Saturday 5 November 2016

Dunia Berubah, Hidup Juga Perlu Berubah

Assalamualaikum sahabat.

Masak apa hari ni?

Kurangkan masak yg goreng2 minyak penuh ye. He he he.. Minyak masak skarang ni dah mahal... Jimat2 la nak guna minyak masak. Untuk tumis2 ok la..

Jenjalan ke mana hari ni?

Johor hari ni Cuti Hari Hol. Hari ni sy nak balik kg suami kat Felda Tenggaroh 2. Anak2 dah rindu nenek ngan atoknya. Lama tak balik.. Abahnya bz dgn trip je tiap minggu.

Eemmm... Dengan isu kenaikan harga petrol ni, semua org pun sangat terasa kan... En. Asben pun sure lg terasa kut sebab sekali isi minyak bas dah brapa RM dah tu..

Sabar la ye... Redha. InsyaAllah Allah gantikan kita semua dgn rezeki yg lain. Aamiin..

Dunia berubah, kita pun perlu berubah.

Apa maksud 'berubah' tu? Apa yg patut di ubah?

LIFESTYLE.

Lifestyle kita yg patut kita ubah mengikut keperluan kita.

Macam sy dan suami. Kami buat keputusan cari pendapatan sampingan dgn cara berniaga. Kami sedar berniaga bukan perkara mudah. Lebih2 lg kami berdua memang bukan otak niaga.

Kami perlu ada ilmu dan mentor.

Bermula dgn ambil lesen bawak bas kemudian En. Asben ambik upah bawak bas orang plak. Dari sini la dia kenal ramai driver2 dan pengusaha2 bas persiaran. Dari mereka, dia belajar selok belok berniaga perkhidmatan sewa bas persiaran ni.. Alhamdulillah x lama lepas tu, Allah rezekikan kami untuk beli sebuah bas persiaran. Walau 2nd hand tapi Alhamdulillah dengan sokongan dan suntikan modal dr ahli keluarga yg lain, En Asben sy dapat capai apa yg dikehendakinya. Itu adalah usaha ketua keluarga, En Asben sy.


Waktu ni suami masih bawak bas org lain.



Haa... Ni gambar dia dgn pemandu pelancong. Kami pergi bercuti dgn semua ahli keluarga 'Manjoi Family' di Terengganu. Ni dah pakai bas sendiri ni...



Ni la rupa bas persiaran kami


Saya? Apa usaha saya nak bantu keluarga?

Sy pun x sampai hati tgk suami sensorang cari rezeki. Sy juga nak berjinak2 dgn bisnes. Sy fikir bisnes yg paling sesuai dgn sy yg berstatus isteri dan beranak kecil ni ialah 'bisnes online'.




Alhamdulillah sy berjumpa dgn bisnes yg betul & sesuai jiwa sy. Alhamdulillah sy bertemu dgn mentor yg betul..yg x jemu2 bg semangat..yg x jemu2 berusaha utk pastikan anak2 nya still on track. Alhamdulillah sy bergaul dgn rakan2 niaga baik2 belaka, yg share pengalaman mcamana mereka berjaya, yg share ilmu mcm mana mereka bantu insan lain dgn ilmu tu, yg beri semangat kpd SID lain.. Subhanallah.. Dan yg paling sy suka berada di bawah mentor dan kumpulan ini ialah, mereka bukan shj kongsi ilmu berniaga di dunia tetapi juga ilmu berniaga yg utk akhirat.

Berniaga utk akhirat????

Lain bunyinya kan???

Dunia kita dapat kebaikan, akhirat jugak tidak di tinggalkan.

Subhanallah. Rezeki itu 9/10 adalah daripada perniagaan.

Semua Nabi2 pun berniaga juga.

Jom kita berniaga.





Norhayati Zambri
Founder 'Sejahtera Empire'
012-7458096

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment