Thursday 5 January 2017

Bell's Palsy Punca Dan Pencegahan




Bell's Palsy adalah suatu kelainan pada saraf yang menyebabkan kelemahan atau kelumpuhan tiba-tiba pada otot di salah satu sisi wajah. 

Saraf wajah adalah saraf kranial yang merangsang otot-otot wajah dalam menggerakan otot-otot wajah, menstimulasi kelenjar air liur dan juga kelenjar air mata, serta membuat lidah bahagian hadapan dapat merasakan pelbagai rasa. 

Mengapa Bell'S Palsy terjadi? 
Punca penyakit ini terjadi masih belum dikenalpasti. Namun, berdasarkan hasil pemeriksaan, penyakit ini terjadi kerana virus Herpes Simpleks yang membuat saraf bahagian tepi wajah membengkak dan tersepit, hingga membuat wajah tidak simetris.

Gejala paling nyata wajah kelihatan sedikit senget. Ketika senyum separuh dari wajah penderita Bell’s palsy tetap diam. Orang-orang tua dahulu menyebutnya sebagai penyakit akibat angin malam atau gangguan makhluk halus. 

Kebanyakan penderita Bell’s palsy memiliki persamaan riwayat, iaitu pernah terdedah udara dingin secara terus menerus. Misalnya terdedah udara dingin kerana setiap malam naik motor atau terkena angin aircond secara langsung dan terus menerus.

Gejala Bell’s Palsy mirip serangan stroke, iaitu lumpuh sebelah badan, tetapi Bell's Palsy kelumpuhan pada salah satu sisi wajah, bahagian kiri atau kanan. Selain itu tidak ada gejala awal serangan kerana penyakit ini datang secara tiba-tiba.

Langkah Pencegahan:
1. Hindari stres berlebihan agar imuniti badan tidak menurun.
2. Jangan berganti suhu lingkungan secara ekstrem. Misalnya, berpindah dari tempat yang panas atau hangat langsung masuk ke ruangan dingin, serta berlama-lama di situ.
3. Hindari terkena secara langsung angin kencang dan dingin seperti aircond atau membuka tingkap kereta.
4. Jangan membiarkan wajah terkena suhu dingin secara tiba-tiba. Misalnya, tidur dengan menempelkan wajah di lantai kamar yang dingin.
5. Hindari mandi di malam hari.
6. Hindari kebiasaan mandi atau mencuci muka sebaik sahaja berolahraga.
7. Jalani pola hidup sihat, rutin berolahraga dan berfikir positif.
8. Rutin lakukan senam wajah supaya jaringan otot di wajah bergerak sihat.
9. Tertawa dan tersenyumlah, agar saraf wajah bergerak aktif.
10. Perbaiki sistem pertahanan tubuh (system imuniti).
11. Jika muncul gejala, segera berjumpa doktor, jangan ditunda!

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment