Sunday 13 December 2015

SET PENYUSUAN SHAKLEE

Saya ada 6 org anak. Yg sulong umur 19 tahun dan yg paling bongsu umur 9 bulan. Sy nak share pengalaman sy menyusukan 6 org anak sy.

Ni la anak2 sy. Dalam gambar ni anak sulong lelaki sy x ada.. Dia x ikut g jalan psl dia ada kelas. Dia masih belajar di Politeknik Metro JB


Sewaktu sy melahirkan ank sulong, umur sy baru 21 tahun. Muda kan?? Ya...sy kahwin pd umur muda, 20 tahun. He he he... Sy bangga jadi ibu muda. Alhamdulillah sy berjaya susukan ank sulong sy sehingga umurnya 7 bulan. Selang 2 tahun, sy melahirkan anak yg ke-2 pula dan berjaya susukan sehingga umurnya 5 bulan. Niat hati memang nak susukan anak selama yg mungkin tp x de rezeki nak susukan lama2..susu kering sendiri...

Ni la anak sulong sy... Mohd Eusoff Daniel


Selepas selang hampir 2 thn sy melahirkan ank yg ke-3. Tapi kali ni x ada rezeki nak susukan baby lama2.. Rasanya lebih kurang 2-3 minggu je sy berkesempatan susukan baby lepas tu susu kering. Sedih je rasa... Berlarutan kes yg sama untuk anak ke 4 dan 5. Pelik plak rasanya 'dalam hari' susu dah kering... Rasa mcm x lengkap sebagai ibu kalau x dpt susukan anak sendiri. Walaubagaimanapun sy bersyukur juga dpt susukan anak walau hanya dlm tempoh 2-3 minggu.

Bila sy dpt tahu sy mengandung anak yg ke-6 ni, sy pasang niat awal2 utk susukan dia selama yg mungkin. Saya mula google apa2 produk utk bnykkan susu badan. Bnyk blog yg sy lawat antara yg paling sy suka blog mamaalya.com.  Bnyk jugak info panduan petua yg sy dpt.. Alhamdulillah. Hasil survey dr blog, bnyk yg rekemen produk Shaklee. So sy pun fikir, i must try this product!!

Dah hampir nak bersalin sy pun order la set penyusuan dgn seorang kawan ni. Alhamdulillah selepas sy bersalin sy dpt susukan baby sy dgn baik. Baby sy pun sgt pandai menyusu... 






Mengimbau balik kisah pd hari sy bersalin tu, sebaik shj sy bersalin, slepas baby di mandikan, terus nurse bg baby kat sy minta sy susukan. Saya terkejut sebab sy masih lg terbaring dlm bilik bersalin, belum pindah masuk wad lg nurse dah minta sy susukan baby. Sy risau susu badan masih x ada tp nurse kata x mngapa kalau x de susu badan lg.. just susukan dia. Nurse tu mengiringkan sy sambil tunjuk posisi btul utk susukan baby. Sy ikut je arahan...he he he.. Amazing sungguh la anak sy kali ni pasal memang dia pandai sgt "hisap susu"!! Kuat sedut plak tu!!! Teruja sungguh sy pd hari pertama tu!! Allahu Akbar...Subhanallah!! Alhamdulillah sgt...



Sehingga la ke hari ini, sy masih consume set penyusuan Shaklee dan berkat usaha dan dgn izin dr Allah, dah 9 bulan umur anak sy, sy masih susukan dia. Alhamdulillah. 

Kepada sahabat2 di luar sana yg berniat nak susukan baby sendiri dan masih tercari2 produk yg terbaik, sy cadangkan set penyusuan Shaklee kerana ianya terbukti pd diri sy sendiri dan beribu lg ibu2 yg telah dpt manfaat drpd nya. Sy sgt yakin pd produk ini. Selepas 6 bulan sy istiqamah consume produk ni, sy terus mendaftar menjadi ahli Shaklee. Niat sy adalah utk sampaikan kebaikan produk ini kpd semua ibu2 di luar sana. InsyaAllah.



#setpenyusuanshaklee
#milkbooster



SELESAI MASALAH SAKIT BELAKANG, LENGUH BADAN DAN LAWAS DENGAN OSTEMATRIX SHAKLEE




Manfaat utama :

1. Menguatkan tulang - kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka gigi dan sistem saraf. Juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa) kuku rapuh, eczema, gusi berdarah dan merangsang darah utk memekat.

2. Memperbaiki kekejangan dan kebas2 - pengambilan 600mg kalsium sebelum tdo akan memperbaiki kebas2, kekejangan, sakit sendi & artritis

3. Meringankan stress - mengimbangi tekanan darah, denyutan jantung, impuls saraf, menggalakkan tdur yg selesa, memperbaiki jantung yg berdebar, gementar, mimpi buruk & stress. Mampu memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.

4. Memperbaiki masalah haid - pengambilan 1000mg kalsium & magnesium serentak meringankan sakit waktu haid & membantu buang air kecil

5. Pengalkalian tubuh 

6. Vitamin D

7. Magnesium

8. Memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik




#ostematrix
#shaklee

OTAK CERGAS BADAN SIHAT DENGAN OMEGA GUARD SHAKLEE

Macam mana fatty acid boleh bakar lemak ye?

Omega-3 membantu untuk membakar lemak dengan membantu badan kita untuk merangsang hormon yang dipanggil Leptin. Hormon Leptin ini akan membantu badan kita untuk mengawal selera kita dan menyebab kita kurang makan dan ini boleh mengurangkan berat badan kita.

Selain itu, leptin jugak meningkatkan metabolisme badan kita dengan menambah pengeluaran hormon thyroid. (thyroid akan stabilkan metabolisme badan kita)

Leptin juga akan membakar lemak untuk dijadikan tenaga.

Sekiranya badan anda tidak bertindak balas dengan Leptin, maka proses timbal balik akan berlaku, kita akan rasa sangat lapar dan kita akan menyimpan lemak yang banyak. Jadi pengambilan omega - 3 akan membantu badan kita untuk memberi tindak balas kepada leptin dengan lebih baik jadi kita akan menambahkan lemak dan metabolisme di bakar.

Omega - 3 boleh didapati di dalam ikan salmon, flakseed, kacang, dan suplement omega dan ada terdapat 79 punca makan yg ada omega 3

3 cara Omega 3 membantu untuk mengurangkan berat badan

Omega 3 membantu untuk mengawal kelaparan dengan menstabilkan kadar gula di dalam badan.
Kajian daripada orang Australia, orang yang membuat senaman dengan omega 3 dapat membakar lebih banyak lemak berbanding dengan orang tidak mengambil omega 3.
Kajian di Jepun dan Czech mencadangkan Omega 3 untuk melindungi daripada pembentukan lemak dan dalam kajian yang sama omega 3 adalah untuk membantu membakar lebih lemak lagi.





#omegaguard
#shaklee

Saturday 12 December 2015

TURUN BERAT BADAN DENGAN LECITHIN SHAKLEE

Ini adalah produk wajib saya ambil setiap hari untuk sy pastikan berat badan sy x melambung naik!! Faham2 la sy ni menyusukan baby so memang slalu je rasa lapar. Sy x leh elak dr makan nasi. Memang kena makan nasi tp sy make sure kuantitinya x la menimbun.. He he he..

Lepas makan nasi, sy akan telan lecithin.. 3 pg/tghari dan 3 mlm.

Di awal2 dulu sy ambik lecithin dgn kuantiti tinggi sebab sy nak kuruskan badan. Sy ambik 5 biji pg/tghari dan 5 biji malam.

Dan sekarang makan lecithin utk maintainkan je berat badan. So far Alhamdulillah..








Oh ya!! Lecithin jugak bagus utk otak tau... 




Untuk kolestrol pun bagus... Sy memang x ada masalah kolestrol, Alhamdulillah.. Hari tu check tahap kolestrol sy memang rendah. Alhamdulillah sgt2...




#lecithin
#shaklee


Saturday 5 December 2015

Dinner BSN Johor 2015 - "Stars Of The Night"



Semalam Jumaat 4 Disember sy hadiri makan malam BSN 2015 di New York Hotel JB. Temanya "Stars Of The Night". Tp sy x ikut tema sgt...tali pinggang je la kut yg ada "stary" skit... Sy angkut skali Mr. Husband ngan 2 anak kecik Anas & Anis tu. Alhamdulillah diaorg ni baik x wat perangai spanjang majlis.



Best la dinner malam td.  Sy paling suka persembahan dari grup AP (Polis Bantuan), rancak, lawak dan simple je tariannya. X payah nak menari complicated utk tarik perhatian audience. Lepas tu sy suka persembahan 'magic' dr staff AP juga dr Zon Kulai. Lepas tu sy suka persembahan dangdut "Senggol Senggolan Cubit Cubitan" dr Zon Bt Pahat. Sedap suara teller Syafika (kalau x silap nama dia) siap Ketua Zon dia En Ismail gelek lagi atas pentas!! Pastu staff2 Bt Pahat yg lain pun sporting naik pentas bergelek!! Aduhhh... x leh lupa la tgk En. Ismail gelek tu... He he he. Pastu persembahan Zon Muar pun not bad.. Duet lagu Dangdut gak..lagu apa lupa la plak... Tp memang kelas teller Hazmi Bidin bergelek!! Ramai yg bersorak suka.. Lagi satu persembahan duet dr Zon Nusajaya asanya. Lagu Baldu Biru... Oh ya!! Ada jugak persembahan solo, abg Iskandar Shah dan KON, En Hamzah Ibrahim. Abg Iskandar siap nyanyi 2 lagu lagi! Suara abg Is memang x leh nak sangkal lg, memang super leh tarik tinggi.. X sangka ramai staff Johor yg berbakat dan yg paling penting SPORTING!!!



Pd dinner mlm td diadakan majlis penyampaian sijil Anugerah Kesetiaan BSN bagi kakitangan yang dah berkhidmat melebihi 25 thn.  Juga pd majlis yg sama meraikan kakitangan yg telah bertukar, akan bertukar, bersara dan bersara awal. Agak touching la jugak waktu diaorg siarkan 'VT' tu.. Jenuh menahan sebak kat dada, x nak menangis tgk muka2 kakitangan yg nak meninggalkan BSN Johor mcm abg Mohamad Saion, abg Hasmal, Nizam Bakar terutamanya Pengarah Perniagaan Negeri, En. Said Azmi Said Ali.

Selepas persembahan VT tu, diaorg sambung plak persembahan nyanyian dr kakitangan teller Khairul Anwar Azril yg menyanyikan lagu Josh Groban 'U Raise Me Up'. Sy memang 'alah' ngan lagu ni. Waktu dgr muzik intro je sy dah tahu, sy memang akan menangis kali ni... X leh elak lagi!!  

Dalam ramai2 yg akan meninggalkan BSN Johor tu, of course yg paling rapat ngan sy ialah En. Said Azmi Said Ali. Walau hanya berkesempatan berkerja 15 bulan sebagai PA dia tp bnyk perkara yg sy dpt timba dr dia. Dia seorang yg boleh beri nasihat bukan shj mengenai hal2 kerja tetapi juga yang berkaitan dgn hal keluarga. Terima kasih En. Said atas nasihat2 tu... Sy doakan En. Said berjaya di dunia dan juga di akhirat ye.



Hasrat hati memang nak stay smpi habis majlis, tp baby Anis dah meragam nak susu. Susu botol tertinggal plak kat umah, so tpaksa la bg susu badan... Nasib baik bawak shawl utk cover, tp x selesa la... Anis pun kejap2 nak selak shawl yg cover tu.. Aduhai... Nak x nak sy tpaksa undur diri. Pd waktu tu Majlis dah nak habis pun... Hadiah utk cabutan bertuah dah tinggal 5 je.. Waktu tu mcm ada perasaan yg nama sy akan di panggil, tp bila fikirkan Anis, sy atur jugaklah langkah menuju ke lif... Hu hu hu.... 



Dalam perjalanan balik, kawan smeja sy wsap bgtau nama sy naik menang cabutan bertuah!! Huaaaaa.....memang bukan rezeki sy... X pe... Lain tahun InsyaAllah ada lg rezeki sy. Aamiin.



Monday 9 November 2015

SET RAMBUT GUGUR SHAKLEE


Rambut adalah mahkota seorang wanita. Bermakna pentingnya rambut itu untuk mempengaruhi rupa paras dan penampilan seorang individu. Seseorang yg mempunyai masalah keguguran rambut yg serius hingga ke tahap botak boleh mengakibatkan hilangnya keyakinan diri dan gangguan emosi bagi mereka yg terlalu mementingkan penampilan diri. Masalah rambut gugur ini tidak hanya melibatkan di kalangan wanita shj malah lelaki juga turut berkongsi masalah yg sama.



Berikut adalah antara punca rambut gugur :-
1. Genetik / keturunan
2. Tekanan kerja / kehidupan
3. Diet yg teruk - mengambil makanan segera dan kurang nutrisi
4. Faktor perubahan hormon - wanita mengandung dan lepas bersalin
5. Pengambilan ubat-ubatan yg menjejaskan pertumbuhan rambut
6. Penggunaan gel rambut atau shampu & perapi yg x sesuai / bahan kimia tinggi
7. Putus haid
8. Kekurangan zat besi, zinc dan ketidakseimbangan tiroid juga menyumbang masalah rambut gugur
9. Tabiat mencabut rambut gatal / uban - terkadang terdapat lebih dari 1 helai rambut dlm satu liang rambut. Apabila dicabut salah satu dr helaian ianya akan mengakibatkan liang itu longgar dan helaian yg lain akan mudah gugur.
10. Tidak menjaga kebersihan rambut 
11. Mengikat rambut dgn terlalu ketat mengakibatkan tekanan kpd akar rambut yg akhirnya akan melemahkan akar tersebut



Fakta berkaitan rambut :-
1. 100 helai rambut yg gugur sehari adalah perkara normal
2. Secara umumnya, tempurung kepala di tumbuhi 100,000 helai rambut hitam, 80,000 rambut merah      dan 120,000 perang
3. 90% tempurung kepala ditumbuhi rambut manakala 10% lagi untuk kulit kepala berehat
4. Rambut adalah tisu paling cepat tumbuh pd tubuh. 35 meter serat rambut dihasilkan setiap hari pd tempurung kepala golongan dewasa.
5. Hampir 50% lelaki berhadapan masalah rambut gugur pd usia 50 thn
6. Wanita akan menghadapi masalah rambut gugur apabila putus haid

*** sumber dari : Dr Jerry Shapiro, Director University Of British Columbia Hair Research



Cadangan solusi :-
1. Mengamalkan pemakanan yg sihat
2. Ikat rambut dgn getah rambut yg sesuai dan longgar
3. Mengawal stress dgn melakukan aktiviti riadah
4. Shampu rambut dan gunakan perapi yg bersesuaian 
5. Jangan shampu rambut setiap hari. Sekiranya tuan/puan jenis basahkan rambut setiap kali mandi, pastikan tuan/puan hanya membasahkannya tanpa bershampu. Sebaliknya shampu rambut hanya 2-3 kali shj dalam seminggu.  

Shaklee juga mempunyai shampu dan makanan tambahan yang mampu mengatasi masalah keguguran rambut. Berikut adalah set rambut gugur yg disarankan :-



1. Prosante Revitalising Shampoo
2. Prosante Lightweight Conditioner
3. Zinc Complex
4. B Complex

Pada pendapat saya ianya sangat berbaloi untuk kita mencuba produk Shaklee terlebih dahulu sebelum kita mengambil keputusan untuk mendapatkan khidmat rawatan di salun yang mahal harga rawatannya. Pengalaman sy sendiri menggunakan set diatas, selepas 2 bulan sy dapati perbezaan yg ketara. Saya rasa teruja dan ingin berkongsi dgn anda semua.

Sy menasihatkan tuan/puan yg mempunyai masalah keguguran rambut ini agar tidak berlengah dalam merawatinya. Jangan biarkan rambut tuan/puan terus-terusan menipis tanpa mengambil apa-apa langkah untuk mengatasinya. Masih belum terlambat untuk mencuba.

Norhayati 012-7458096

#setrambutgugurshaklee
#rambutgugur





Thursday 5 November 2015

Penyelesaian Bagi Masalah Anak Cerewet Memilih Makanan



Rasanya ramai ibubapa diluar sana yg hadapi masalah dlm memberi makan kpd anak2. Sy tahu dan sy faham kerana sy mempunyai pengalaman yg sama dlm membesarkan 6 org anak2 sy. Macam2 kerenah. Kalau sy suapkan nasi tu mcm2 hal...ini x nak...itu x nak... Kadang2 geram plak rasanya. Agaknya dah jadi resam budak2 kut x suka makan sayur ( dulu2 waktu sy kecik2 pun x suka mkn sayur he he he...sy mula mkn sayur bila sy tahu sayur bleh mencantikkan kulit!! ) Lebih parah kalau anak kita ni dah lah x nak mkn sayur, buah2 dia x nak, ikan dia x nak dan ayam pun dia x nak!!! 



Mcm anak sy yg no 5 ni...Anas Sofina nama dia. Dia cuma nak mkn nasi dan telur goreng shj. Memang la menu dia tu simple dan sy x de masalah nak sediakan tp sy risau dgn zat makanan yg dia dapat. Adakah mencukupi??? Of course x cukup kalau dia x mkn sayur..x mkn buah, x mkn ikan dan x mkn ayam..  

You all pun ada anak yg masalah sama x?




Tahu x apa kesannya pd kanak2 kalau kurang zat makanan? Ni sy share hasil dr pembacaan sy di blog2 kesihatan yg lain :-

1. Sistem imun yg lemah - Mudah dijangkiti penyakit. Kalau di taska/tadika ada kwn dia yg selsema dan demam, dia akan mudah dpt penyakit yg sama.
2. Masalah tumbesaran - mungkin menjadi terlalu kurus, kecil dan kurang tinggi berbanding kawan2 seumur dgnnya.
3. Masalah pembelajaran - aktiviti otak yg lemah dan kurang fokus di kelas
4. Masalah kulit - ekzema, gatal2 & kudis
5. Sembelit
6. Lesu
7. Kurang selera makan
8. Cepat penat



Apa yg perlu kita buat?? Sebagai ibu bapa dah tentu kita nak tgk anak kita sentiasa sihat...sentiasa cergas dan ceria...cantik...comel..pandai...kan, btul x?? 

So x salah kita berbelanja setiap bulan utk  anak yg kita sayang. Yg penting anak kita sihat dan keluarga kita bahagia. InsyaAllah. Alhamdulillah. 

Duit bleh dicari, kesihatan anak2 x de galang ganti...


So ini adalah cadangan solusi dr sy. Alhamdulillah Shaklee ada produk multivitamin Vita-Lea For Children Chewable. Ok, ini sy share ciri2 nya :-

1. Perisa anggur yg sedap! Anak2 sure suka kunyah2 
2. Mempunyai 19 multivitamin & mineral
3. Sebotol ada 60 tablet. Cukup utk sebulan sekiranya pengambilan 2x sehari.
4. Tidak merosakkan gigi anak2 kerana menggunakan pemanis asli iaitu xylitol yg tidak akibatkan kaviti

Anas dan Anis (sy bg separuh je setiap hari) sangat suka dengan vitamin ni.. Alhamdulillah antibodi dia kuat. Anas Sofina dah umur 4 tahun lebih tp boleh di kira dgn jari dia dpt demam, batuk dan selesema. Anis pun sama. Umur Anis Sofiya dah 14 bulan, tp baru sekali je dia kena selesema n demam. Alhamdulillah.

Beza btul dgn 3 org abang dan kakak dia dulu2... Aduhhh bila flashback zaman anak sy yg 4 org tu sebelum ni memang klinik tu perkara biasa. Bersilat dgn anak2 time nak bg ubat tu pun mcm2 kenangan ada...ada yg kena kepit hidung la, kena pegang kuat tangan kaki la...kena kejar satu umah nak bg mkn ubat!! Dengan meraungnyer....dengan muntahnyer... Ishhh macam2!!!  Tp Alhamdulillah dgn Anas dan Anis ni, semua tu x ada... Alhamdulillah.. 


Sajer share gambar anak2... Tp dlm gambar ni yg sulong x ada, ada 5 je



Memang ada jer produk vitamin lain yg jual kat farmasi dan pasaraya, tapi pilihlah yg terbukti berkualiti.


Call / Whatsapp sy untuk dapatkannya. - Norhayati Zambri 012-745 8096

Sy doakan kita semua sihat bahagia. Aamiin...





#anakkurangnutrisi
#anakkurangzatmakanan
#multivitaminshaklee
#anaksihat
#anakcomel
#anakseringselsemademam
#vitaminterbaikuntukkanakkanak

Saturday 31 October 2015

BUKU RESEPI LAGENDA

Assalamualaikum semua. Hari ni Ahad 1 Nov 2015 dpt cuti 1 hari. Kerajaan Johor bg sempena JDT juara piala AFC menentang Istiklol FC mlm td. Tahniah JDT! Seluruh Malaysia bangga dgn JDT. Alhamdulillah kami rakyat Johor dpt cuti....

Cuti2 ni dok umah nak masak la.... Sy ni bukan terer masak, stakat simple2 tu bleh la. Tp hari ni En Husband request menu istimewa plak...Ikan Tongkol masak kuah dagang. Mungkin pd org lain menu tu kacang je...tp pd sy susah nak masak tu..he he he..

So apalagi...sy bukak buku resepi lagenda sy ni.... Dah 27 tahun umur buku resepi ni. Dari sy umur 13 thn lagi. Dulu sy blaja Sains Rumah Tangga waktu form 1 - form 3 di Sek Men Seri Puteri Ipoh.

Nak tgk rupa buku tu? Ini la dia...





Nak tgk tulisan lagenda sy?






Haaaa yg ni plak...tulisan waktu sy dah tua2 ni... 




Yang sy prasan, waktu badan kecik tulisan pun ikut kecik.... Bila badan dah besar ni, tulisan pun ikut jadi besar2... He he he...

K la kwn2. X jd masak plak nanti.... Jumpa lg. Assalamualaikum.

PENYAKIT DIEBETIS

Diebetis.

Salam semua..saya mulakan sharing tentang diebetis ye😊



Pertama skali kita tgk dulu apa tu diabetis..

🐝Diabetis adalah satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah anda adalah tinggi dari normal.
🐝 Diabetis berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. 
🐝Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah ke dalam sel dan tisu, di mana ia akan digunakan untuk bahan bakar.
🐝 Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa ke dalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat. Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk bahan bakar dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.

Utk lebih faham cmne kencing manis ni terjadi, boleh tgk carta alir ni :-


So kiranya, penyakit ni berkaitan dgn pankreas yg x dpt hasilkan insulin dgn berkesan

Ada 3 jenis diabetis ni..


Kalau tgk jenis 1, ni yg kena suntik insulin hari2..
Dan pd zaman skrg ni, penyakit ni bkn je disebabkan oleh keturunan, tp lebih kpd pemakanan n cara hidup yg kurg sihat. So, bila dah sakit, mesti kita nak kawal n ubati.

Berbalik pd cara merawat kencing manis ni...selalunya kalo pesakit2 yg follow up hospital, mmg ada ubat utk kwl kencing manis ni dan Shaklee juga ada menyediakan alternatif tambahan..

Pertama skali yg paling disarankan utk kencing manis ialah Vivix.

Mcmana vivix bertindak?

Karbohidrat yang kita mkn akan dicerna n menghasilkan gula yang bg kita tenaga. Tp, pengambilan karbohidrat yang tinggi seperti nasi akan menyebabkan kandungan gula dalam darah kita meningkat.

Dengan Vivix, polifenol yang terkandung dalam anggur muscadine akan melambatkan pencernaan dan penyerapan karbohidrat dalam darah dan seterusnya mengelakkan pengumpulan gula yang tinggi yang menyebabkan kencing manis.

Lg satu berkaitan age protein. Vivix mencegah penghasilan gula berlebihan..


Saya kongsikan kat sini beberapa testimoni vivix  :-





Kalau org berusia, mmg elok sgt utk suggest vivix ni..sbb dia bertindak terus ke DNA sel kita.

Selain vivix, ada juga set diabetes yg terdiri drpd GLA, zinc

diabetes boleh effect buah pinggang jgk kan?
Aah, betul tu..sbb tu digalakkan utk amek vivix..vivix x membebankan buah pinggang utk proses. 
mcm pil GLA n zinc ni mengikut keadaan pesakit..



Zinc elok amek kalau terjadi luka..sbb kita tahu pesakit kencing manis kalau luka lambat nk sembuh..so disarankan utk amek zinc (dan juga vitamin C)



GLA pulak utk menghalang komplikasi diabetes. Juga utk merendahkan gula dalam darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua.
Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi. Dan semestinya pesakit diabetes kena kawal pemakanan seharian.





Hayati 012-7458096



#SETDIEBETISSHAKLEE
#SETKENCINGMANISSHAKLEE




Sunday 25 October 2015

VITAMIN UNTUK KANAK-KANAK SHAKLEE


Assalam semua. Saje nak share info ttg vitamin utk kanak2..nnt boleh lah simpan dan share dgn sedara & kwn2 ye 😊

Knp kanak2 perlu vitamin sbbnya sama spt org dewasa jgk..nk cukupkan nutrisi..lagi2, anak kita yg sdg membesar sgt perlu kpd protein yg cukup, kalsium utk tulang dan gigi..utk tumbesaran yg sihat..
Tp kalau kita yakin drpd pemakanan seharian anak kita dh cukup dgn nutrisi yg sgt lengkap..oklah..x perlu vitamin pun xpe..

Kita sbg mak mesti nk yg terbaik buat anak kan..
Mesti kita happy tgk anak membesar dgn sihat dan comel..hehe 😍
zmn sekarng byk pencemaran.. Dan kalau anak kita yg kurang mkn sayur..atau ada yg suka mknan segera..huhu..Apakah nutrisinya lengkap?

Jom sy share makanan tambahan yg Shaklee ada sediakan untuk anak2 kesayangan kita :-





 #Meal Shake
-Minuman berperisa vanila yang lazat dan disukai anak-anak
Mengandungi 19 vitamin dan mineral penting
-Rendah lemak dan rendah glisemik
-Sumber protein dan kalsium
-Sesuai untuk hidangan sarapan pagi dan sebelum tidur
sesuai bukan sahaja untuk kanak-kanak tetapi... Ibu menyusu yang mahu menguruskan badan, Ibu hamil yang mengalami alahan dan sukar untuk makan hidangan yang lengkap dan seimbang, Mereka yang mengalami masalah untuk menelan vitamin dalam bentuk pil dan Warga tua

Setiap bancuhan Meal Shake mengandungi 19 vitamin/ galian yang diperlukan bersama dengan protein, galian dan 3gm serat. Ia adalah pemakanan tambahan yang lengkap.


#Omega Guard#
Minyak ikan yang paling tulen mengandungi 7 jenis asid Omega 3 termasuk EPA, DHA
-Membantu tumbesaran, perkembangan dan fungsi otak
Meningkatkan daya ingatan dan pembelajaran
-Meningkatkan sistem imunisasi
-Menapis segala virus dan bacteria daripada badan.
-Kanak-kanak yang mengambil Omega-3 sedari kecil dapat mengurangkan jangkitan pernafasan.


#Chewable Vita-C#

-Menguatkan Fungsi Imunisasi. -Tubuh badan anda boleh melakukan banyak perkara, tetapi ia tidak boleh membuat atau menyimpan vitamin C.
-Membantu mengekalkan pertahanan semulajadi tubuh badan
-Membantu anda menjaga kesihatan gigi dan gusi serta struktur tulang. Ia sangat penting bagi gigi. yang kuat dan gusi yang sihat
-Meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging
-Untuk kesihatan tulang, gigi, gusi serta juga struktur am tubuh badan





# Vita-Lea® for Children Chewable
-Membekalkan 18 jenis vitamin dan mineral yang penting untuk tumbesaran anak.
-Ini termasuk kelapan-lapan jenis vitamin B yang mana rata-rata multivitamin di pasaran tak mampu berikan.
-Juga mengandungi kalsium, magnesium dll bagi membantu menyokong tulang yang kuat dan badan yang sihat.
-Kandungan Stevia dan Xylitol memberikan rasa manis yang semulajadi dan tidak menyebabkan kaviti gigi. 
-Tiada bahan pengawet, juga tanpa sebarang perisa ataupun pewarna tiruan
-Bebas gluten
-Perisa anggur semulajadi yang sedap.

Umumnya, meal shakes & vitalea for kids ni sbg multivitamin..
Omega utk minda & otak..
Vitamin c utk sistem imun.

Omega pun bagus utk yg ada asma..




Ok, nk share pulak cara pengambilan...

Cadangan :

👶Sukatan Bagi Kanak Kanak

(Usia 4 Hingga 6 Tahun)
●1 sudu kecil Meal Shakes 2x sehari
Sukatan Bagi Kanak Kanak

(Usia 1 Hingga 3 Tahun)
●1 sudu kecil Meal Shakes 1x sehari

👶Omega unt knk2.
1-2 thn : 2x semggu
3-4 thn : 3x seminggu
5-6 thn : selang sehari
7 thn ke atas : Sebiji sehari

👶Chewable Vita C 
~ 1bji sehari utk kanak2 atas setahun

👶CHEWABLE VITA-LEA
Boleh diambil oleh anak-anak berumur 2 tahun dan ke atas :

Umur 2 hingga 3 tahun – 1 tablet sehari
Umur 4 hingga 12 tahun – 2 tablet sehari.

Ini cadangan je..

Tp boleh je vitalea tu umur setahun dan lebih makan.. Kalo dh pandai hisap atau kunyah.. Ada jgk yg patah 2 vitalea tu..

Omega Guard boleh telan je..atau picit masuk dlm air / susu anak pun boleh..

meal shake bentuk serbuk..kena bancuh ye..perisa vanilla..sedap 😋


oklah, itu je skit info nk share ptg ni..mhn maaf atas sgl kekurangan ye..😘😘😘


Rencana ini adalah perkongsian dari sahabat grup whatsap Shaklee. Tq friend...



Hayati 012-7458096

#vitaminuntukkanak-kanak



Baby Anis Termakan Silica Gel

Ya Allah.. Patutla baby Anis diam je x bnyk kerenah waktu sy sibuk melayan Perfect Match kat tv, rupanya dia pun sibuk 'mengonyel' Silica Gel!! Ya Allah...memang sy x sedar. Sy cuma sedar bila prasan ada smthing kaler putih dlm mulut Anis. Bila sy korek2 rupanya bungkusan silica gel yg dah pun bocor.. Bertambah haru dan gelabah badak bila tgk bungkusan tu dah kosong... Ya Allah! Mana pegi smua manik2 silica tu??? Sy korek2 lg mulut Anis...ada la tjumpa 2 butir celah2 gusi dia tu. Ya Allah...susahnya hati.... 

Nak wat apa ni??? Camana nak buat ni?? Nak google pun x tau nama apa benda Allah tu... Ubat gegat ke?? Kalau google 'termakan ubat gegat' memang kecut perut sy bacanya...bahaya. Hati sy x tenang... Nak bernafas pun rasa mcm x sempat... Kaget mak nak oiii.... Sy cuba control 'gabra' tu supaya mr husband x prasan...bukan apa, risau dia pun cemas nanti.. Cepat2 sy bertanya pd grup whtsap sahabat2 yg tau hal2 kesihatan... Alhamdulillah dpt jawapan... Namanya "Silica Gel' . Dapat je nama tu trus google lagi..

Lepas google dan baca beberapa article tu dpt la sy bernafas dgn tenang skit... Alhamdulillah, silica gel ni tidak la sebahaya ubat gegat.. Oleh kerana sifat silica gel ini adalah menyerap lembapan, Baby yg termakan silica gel kemungkinan akan mengalami mata kering, iritasi, rongga hidung yg kering, tekak kering dan rasa tidak selesa pd perut. Ya Allah...kesian anis.. Cepat2 sy susukan dia dan berdoa semoga Allah selamat Anis dr simtom2 sebegitu. Semoga Anis kuat InsyaAllah. 

Setakat ni sy tgk Anis mcm biasa je... Lepas menyusu dia tdo sekejap dlm 10 minit pastu dah bangun & continue balik main2. Alhamdulillah nampaknya... Tp dlm hati sy masih ada prasaan risau. Allah...

Monday 19 October 2015

AKU & KENANGAN - Topik Rambut Zaman Sy Sekolah Rendah

"Rambut Mahkota Wanita". Memang sgt tepat istilah tu kerana ...bayangkan kalau pompuan tanpa rambut..x cantik kan? Gaya fesyen rambut boleh mnyebabkan wajah kita jadi berbeza. So..memang benar lah istilah tu kan..

Waktu sy kecik2 dulu, sy x ada peluang nak berambut panjang. Bila panjang skit je, arwah mak akan potong. Arwah mak potong sendiri je rambut kami adik beradik. Sy ingat lagi... Semua kami fesyen rambut serupa...kami namakan 'fesyen rambut bulat'. He he he... Sesuai kut ngan bentuk muka kami yg bulat. Waktu kecik2 darjah 1, 2, dan 3, sy x kesah sgt psl rambut. Mak nak potong, potong la... Sy bagi je kepala sy. Tp bila naik darjah 4 sy dah mula nak melawa. Bila mak ngan arwah kakak sy Norela suruh potong rambut, sy akan cpt2 hilangkan diri. Sy merayap ke rumah kawan dgn harapan bila sy balik rumah nanti, arwah mak dan kakak akan lupa. Memang terkadang diaorg lupa, tp selepas sehari dua, diaorg akan suruh sy potong rambut lg skali.. So x leh nak elak. Kekadang sy menangis bila tgk rambut kena potong. Sedey sgt...psl sy tringin nak jd cantik mcm kwn2 lain yg berambut panjang. Boleh di tocang satu...bleh wat tocang 2...dan bleh gak di buat dandan. 

Suatu hari waktu arwah mak sedang potong rambut sy, sy tanya pd arwah mak sambil tersedu sedan..."mak, nape yt x leh simpan rambut panjang? Yt tringin nak rambut panjang mcm Wan Syarizat..bleh ikat tocang". Arwah mak diam je x jawab apa. Arwah mak memang jenis diam. Tp arwah kakak yg jawap..lbh kurang cam ni la maksud dia "budak kecik bukan pandai jaga rambut...nanti berkutu. Rambut pendek mcm ni pun ada kutu, kalau panjang lagi la bnyk kutu". He he he....memang btul pun..sy waktu kecik ada kutu.. He he he. Kami ni org miskin, pd waktu tu shampu pun x mampu beli. Serba kekurangan. Berus gigi pun x de....selipar pun x de... Berus gigi ada 1 share ramai2. Sama ngan selipar. Selipar ada 2-3 psg je kut.. Pun kami share jugak. Kami yg budak2 kecik ni mmg x ada selipar sendiri. Main sarung je selipar mak, abg atau kakak. Kalau x ada selipar nak sarung, kami selamba je berkaki ayam. Sy jarang gak berkaki ayam, tp kakak sy Sulida mmg suka kaki ayam. Pasal dia kuat merayap! Ha ha ha!!! Sampai ada yg panggil dia 'tarzan'! Shampu pulak, kami guna sabun mandi je wat shampu rambut.. Kreatif kan?? Peliknya elok je plak rambut kami adik bradik ni tumbuh subur atas kepala... Subhanallah. Terima kasih Allah.

Selepas je insiden sy bertanya mak psl nape sy x leh simpan rambut panjang tu, arwah mak dan kakak dah x paksa lg sy potong rambut. Agaknya psl diaorg tgk sy dah pandai jg rambut sendiri. Pergi skolah ikat tocang dan kutu pun x ada. So diaorg benarkan sy berambut pnjg. Seronok sgt dpt simpan rambut smpi cecah bahu.. Waktu tu prasan diri lawa dah.. Ha ha ha! Siap beli reben letak kat kepala. Memang prasan comel la waktu tu.. Hu hu hu..Sorry....cter psl skolah rendah, tp share gmbr waktu skolah menengah. Waktu skolah Rendah x pakai tudung, tu psl x leh share. Hi Hi Hi...


Yang indah hanya sementara... Waktu sy darjah 6, akhir tahun biasa la zaman tu ada buat Hari Kanak-Kanak..sy mcm biasa memang stiap thn akan ambik bahagian utk persembahan tarian. Tp tahun tu special skit psl sy ada buat persembahan fesyen. Cikgu Azizah pilih sy untuk pakai pakaian pengantin pulak tu!! Happy sgt sgt sgt... Cikgu Azizah dah brangan nak sanggulkan rambut sy. Baju plak seingat sy, pinjam dr kawan sy nama Jamatol Saadiah. Kakak dia ada kebaya songket kaler kuning air. Nasib baik sy muat baju tu, cuma besar skit la psl sy "kerempeng" pd waktu tu. Dlm persembahan fesyen tu sy couple dgn Ketua Darjah sy, Saiful Lizan. Kebetulan sy Penolong Ketua Darjah. He he he... Sy rasa bahagia je terpilih wat fesyen show..btul2 rasa mcm nak jadi pengantin la plak. Sempat la berlatih "catwalk" 2-3 hari sebelum hari persembahan. Suatu hari lepas balik dr training, arwah mak dah tunggu kat umah nak gunting rambut sy. Sy x nak gunting rambut...sy menangis bgtau mak mintak tunggu smpi esok untuk lepaskan persembahan Hari Kanak-Kanak tu, tp arwah mak bertegas nak gunting jugak rambut sy. Sedey la sgt.. Sy patuh cakap arwah mak. Walau sedey sedan sy biarkan saja rambut sy di potong pendek. 

Keesokannya sy pergi ke sekolah dgn hati yg menggerutu... Sy rasa malu berambut pendek dan mcmana nanti nak ngadap cikgu Azizah. Dlm hati tertanya2, adakah cikgu Azizah akan ambil org lain gantikan aku kerana aku dah x cute lg nak catwalk pakai bj songket pengantin dgn rambut aku yg pendek??? ( Prasannya statement!! ) Kawan2 smua terkejut dan bertanya nape sy potong rambut..sy cuma mampu jawab "mak aku suruh potong rambut...aku x leh wat apa". Cikgu Azizah pun dtg tgk aku dah berambut pendek. Alhamdulillah cikgu Azizah x marah. Dia kata teruskanlah cuma x bleh la nak bersanggul. Rambut tu just let it be the way it is. Fuhhh!! Lega... Merasa jugak la sy wat catwalk baju songket. Walau rupa sy nampak pelik, dah x ayu dgn brambut pendek dan berkebaya labuh songket, sy tetap dpt sorakan dr peminat2 di bawah pentas. Ha ha ha.. (Statement x bleh blah!! Syoknyer perasan..) Sebenarnya diaorg bukan sorak sy...diaorg sorak kat pengantin lelaki iaitu Ketua Darjah sy. Dia tu sbenarnya yg ramai peminat..ye la..org ensem..naik beskal BMX g skolah. He he he. Sy tumpang glamour je...

         Ni gambar waktu sy form 5 kat Vokasional Ipoh. Kursus Pengurusan Pejabat.


Wah panjangnya entry sy psl rambut ye.. Ni baru 1/4 je kut dari kenangan2 sy dgn rambut ni... Seronok imbau kenangan lama. Tu cter masa zaman budak2... Nanti ada masa sy cter zaman dah tua plak ye... Dah lewat malam ni.. Goodnite everybody... Assalamualaikum