Saturday 9 January 2016

Vivix Shaklee Untuk Sihat Yang Menyeluruh & Awet Muda

Vivix adalah produk Shaklee yg hebat. Ia telah di hasilkan dgn perkongsian penyelidikan yg canggih oleh saintis2 terkemuka yg memakan masa bertahun-tahun lamanya. 



Dalam satu penemuan utama, kajian klinikal terkini menunjukkan ramuan aktif Vivix berupaya mengaktifkan pengawalan utama genetik yg menolong melambatkan penuaan pd tahap sellular dan lebih dr itu. Ia memberi impak kpd 4 mekanisma utama penuaan pd tahap sellular iaitu :-
1.  Melindungi dan membaiki sellular DNA
2.  Memberi impak positif kpd pengawalan genetik
3.  Menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitochondria
4.  Melambatkan pembentukan protin AGE (Advanced Glycation End product)

Selain itu Vivix turut membantu memelihara kesihatan jantung, otak, sistem imun, sendi dan perlindungan anti oksida.



Bahan2 dalam vivix ialah :-







Berikut adalah testimoni2 yg dapat dikumpul...









































Wahhh!!! Banyaknya testimoni.... Bnyk lg sebenarnya, kalau rajin u all google la ye.

Yg penting, kita berusaha utk sembuhkan penyakit kita. Setelah berusaha, kita tawakal lah kpd Allah ye. Semoga Allah berkati usaha kita. InsyaAllah.



Norhayati Zambri








































Sunday 3 January 2016

Vita- Lea - Vitamin Pertama Yang Di Cipta Di Dunia


VITA-LEA

Vita-Lea Shaklee adalah multi-vitamin dan mineral yang pertama di cipta di dunia. Asalnya dikenali sebagai 'Vitalize-Mineral' dan disingkatkan sebutan kepada 'Vita-min'. Dan perkataan vitamin yang disebut kini asalnya adalah daripada Shaklee.

Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya daripada cecair (90 tahun dahulu) kepada bentuk tablet yang di kenali dengan 'Vita-Lea'. Keistimewaan Vita-Lea adalah setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan  oleh RDA. Tablet ini disaluti dengan serbuk nutrisi - spirulina.

Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, disebut sebagai 'Explo-tab'. Ia merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung didalamnya mudah berintegrasi dengan protin untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.

Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Vita-Lea telah dipilih oleh Center For Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000.




Manfaat Utama 
- Penambahan Tenaga Segera - pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian

- Pelengkap Nutrisi -  Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran dan anemia

- Keupayaan Sistem Produktif - Penting kepada kanak2 dan remaja yang sedang membesar

- Metabolisma - Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan

- Elemen Penting Pada Sel Tubuh- Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku, dan hormon serta menjaga kesihatan tiroid.

- Melindungi organ - melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati




Cara Pengambilan :
Untuk kesihatan berpanjangan : 2 biji sehari iaitu 1 biji selepas makan pagi dan 1 biji selepas mkn mlm



Norhayati Zambri

Selsema Baby Cepat Sembuh Dengan Vitamin C Shaklee

Alhamdulillah sy memang hari2 makan Vitamin C Shaklee. Satu yg sy sedar...sy dah lama sgt x kena selsema. Alhamdulillah. Kalau ada kena pun, tak sampai sehari sy dah cure.. Alhamdulillah.

Bukan sy shj yg x kena selsema, baby Anis yg sy susukan pun sgt jarang kena selsema. Nak jadikan citer, cuti Khamis dan Jumaat yg lepas sy balik kampung sebab ada majlis kawin adik kpd biras sy. Sy terlupa plak nak bawak set2 supplemen Shaklee sy tu. Kebetulan sepanjang 2 hari tu hujan je plak. Waktu majlis kenduri tu pun hari hujan sepanjang hari... Anis pun dah kena selsema sebab memang ada kena hujan skit waktu nak lari masuk keta tu. Kesian kat dia, faham la kalau baby selsema kan.. Sy nak lap pun kena lap pelan2, risau luka plak hidung dia.

Bila balik je rumah petang tu trus sy telan 2 biji Vitamin C. Sajer sy lebihkan sebiji...biasa sy telan 1 biji jer. Sy lebihkan sebab utk supply skali kat baby Anis waktu dia nyusu nanti...he he he....

Alhamdulillah selepas beberapa jam, Anis dah tak selsema lg. 

Untung kan?? Mak sihat anak pun sihat ceria....


Set Hamil / Mengandung - Standard

Untuk makluman mommy2 atau mungkin juga bakal2 mommy, Shaklee mempunyai set supplemen yang sesuai untuk mommy2 yg mengandung. Ada mcm2 lagi supplemen yang boleh di ambil sebenarnya, ikut kemampuan masing2 la ye.. Hari ni saya nak citerkan set yang budget!!

Ok, ini supplemen standard utk ibu hamil k... :-
1. ESP
2. Ostematrix
3. B Complex



Ini huraian produk :-

1. ESP

Image result for esp shaklee untuk ibu hamil


ESP (Energizing Soy Protein)
- Berasaskan kacang soya.
- Tinggi protin. Protin adalah bahan utama pembentukan organ, tisu dalaman serta komponen utama hormon manusia
- Mengandungi "non GMO" (non Genetically Modified Organism)
- Mempunyai 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia.
- Kaya dgn 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral
- Rendah Indeks Glisemik iaitu 39

Cara pengambilan :-
Perut kosong - 3 sudu besar di bancuh dengan air suhu bilik (lebih kurang 300ml). Boleh dicampur bersama jus kegemaran atau cordial..guna shaker lebih baik. Saya bancuh dengan Ribena - sedap!
2-3 kali sehari

Harga bukan ahli : RM 159.00 (+gst)



2. OSTEMATRIX

Image result for ostematrix shaklee untuk ibu hamil

Ostematrix

- Kalsium yang isinya paling seimbang bagi memastikan penyerapannya adalah 99%.
- Formula unik - daripada mineral semulajadi dan garam mineral Laut Mati yang menngandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron
- kajian membuktikan  supplemen kalsium boleh meningkatkan ketumpatan tulang wanita yg telah berumur secara berkesan selain menguatkannya.
- memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas
- meringankan stress
- Pengalkalian tubuh

1 biji Ostematrix = 1 gelas susu = 80 biji badam

Cadangan pengambilan :-
Normal :  2 kali sehari. 2 tablet stiap kali lepas makan
Osteoporosis dan retak tulang - 3 kali sehari. 4 tablet setiap kali lepas makan

Harga bukan ahli : RM 64.66 (+gst)


3. B COMPLEX

Image result for b complex ibu hamil


B Complex



Folik semula jadi tidak mudah diserap oleh tubuh dan hampir 99% asid folik yang terdapat di pasaran adalah bersifat sintetik. Shaklee telah mencipta asid folik secara semula jadi yang pertama di dunia dgn kadar kebolehserapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti. Ia mengandungi 8 komponen folik yang perlu ada pada vitamin B Kompleks untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna. Vitamin B Kompleks larut air, sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui sistem pencernaan. Oleh itu amat penting untuk kita mengambil Vitamin B Kompleks setiap hari.


- Menukarkan makanan kepada tenaga

- Melawan tekanan - meredakan sakit kepada, tekanan, kemurungan dan insomnia

- Membantu tumbesaran - menggalak tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi. Membantu membina DNA dan sel abru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang bayi.

- Mencegah Anemia - Membantu pembentukan sel darah merah yg sihat dan antibodi. Merangsang sirkulasi darah dalam badan, merendahkan paras sistin utk kesihatan kardiovaskular, merawat mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain dan muntah mabuk darat / laut.

- Mencegah Perlcche - dikenali sebagai rekahan mulut (mouth chilitis), mencegah jangkitan lidah (glossitis) dan nafas berbau

- Detoksifikasi - meredakan alahan

- Baik untuk mata - Mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkasakan memori dan daya pemerhatian/fokus

- Mengurangkan keguguran rambut dan beruban - membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut.

- Meredakan sengugut -  baik utk masalah sengugut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit

Harga bukan ahli : RM 56.98 (+gst)



Ok. Next Entry saya akan citerkan Set Hamil jugak.. Tp yg plus2 suplemen lain jugak k.. Set Hamil Premium pulak k.

Kalau ada yg nak order call / wsap sy : 012-7458096

Tuesday 22 December 2015

Risau Gemuk Lepas Bersalin? Risau Badan Gemuk Kalau Susukan Baby?

Dulu waktu sy bertugas sebagai teller di BSN memang sy sgt prihatin dgn berat badan. Maklumlah risau x cantik pulak nanti nak sarung uniform kebaya.. Lgpun tugas teller tu sendri memang susah utk makan. Kadang2 x rehat pun..just berhenti utk solat kemudian sambung balik bukak kaunter. Pasal tu berat badan pun susah nak naik. Memang senang manage berat badan masa kerja di kaunter. 

Kalau berat badan naik skit pun dah terasa ketat uniform. Ditambah pulak uniform kebaya tu hanya guna butang katup!! Lagi la bahaya kalau badan naik, risau butangnya terbukak plak bila ketat!! He he he...pernah berlaku pun pd sy..

Sorry x dpt share gambar sy dulu2 psl dulu2 sy x pakai tudung... Heh heh heh...

As time goes by....sy pun skarang dah x bertugas lagi di kaunter. Dah keja kat back office plak skarang ni..so dah x ada lg uniform dibekalkan, just pakai baju sendiri je la.. Bila dah x pakai uniform kebaya ni sy dah x sedar berat badan makin meningkat. Dari 54 kg sy dah naik hingga ke 66 kg. 12 kg sy naik!!! Agaknya happy kut ye.. He he he..


Ni gambar waktu sy mengandungkan Anis Sofiya. Dalam usia kandungan 5 bulan camtu. Sy g jalan2 ke Kuala Terengganu waktu ni.



Saper2 yg x tau, ini la 'Akar Fatimah'. Selalunya org balik Haji atau Umrah yg selalu beli bawak balik Malaysia.   Bila dah turun tanda nak bersalin, kita rendam akar ni dlm besen atau mangkuk besar. Dia akan kembang lbh kurang 2x ganda dr saiz asal. Petua untuk mudah bersalin. Ada setengah orang minum airnya.. Waktu nak bersalinkan Anas Sofina dulu memang sy minum airnya, tp waktu sy nak bersalinkan Anis kali ni sy cuma rendamkan saje.. 



Ni waktu sy dalam 'labour room' menunggu waktu utk bersalin. Sempat lg bergambar....


Lepas sy bersalinkan anak sy yg ke 6, Anis Sofiya, berat badan sy lebih kurang 84 kg. Bnyk btul dia naik... Pd waktu tu sy redha je la pasal dah anak ke 6, x kan sy nak expect badan sy mcm dulu2 balik. Sy kena terima kenyataan yg badan sy dah kembang...susah dah nak kuncup balik...

Muka gembira lepas bersalin. Alhamdulillah Allah mudahkan. Kembang setaman muka kan....



Sajer la share gambar tgn kita yg kena masuk air ni... 




Ni pulak selepas beberapa jam sy bersalin...syoknya pengalaman bersalin. Alhamdulillah Allah permudahkan.


Dalam pantang kali ni sy buat keputusan utk susukan dengan susu badan. X pe la, x boleh nak diet gila2 pun x pe la... Sy x kisah utk makan lebih...x kisah punya badan yg 'berisi' asalkan sy dpt susukan sendiri baby sy. Kalau anak2 sy yg sebelum ni, susu sy cpt kering. Masih dalam pantang lagi dah kering. Mungkin disebabkan diet ketat sy sewaktu dalam pantang, maklumlah sy kena pastikan sy boleh muat semula baju kebaya uniform sy bila sy naik kerja nanti. 

So sy x nak perkara ni jadi lagi. Sy nak susukan baby Anis selama mungkin. Jadi sy pun tanya2 kawan2 yg susukan baby...sy tanya Mr. Google....tanya Blogger2.... Dan sy dapat jawapan 'Set Penyusuan Shaklee'. Sy pun order dan berharap set Shaklee ni dapat banyakkan susu badan. Sy consume ESP, Alfalfa, Omega dan Vitalea. Alhamdulillah susu sy 'meriah'. Sampai ke 'tika dan saat ini' tau!! Dah 9 bulan umur baby Anis.



TAPI.....ada kesan sampingan pulak bila consume set penyusuan tu... X pasal2 sy jadi kurus pulak!! Pada hal sy x la diet yg sangat2. Sy tetap ambik nasi setiap hari masa dalam pantang tu. Dari 84kg sy turun kpd 66 kg!  Kalau tahu mcm ni kesan sampingannya, dari dulu lg sy dah consume produk Shaklee!! He he he... 



Ni la hasilnya. Sy amalkan set penyusuan Shaklee...x ada buat exercise langsung! Hanya kurangkan nasi shj iaitu sy makan nasi dlm kuantiti yg sikit..lebih kurang 1 senduk nasi sajer stiap kali mkn. Sayur2 dan lauk sy makan mcm biasa. Alhamdulillah susu badan x kering dan berat badan pun x naik... Sy dapat balik berat badan sy sebelum mengandung dulu. Sy bersyukur sgt!!

So kepada adik2 yg sedang menanti kelahiran baby tu, eloklah pasang niat utk susukan baby. Jangan risau gemuk lepas bersalin. InsyaAllah kalau adik2 jaga pemakanan dgn baik dan consume produk Shaklee ni, berat badan akan terkawal. 


Berminat nak dapatkan set penyusuan Shaklee ni boleh la hubungi sy k - 0127458096
 




Anas Nak Masuk Tadika 5 Tahun

Cute tak Anas?? Cikgu tadika dia pesan suruh hantar gambar Anas ukuran paspot. So ptg td abah dia bawak la dia pegi kedai gambar...

Ni la hasilnya.... 



Comeeelllll anak ibu...

Kehebatan Shaklee. Hebat ke?? Kenapa Shaklee Hebat?!

Sentiasa Selamat

* Lebih daripada 100,000 ujian kawalan kualiti tahunan di jalankan supaya produk betul2 selamat dan berkesan.
* Potensi terjamin - pengesahan bahan botani drpd pihak ke3. Syarikat nutrisi lain tiada pengesahan mana2 pihak ketiga
* Ketulenan terjamin - 350 ujian pencemaran dikendalikan bg setiap ramuan botani baru supaya setiap vitamin Shaklee adalah tulen yang tertinggi di dunia.
* 100% kepuasan terjamin daripada testimoni pengguna.

Hari2 makan supplemen ni...





Sentiasa Berkesan

* 300 juta Dollar dilaburkan dalam ujian penyelidikan dan pembangunan
* Lebih 100 Laporan Saintifik diterbitkan
* TERDIRI DARIPADA 60 ORANG SAINTIS SHAKLEE
* Terdapat 55 paten dan paten tertunda
* Kajian ulangtahun ke 50 menunjukkan pengguna makanan tambahan Shaklee dlm jangkamasa panjang mempunyai kesihatan ternyata lebih baik drpd mereka yg mengambil hanya satu multivitamin atau tiada makanan tambahan langsung. 

Rujuk testimoni dibawah.

Boleh nampak dgn jelas perbezaan antara kedua mereka yg sorang amalkan Shaklee dan kembarnya seorang lg tidak amalkan Shaklee.



Sentiasa (Mesra Alam)

TIADA TIADA TIADA
* Perasa tiruan
* Pemanis tiruan
* Pewarna atau lemak Trans
* Bendasing tersembunyi
* Ujian terhadap haiwan
* Peluntur Klorin


Monday 21 December 2015

No Make Up Make Up.

Hari ni nak pegi keja baru prasan beg mekap tertinggal kat opis. Beg skin care pun tertinggal gak!! Aduhaiii kalau x mekap pucat lak nanti..

Selongkar2 ada la jumpa bedak kompak yg lama2 tp still ada sisa2 lg. Cari2 lg tjumpa plak ngan free gift mekap kid  drpd Victoria Jackson. Sy suka konsep No Make Up Make Up.. Nampak natural je kan... Dah lama mekap kid tu dok dlm laci..hari ni baru nak try. Suka la ngan kaler blusher dia...

So ini la hasilnya 'No Make Up Make Up'




















Sunday 20 December 2015

Suka Buat Kek ?? Nak Tahu Cara Mudah Untuk Cuci Alatan Yang Kena Minyak Marjerin ??

Semalam sy masak muffin utk buah hati sy Anas Sofina. Biasa la bila kita masak guna marjerin of course bekas mangkuk adun tu berminyak2.. Bukan mangkuk je berminyak, spatula, cawan sukat, icecream scoop dan sudu pun berminyak2 jugak...

Wow!! Ni kek utk umur 40 thn. Tahun depan sy dah 41 thn.. Eehh!! Silap!! 14 thn la...


Pd awalnya sy cuba cuci hanya menggunakan cecair cuci pinggan biasa tp nampaknya kesan minyak masih ada. Bila pegang mangkuk adun dan smua alatan tu terasa licin2 lagi. So sy pun ambil Basic H Shaklee dan tuangkan sedikit shj dlm mangkuk adun tu dan rendamkan smua alatan berminyak td. Selepas beberapa ketika sy cuci mcm biasa. 

Walllaahh!!! Hilang smua kesan minyak!!!

Seronoknya la haiii!!!

Lepas ni makin rajin la sy nak masak2 kek muffin bagai....


Ni muffin yg sy buat semalam. Cute la jugak kan??



Anas Daftar Tadika 5 Tahun Di Tadika Senario Taman Rinting Johor Bahru

Seronok tengok Anas penuh semangat tersenyum sambil memegang buku... 


Pagi tadi tgk anas bukan main smangat lg nak pegi daftar tadika. Awal2 pg dah bgn. Abah dia mandikan... 

