Monday 11 April 2016

Krisis Pemulihan

Sesetengah orang akan melalui suatu jangkamasa penyesuaian apabila mula mengambil supplemen. Simptom2 ni nampak macam penyakit tapi sebenarnya tidak. Sebenarnya ia adalah tindakbalas tubuh kita yang kekurangan khasiat disebabkan tabiat pemakanan kita. Apabila makanan berkhasiat iaitu supplemen dibekalkan, krisis pemulihan terjadi.



Sewaktu dalam krisis pemulihan, ada kemungkinan penyakit yang pernah dilalui tubuh akan timbul kembali. Biasanya ianya akan terjadi untuk beberapa hari. Walaubagaimanapun bagi tubuh yang lemah ianya akan mengambil masa lebih lama.

Keadaan ini disebabkan toksin yang telah tertimbun di dalam badan dalam jangka masa yang lama seperti sisa makanan, bahan kimia, lemak, sisa antibiotik atau pengambilan ubat-ubatan di tambah dengan stress, diet tidak seimbang dan kurang tidur. Supplemen dietary membantu mempertingkatkan sistem imun, berkebolehan detoksifikasi serta pengawalan organ kita.

Pada waktu detoksifikasi ini, ada kemungkinan pening, lesu, sakit kepala, ketidakhadaman (perut kembung dan lapar), cirit birit, kahak berlebihan, kencing keruh, berasa hangat, berpeluh, dan lain- lain. Simptom ini berbeza antara individu dan ianya akan berlalu 1 hingga 2 minggu.



Dalam waktu krisis pemulihan ini dinasihatkan minum banyak air bersih, rehat secukupnya dan makanlah lebih sayuran dan buah-buahan. Selagi mana kita memahami ini adalah simptom pemulihan, kita akan mudah melalui fas ini.

Berikut adalah antara simptom 'Krisis Pemulihan' :-

1. Mata merah dan gatal
Toksin tinggi di jantung menandakan jantung dalam proses mengawal selia

2. Penglihatan kabur
Kerap diwaktu pagi - jantung sedang mengawal selia

3. Menitiskan air mata
Beban kerja yang tinggi, emosi tidak stabil

4. Tahi mata
Tubuh asid tinggi, jantung dalam proses detoksifikasi

5. Tekanan di kelopak mata & bergerak-gerak
Tanda keresahan dan stress. Perlu rehat.

6. Selsema, demam
Proses detoksifikasi oleh tekak, tubuh asid tinggi. Jika demam berterusan, teruskan pengambilan supplemen & berjumpalah dengan doktor.

7. Bersin
Proses detoksifikasi oleh tekak, mengawal selia proses akibat peparu yang lemah. Elak makanan proses dan berkimia.

8. Tekak kering
Tubuh sedang detoksifikasi. Minum lebih banyak air.

9. Batuk
Batuk kahak - detoksifikasi oleh tekak
Baruk kering - Tahap toksin tinggi dalam paru-paru
Tekak gatal - proses detoksifikasi oleh tekak dan paru-paru. 
Kerap bagi mereka yang terdedah pada persekitaran tercemar atau berasap

10. Sakit tekak
Seperti diatas. Tahap toksin yang tinggi

11. Lidah atau gusi sakit & bengkak
Masalah jantung seperti injap semilunar lemah, lemak tinggi, salur darah koronari sumbat

12. Bibir kering & pecah
Tahap toksin tinggi dalam perut

13. Nafas berbau
Detoksifikasi oleh perut

14. Ulser mulut
Hidup stres, detoksifikasi hati. Tahap asid tinggi dalam darah.

15. Bibir pucat
Sistem pencernaan yang lemah. Penyerapan yang lemah. Anemia akibat ketidakmampuan penyerapan.

16. Tahi telinga
Tahap toksin tinggi di ginjal, tanda detoksifikasi

17. Tinnitus
Mengawal selia ginjal yang lemah

18. Kulit berpeluh masin
Tahap asid urea disebabkan pengambilan daging dan makanan proses

19. Peluh berbau
Toksin tinggi dalam tubuh, detoksifikasi melalui tubuh.

20. Macula dan bernanah
Detoksifikasi lemak & toksin larut air oleh tubuh

21. Macula yang gatal
Pengambilan terlalu banyak ubat-ubatan yang berkimia

22. Jerawat
Stress untuk jangkamasa yang panjang, tidur lewat, diet tidak betul dan malnutrisi. Menunjukkan dalam proses detoksifikasi oleh hati, usus dan endokrin

23. Kulit luka dan berair
Detoksifikasi toksin larut air

Masih banyak lagi simptom2nya. Sy akan tambah lg dr masa ke semasa. 😎


No comments:

Post a Comment