendengar tapak kasut orang balik. Kita dengar tapak kasut mereka..derap2 deru, derap2 deru mereka kita dengar. Maka pada masa itulah..roh kita akan duduk..duduknya roh dan kaki melunjur. Tegak badan..

Maka pada masa itulah, dia panggil orang2 yang hantar dia..kalau isteri hantar, dia panggil isteri die.. "Pah..takkan tinggalkan abg, Pah..kata nak sehidup semati, Pah.."..Pah tak dengar. Pah bawak cerek dengan daun pandan balik..sambil dok lap air mata.. Syg macam mana isterinya pun, dia balik.. Suami dia panggil "Pah, jangan balik, Pah..tunggu abg Pah.." Dia tak kisah. Dia balik.

Satg dia nampak anak-anak dia balik. Dia panggil anak-anak dia. Anak-anak dia tak dengar. Selepas mereka beredar sahaja, datanglah dua malaikat. Yang hitam kedua2nya. Yang biru kedua2nya. Kta panggil blue black.. Dan kamu dengar derap kaki dia lebih kuat daripada derap kaki orang yang balik tadi.. Siap dengar rantai yang dia bawak lagi tu.. Lagi menggerunkan...

Yg tak pernah senyum, yg tak pernah ketawa..dia masuuuk terus menghadap kepada kamu. Dan terus memanggil kamu "Hai manusia".. Dia tak kata dah Hai ustaz.. Dia tak sebut wahai datuk seri. Tidak.. Dia tak sebut wahai tuanku.. Tidak.. Dr.. Dia tak sebut dah. Malaikat pun tak kenal kita. Malaikat tak panggil hajjah, haji.. Die panggil "Hai manusia"..

"Hai manusia..apa pendapat kamu tentang Muhammad bin Abdullah". Itu soalan dia. Maka manusia tadi menjawab "Dia itu adalah hamba Allah, dia adalah pesuruh Allah..aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah." Kalau itu lah jawapan dia, selamat kita..dia tak tanya lagi, Marobbuka, Manabiyuka..dia tak tanya lagi..soalan pertama, apa pendapatmu..tentang Muhammad bin Abdullah.

Lepas soalan ini, maka lepaslah soalan lain. Maka malaikat tadi dengar apa yang kita jawab, malaikat kata "Kami tahu dah kamu akan jawab macam itu..saaaja kami tanya.." "Nak pastikan bahawa kamu ni orang yang baik." Maka kata malaikat kepada lelaki tadi, "Tidurlah kamu di dalam kubur ini macam tidurnya pengantin."

Maka ahli kubur tadi berkata "Pulangkan aku balik ke dunia..aku nak balik kepada keluarga aku. Aku nak bagitahu keadaan aku dalam kubur. Tolong hantarkan aku balik." Rayu si mati kepada malaikat.

Rupanya orang mati ni nak mintak balik. Bukan nak makan nasi briyani gam.. Bukan balik nak tengok tv.. Bukan. Dia balik ni sebab nak bagitahu kat anak2 dia sembahyang lah.. "Wahai anak2ku, sembahyang.. Wahai isteri2ku, sembahyang.. Wahai suami2ku, sembahyang.." Dia nak bagitahu yg itu..Tapi malaikat kata "Tak boleh balik dah. Kamu sekarang berada di alam barzakh. Kamu tak boleh campur dengan alam dunia"..

Kalau kamu orang yang baik kata Nabi, akan diluaskan kubur tujuh puluh hasta, dilebarkan tujuh puluh hasta dan dicerahkan kubur kamu.

Tetapi biarpun mayat tak boleh khabarkan kepada kita, Nabi dah khabarkan pada kita. Itulah untungnya kita jadi umat Nabi Muhammad saw. Kalau kamu nak 70 hasta, kalau kamu nak cerah dalam kubur, ini amalan yg kamu kena buat. Kalau kamu nak gelap dalam kubur, kalau kamu nak tulang rangka kamu berselisih, ini amalan yg kamu kena buat. Semuanya bergantung di tangan kamu. Madu di tangan kanan, racun di tangan kiri. Pilihlah mana yg kamu nak buat.

Sesungguhnya bekalan yg paling baik adalah taqwa.

-Ustaz Kazim Elias-

#copypaste
#share


Wednesday 3 August 2016

Boleh Ke Simpan Ubat Demam?

PERLUKAH SIMPAN UBAT DEMAM DALAM FRIDGE?

Bila balik rumah nanti, cuba pergi buka Peti Sejuk. Periksa ada tak kita simpan ubat demam (paracetamol), ubat selsema ataupun ubat batuk dalam peti sejuk?

Mesti ada kan?

Terutamanya bagi yang berkeluarga atau mempunyai anak kecil pasti ada simpan sekurang-kurangnya satu botol ubat demam atau baki ubat demam yang pernah digunakan sebelum ni.

=====
Kenapa kita simpan ubat demam dalam peti sejuk?
=====

Ubat demam yang saya maksudkan adalah apa-apa jenis ubat yang mengandungi bahan 'paracetamol'. Ada banyak jenis jenama ubat demam yang mengandungi paracetamol ni antaranya Panadol, Axcel Paracetamol, Fepril, Uphamol dan Kidz PCM.

Biasanya, selepas kita ambil ubat demam (cecair) daripada klinik ataupun farmasi. Bila balik rumah, kita terus simpan ubat demam ni dalam peti sejuk dengan anggapan pasti ia tahan lebih lama bila disimpan dalam peti sejuk seperti makanan lain.

Kemudian, selepas demam anak kita sembuh. Ubat demam tersebut masih belum habis lagi, masih ada sedikit baki. Kita pun simpan semula baki ubat demam ni di dalam peti sejuk, mana tahu nanti boleh pakai lagi jika anak demam. Kalau terus buang, rasa macam membazir pula kan?

Persoalannya?

Berapa lama kita boleh simpan demam ini selepas dibuka? Adakah boleh disimpan hingga sampai tarikh luputnya?

Sebenarnya ubat-ubat demam dalam bentuk cecair di Malaysia telah dibotolkan atau dipack sesuai untuk sekali penggunaan untuk seorang pesakit. Sebotol ubat demam biasanya mengandungi 60ml - 100ml ubat sahaja.

Contohnya ubat demam yang mengandungi 60ml, jika diambil 5ml untuk 4 kali sehari. Ubat ini sepatutnya habis dalam masa 3 hari, dan biasanya demam juga akan sembuh dalam masa 3 hari.

Jadi ubat demam ini tidak perlu disimpan.

Jika masih ada ubat demam berbaki selepas digunakan, ubat ini masih boleh disimpan selepas dibuka untuk tempoh 1 - 2 bulan mengikut jenis ubat.

Tetapi, jika kita mahu menyimpan ubat demam untuk kegunaan masa akan datang. Sebaik-sebaiknya kita dapatkan ubat demam yang baru dan belum dibuka daripada farmasi dan simpan di tempat kering tanpa perlu disimpan dalam peti sejuk.

Apabila anak kita demam, gunakan ubat yang baru, jangan ambil baki ubat demam yang lama yang kita tidak pasti bila tarikh pertama kita buka atau gunakannya.

======
Jangan Simpan Lebih 2 Bulan Ubat Demam yang telah dibuka
=====

Ubat yang dibotolkan di kilang ubat biasanya diisi dengan udara yang bersih (clean air) ataupun Nitrogen. Apabila ubat dibuka, nitrogen ataupun udara bersih akan terkeluar dan udara biasa akan masuk. Udara biasa ini mengandungi wap air, fungi dan juga bakteria.

Cecair ubat dicampurkan dengan bahan pengawet ataupun preservatives seperti methyl paraben dan propylparaben untuk mencegah pembiakan bakteria di dalamnya. Tetapi apabila kita simpan ubat yang telah dibuka di dalam peti sejuk. Suhu peti sejuk boleh menyebabkan wap air terbentuk di dalam botol ubat melalui proses kondensasi.

Wap air yang terbentuk ini tidak mengandungi bahan pengawet dan bakteria atau fungi boleh membiak di dalamnya. Wap air yang banyak kemudian turun dan bercampur dengan cecair ubat di dalam botol.

Kita sangka ubat demam yang disimpan dalam peti sejuk akan tahan lebih lama sebaliknya kita mempercepatkan pertumbuhan bakteria dan merosakkannya.

Jadi, kalau nak simpan ubat demam sebagai spare di rumah. Belilah ubat demam yang baru dan simpan tanpa membukanya terlebih dahulu. Buang sahaja baki ubat demam jika anak kita dah sembuh daripada demam.

Tak perlu simpan baki ubat demam di dalam peti sejuk berbulan-bulan, bertahun hinga sampai tarikh luputnya.

Pesanan ikhlas,

Rahman Baco, Pharmacist.
www.fb.com/rahmanbaco.my

#rahmanbaco.my



Tuesday 2 August 2016

Vivix Melambatkan Proses Penuaan

Yess!!! Dah sampai...

Kajian Klinikal  Menunjukkan Ramuan Aktif Vivix Berupaya Mengaktifkan Pengawalan Utama Genetik Yang Menolong Melambatkan Penuaan Pada Tahap Sellular...

Memelihara Jantung, Otak, Sistem Imun, Sendi, Bersifat Antioksida & Meningkatkan Tenaga.

Keupayaannya 10x Lebih Efektif  Berbanding Resveratrol Dalam Melambatkan Mekanisme Utama Penuaan Sellular.

Nak Sihat ? 

Nak Awet Muda ?

Jom Try Vivix!!!

Call / Wsap Kat No. Ni : 012-7458096


Friday 29 July 2016

Gambar Kenangan Raya 2016


Tahun ni x banyak bergambar.. Ni gambar berdua je ngan En. Husband. Susah nak dapat bergambar berdua.. Ni kat umah adik di Klebang Restu Ipoh. Waktu ni 3 Syawal rasanya...





Ini pulak gambar waktu Majlis Raya MPPG di Stadium Tertutup Pasir Gudang.  Waktu ni tarikh 17.07.2016





Ini pulak gambar waktu pagi 1 Syawal, Raya Pertama 06.07.2016. Gambar ni digunakan untuk wsap ucapan hari raya pd kengkawan. Tahun ni kami pakai tema kaler coklat. Tahun depan kaler apa agaknya ye???




Ini pun waktu pagi Raya Pertama. Dalam bilik di rumah mak mertua di Felda Tenggaroh 2. Tahun ni kami beraya berempat je. Anak2 yg 4 org lagi tu beraya dgn ayah diaorg tahun ni...






Bacaan Gula Turun Walau Kurang Pantang



Siapa yg x nak sihat....semua orang pun nak sihat. Tapi bab nak berpantang yg susah skit tu... Lebih2 lagi kalau sakit kencing manis, mcm2 benda x leh nak makan. Makanan yg sedap2 plak tu yg x bleh makan!!! Adooiiiii.... Tapi nak buat macam mana...penyakit dah hinggap. Redho je la ye.. 

Ada beberapa supplemen Shaklee yg bagus kalau di amalkan oleh pesakit diabetis. Iaitu :-
1. GLA Complex 
2. B Complex 
3. Zink Complex.

Cuba la kawan2.. Mungkin serasi ngan kawan2.

Macam saya skarang ni dah masuk early 40's.. Alhamdulillah stakat ni sy x ada penyakit. Tp sy dah mula ambil langkah jaga2. X bleh lagi la nak makan bnyk benda2 manis dan berminyak bagai.. Dah mula makan supplemen sebagai langkah mencegah. Maklum la mencegah tu lebih baik daripada mengubati!


Ok.. Untuk kawan2 yg nak dapatkan Set Diabetis tu boleh contact sy ye. 

Harga :
1. GLA Complex     -  RM96.73 (60 softgel)
2. B Complex         -  RM56.98 (120 tablet)
3. Zink Complex.    -  RM35.78 (120 tablet)


📞📲📲📞📞 012-7458096


Bakal Tahfiz Muda


Sejuk perut ibu mengandung... Wahhh.. Kalau la sifat2 rajin Anis ni bawak ke besar x mustahil dia bleh jadi tahfiz ye... Aamiinn.. InsyaAllah..


Thursday 28 July 2016

Vivix Produk Yang Best

Wahhh!!! Banyaknya kebaikan amalkan vivix. InsyaAllah banyak penyakit dapat di ubati dengan vivix.