Monday 19 October 2015

AKU & KENANGAN - Topik Rambut Zaman Sy Sekolah Rendah

"Rambut Mahkota Wanita". Memang sgt tepat istilah tu kerana ...bayangkan kalau pompuan tanpa rambut..x cantik kan? Gaya fesyen rambut boleh mnyebabkan wajah kita jadi berbeza. So..memang benar lah istilah tu kan..

Waktu sy kecik2 dulu, sy x ada peluang nak berambut panjang. Bila panjang skit je, arwah mak akan potong. Arwah mak potong sendiri je rambut kami adik beradik. Sy ingat lagi... Semua kami fesyen rambut serupa...kami namakan 'fesyen rambut bulat'. He he he... Sesuai kut ngan bentuk muka kami yg bulat. Waktu kecik2 darjah 1, 2, dan 3, sy x kesah sgt psl rambut. Mak nak potong, potong la... Sy bagi je kepala sy. Tp bila naik darjah 4 sy dah mula nak melawa. Bila mak ngan arwah kakak sy Norela suruh potong rambut, sy akan cpt2 hilangkan diri. Sy merayap ke rumah kawan dgn harapan bila sy balik rumah nanti, arwah mak dan kakak akan lupa. Memang terkadang diaorg lupa, tp selepas sehari dua, diaorg akan suruh sy potong rambut lg skali.. So x leh nak elak. Kekadang sy menangis bila tgk rambut kena potong. Sedey sgt...psl sy tringin nak jd cantik mcm kwn2 lain yg berambut panjang. Boleh di tocang satu...bleh wat tocang 2...dan bleh gak di buat dandan. 

Suatu hari waktu arwah mak sedang potong rambut sy, sy tanya pd arwah mak sambil tersedu sedan..."mak, nape yt x leh simpan rambut panjang? Yt tringin nak rambut panjang mcm Wan Syarizat..bleh ikat tocang". Arwah mak diam je x jawab apa. Arwah mak memang jenis diam. Tp arwah kakak yg jawap..lbh kurang cam ni la maksud dia "budak kecik bukan pandai jaga rambut...nanti berkutu. Rambut pendek mcm ni pun ada kutu, kalau panjang lagi la bnyk kutu". He he he....memang btul pun..sy waktu kecik ada kutu.. He he he. Kami ni org miskin, pd waktu tu shampu pun x mampu beli. Serba kekurangan. Berus gigi pun x de....selipar pun x de... Berus gigi ada 1 share ramai2. Sama ngan selipar. Selipar ada 2-3 psg je kut.. Pun kami share jugak. Kami yg budak2 kecik ni mmg x ada selipar sendiri. Main sarung je selipar mak, abg atau kakak. Kalau x ada selipar nak sarung, kami selamba je berkaki ayam. Sy jarang gak berkaki ayam, tp kakak sy Sulida mmg suka kaki ayam. Pasal dia kuat merayap! Ha ha ha!!! Sampai ada yg panggil dia 'tarzan'! Shampu pulak, kami guna sabun mandi je wat shampu rambut.. Kreatif kan?? Peliknya elok je plak rambut kami adik bradik ni tumbuh subur atas kepala... Subhanallah. Terima kasih Allah.

Selepas je insiden sy bertanya mak psl nape sy x leh simpan rambut panjang tu, arwah mak dan kakak dah x paksa lg sy potong rambut. Agaknya psl diaorg tgk sy dah pandai jg rambut sendiri. Pergi skolah ikat tocang dan kutu pun x ada. So diaorg benarkan sy berambut pnjg. Seronok sgt dpt simpan rambut smpi cecah bahu.. Waktu tu prasan diri lawa dah.. Ha ha ha! Siap beli reben letak kat kepala. Memang prasan comel la waktu tu.. Hu hu hu..Sorry....cter psl skolah rendah, tp share gmbr waktu skolah menengah. Waktu skolah Rendah x pakai tudung, tu psl x leh share. Hi Hi Hi...


Yang indah hanya sementara... Waktu sy darjah 6, akhir tahun biasa la zaman tu ada buat Hari Kanak-Kanak..sy mcm biasa memang stiap thn akan ambik bahagian utk persembahan tarian. Tp tahun tu special skit psl sy ada buat persembahan fesyen. Cikgu Azizah pilih sy untuk pakai pakaian pengantin pulak tu!! Happy sgt sgt sgt... Cikgu Azizah dah brangan nak sanggulkan rambut sy. Baju plak seingat sy, pinjam dr kawan sy nama Jamatol Saadiah. Kakak dia ada kebaya songket kaler kuning air. Nasib baik sy muat baju tu, cuma besar skit la psl sy "kerempeng" pd waktu tu. Dlm persembahan fesyen tu sy couple dgn Ketua Darjah sy, Saiful Lizan. Kebetulan sy Penolong Ketua Darjah. He he he... Sy rasa bahagia je terpilih wat fesyen show..btul2 rasa mcm nak jadi pengantin la plak. Sempat la berlatih "catwalk" 2-3 hari sebelum hari persembahan. Suatu hari lepas balik dr training, arwah mak dah tunggu kat umah nak gunting rambut sy. Sy x nak gunting rambut...sy menangis bgtau mak mintak tunggu smpi esok untuk lepaskan persembahan Hari Kanak-Kanak tu, tp arwah mak bertegas nak gunting jugak rambut sy. Sedey la sgt.. Sy patuh cakap arwah mak. Walau sedey sedan sy biarkan saja rambut sy di potong pendek. 

Keesokannya sy pergi ke sekolah dgn hati yg menggerutu... Sy rasa malu berambut pendek dan mcmana nanti nak ngadap cikgu Azizah. Dlm hati tertanya2, adakah cikgu Azizah akan ambil org lain gantikan aku kerana aku dah x cute lg nak catwalk pakai bj songket pengantin dgn rambut aku yg pendek??? ( Prasannya statement!! ) Kawan2 smua terkejut dan bertanya nape sy potong rambut..sy cuma mampu jawab "mak aku suruh potong rambut...aku x leh wat apa". Cikgu Azizah pun dtg tgk aku dah berambut pendek. Alhamdulillah cikgu Azizah x marah. Dia kata teruskanlah cuma x bleh la nak bersanggul. Rambut tu just let it be the way it is. Fuhhh!! Lega... Merasa jugak la sy wat catwalk baju songket. Walau rupa sy nampak pelik, dah x ayu dgn brambut pendek dan berkebaya labuh songket, sy tetap dpt sorakan dr peminat2 di bawah pentas. Ha ha ha.. (Statement x bleh blah!! Syoknyer perasan..) Sebenarnya diaorg bukan sorak sy...diaorg sorak kat pengantin lelaki iaitu Ketua Darjah sy. Dia tu sbenarnya yg ramai peminat..ye la..org ensem..naik beskal BMX g skolah. He he he. Sy tumpang glamour je...

         Ni gambar waktu sy form 5 kat Vokasional Ipoh. Kursus Pengurusan Pejabat.


Wah panjangnya entry sy psl rambut ye.. Ni baru 1/4 je kut dari kenangan2 sy dgn rambut ni... Seronok imbau kenangan lama. Tu cter masa zaman budak2... Nanti ada masa sy cter zaman dah tua plak ye... Dah lewat malam ni.. Goodnite everybody... Assalamualaikum





No comments:

Post a Comment