Friday 19 August 2016

Masak Kek Periuk Tekanan





Semalam Jumaat 19 Ogos 2016 hari cuti mingguan bg Negeri Johor. Lepak umah je ngan anak2. Anak ku Anas tu memang suka tgk program Go Shop kat Astro tu. So ada satu tu dia jual periuk tekanan.. Chef Selebriti jemputan rancangan tu ialah Chef Adu. So anak ku Anas pun teruja tgk periuk tu yg bleh masak mcm2 benda. Paling dia teruja bila tgk periuk tu bleh masak kek. So dia pun suruh aku beli. Anak ku Anas memang mcm tu. Smua pun yg jual kat Go Shop tu dia suruh ku beli.... Kalau ada duit memang ku beli.. Kui kui kui

Aku x respond nak beli ke tak. Aku bangun pegi ke dapur dan mencari periuk tekanan yg pernah ku beli dulu. Tapi jenama lain la dr Go Shop tu. Jumpa kat kabinet bawah dapur. Ku belek2 tgk ada button masak kek. Cantikkkk!!

Aku pun panggil Anas masuk dapur, dia pun excited bila tgk periuk tu. Becok mulut dia bersoal jawab psl periuk tu... Aduiii kekadang penat layan.. Adik dia si Anis tu ngikut aje.. Dia pun dah nampak bakat2 nak becok gak tu.. Aduii... Ibu diaorg ni pendiam je tp ntah cmana anak plak jenis bnyk ckp..

Anas ajak buat kek dlm periuk tu. Aku pun stuju. Nak try gak jadi ke tak.. So lepas solat maghrib kami pun mulakan projek. Aku masak kek marble je la. Senang dan ringkas.

Dlm proses nak masak kek tu pun dah haru biru dah keadaan. Dgn Anis wat kecah dan panjat meja nya...dengan Anas nak 'hands on' jugak nya...  Uuiii.. Cabaran tul lah!!

So setelah adunan siap, ku masukkan dlm periuk tekanan tu. Bila tekan button 'CAKE' dia otomatik setting 30 minit. So kami pun tunggu la masa 30 minit tu nyambil2 tgk badminton. Lindan lawan Chong Wei. Huiii tention ku tgk diaorg lawan. Alhamdulillah Chong Wei menang!!

Bila dah habis masa 30 minit, dgn xcitednya aku dan Anas bukak periuk tu.. Eemmm x masak pun. Masih lembik cecair lg adunan keknya. Anas pun nmpk hampa. Dia ingat dah bleh makan tp x masak lg plak. So aku pun masak lg skali.

Smntara nak tunggu lg 30 minit Anas dah tertido. Anis je yg masih setia berjaga temankan aku.

30 minit berlalu. Aku dukung Anis pegi ke dapur nak tgk hasilnya. Hampa. Masih mcm tu lagi.

So aku ambik kptusan kluarkan dr periuk dan masukkan dlm oven je.

Ku pusing 20 minit dgn api 200°C

Alhamdulillah akhirnya masak jugak kek marble ku. Tp bawah dia dah garing psl 3 kali masak. X pe la. Asal masak.

So projek dan misi gagal masak kek guna periuk tekanan. Mungkin aku yg x pandai guna. Hu hu hu.. Sedey...

Ada sesiapa yg nak bantu ajar cara masak kek guna periuk tekanan?

Wsap sy ye.. 012-7458096



Posted via Blogaway


3 comments: