Macam mana fatty acid boleh bakar lemak ye?
Omega-3 membantu untuk membakar lemak dengan membantu badan kita untuk merangsang hormon yang dipanggil Leptin. Hormon Leptin ini akan membantu badan kita untuk mengawal selera kita dan menyebab kita kurang makan dan ini boleh mengurangkan berat badan kita.
Selain itu, leptin jugak meningkatkan metabolisme badan kita dengan menambah pengeluaran hormon thyroid. (thyroid akan stabilkan metabolisme badan kita)
Leptin juga akan membakar lemak untuk dijadikan tenaga.
Sekiranya badan anda tidak bertindak balas dengan Leptin, maka proses timbal balik akan berlaku, kita akan rasa sangat lapar dan kita akan menyimpan lemak yang banyak. Jadi pengambilan omega - 3 akan membantu badan kita untuk memberi tindak balas kepada leptin dengan lebih baik jadi kita akan menambahkan lemak dan metabolisme di bakar.
Omega - 3 boleh didapati di dalam ikan salmon, flakseed, kacang, dan suplement omega dan ada terdapat 79 punca makan yg ada omega 3
3 cara Omega 3 membantu untuk mengurangkan berat badan
Omega 3 membantu untuk mengawal kelaparan dengan menstabilkan kadar gula di dalam badan.
Kajian daripada orang Australia, orang yang membuat senaman dengan omega 3 dapat membakar lebih banyak lemak berbanding dengan orang tidak mengambil omega 3.
Kajian di Jepun dan Czech mencadangkan Omega 3 untuk melindungi daripada pembentukan lemak dan dalam kajian yang sama omega 3 adalah untuk membantu membakar lebih lemak lagi.