Pd awalnya cadang nak masukkan dia ke tadika Pasti Tmn Rinting. Tp bila tgk lokasi agak jauh dr rumah...x sama hala plak tu.. Anas ke kanan, anis nanti kekiri plakkk so tukar plan cari tadika yg berdekatan dgn area antara rumah sy atau rumah pengasuh.

1st survey tadika yg paling dekat ngan rumah tu... Mak datukk!!! Terkejut tgk yuran yg dia mintak RM 1650.00 utk setahun!! Sy tgk tadikanya biasa2 je... X sangka plak mcm tu skali yurannya.. Bulanan RM 150.00 dan caj pengangkutan sbulan RM 50.00. Uuiii maheeiiinya...  Dgn muka selamba dan jujur sy mohon maaf pd cikgu tu. Bukan dalam kemampuan sy.

Sebelum pegi keja sy kena setelkan pendaftaran tadika Anas. Alhamdulillah bos bg kebenaran untuk masuk lewat skit. Terima kasih Encik Azian kerana memahami situasi sy.



Tadika ke-3 pulak x ada laman. Tadika tu di tingkat 2 rumah kedai. Eemmm... Husband x kenan. Sy pun x kenan gak.. Sebab rasa mcm bukan tadika...rasa mcm pusat tuisyen!

Tadika ke-4 ialah tadika yg berdekatan dengan area umah pengasuh Anas iaitu Tadika Senario. Sy tgk yuran daftarnya utk setahun ialah lebih kurang RM 600.00 je. Bulanan RM 110.00 dan caj pengangkutan sbulan RM 23.00 shj. So sy terus daftar Anas di situ.


Tengok senyuman Anas tu... Sweetnya dia... 


Sebenarnya Tadika Senario ni ada sejarah gak ngan family sy.. Anak ke 3 & 4 ( Danish & Elham ) dulu pun tadika di Tadika Senario tp di cawangan Taman Scientex. Pengasas tadika ni pun memang sy kenal, Cikgu Azman dan Cikgu Murni (suami isteri). Dulu tinggal berjiran sebelah rumah dgn mereka. Dulu2 cuma ada 2 cawangan je tadika diaorg.. Skarang Danish pun dah nak masuk 16 tahun, dah bertambah tambah lagi tadika diaorg. Alhamdulillah. Semoga Tadika Senario terus maju jaya. Aamiin.

Saturday 19 December 2015

Muffin Simple Saja2

Sy ni penggemar muffin... Tp malas nak buat.. He he he..

Anas dah lama request tp x gak buat2.. Bertambah malas bila keadaan skarang slalu x de air.. 

Asal cuti je mesti Anas ajak buat muffin...so hari ni sy tunaikan impian dia... Lgpun hari ni ada air.

Ini la resepi simple muffin :-





1 cawan tepung yg di ayak (sy guna cawan 'mug')
1/2 cawan gula castor
1/2 cawan marjerin
2 sudu teh vanila
Telur 2 biji


Masukkan smua bahan kecuali tepung dan kacau hingga sebati.

 Kacau guna spatula aje pun boleh x perlu mixer2. 

Dah sebati semua bahan barulah masukkan tepung.. Kacau lg hingga sebati.

Dah sebati smua bleh la di scoop guna icecream scoop masuk acuan..



Boleh campur chocolate rice atau chocolate chip ikut suka ye...



Bakar selama 20 minit dgn oven 180'c. Api bawah shj dan berkipas k....




Dah siap.... Dapat la dalam 16 biji muffin saiz sederhana besar tu. Td sy buat chocolate chip, chocolate rice dan muffin plain....

Simple...tp sedap! Cuba la ye...













Bekalan Air Berjadual Di Pasir Gudang

Pada waktu ini kami penduduk area Pasir Gudang sedang alami dugaan dr Allah iaiti masalah 'bekalan air'. 

Puncanya ialah 'air mentah' di muka sauk Empangan Layang di Sg Layang Johor yg membekalkan air mentah ke loji rawatan air Sultan Iskandar utk dirawat sebagai air bersih masih kekal berada di bawah paras kritikal. 

Innalillahiwainnailaihirojiun....



Masalah dah berlarutan dr bulan September lagi. 2 hari ada air..2 hari lg x de air. 

Tp bulan Disember ni jadual bertukar plak.. 36 jam ada air, 36 jam lg x ada air!!!! Alhamdulillah... Allah....

Semoga kami semua tabah hadapi dugaan ni... InsyaAllah. 

Ya Allah...cepat lah berlalu masalah ni...