Monday 12 September 2016

Salam Eiduladha 2016

Dah lewat malam baru ada kesempatan nak belek hp nak wat entry sempena Raya Haji. Siang tadi memang sibuk memanjang. Raya Haji tahun ni jatuh pd hari Isnin, 12 Sept 2016. Alhamdulillah tahun ni agak meriah sambutannya. Mungkin sebab anak ku Daniel dan Diana pun ada sama so rasa semangat skit nak raya. Dan yg paling mengujakan hati ialah kali pertama nak buat korban... Tidak la seekor lembu, cuma sebahagian je. Alhamdulillah, itu yg termampu. Semoga Allah pertemukan raya qorban di tahun hadapan dgn rezeki yg lebih lagi dan bahagian yg lebih lagi utk diqorbankan. Aamiin...

Aku buat qorban sebahagian gunakan khidmat EZ Qorban. Senang. Murah pun murah. RM300.00 je utk sebahagian qorban. Diaorg uruskan qorban di negara yg lebih memerlukan. Aku lebih suka mcm tu. Kat Malaysia ni kebanyakan org dah berkemampuan. Kalau ada pun di tempat2 terpencil, susah nak jumpa yg brada di sekitar ni.

Malam raya aku dah terima tetamu bertandang iaitu Abg Hasni & the family. Sempat la balik keja tu aku sediakan makan malam tomyam ayam, kangkung belacan dan telur dadar. Ala kadar je wat nyambut raya.

Jam 12 lebih jugak la baru bergerak balik Tenggaroh. Daniel yg drive awalnya, pastu Azha sambung...pastu aku tertido... Pastu bila aku sedar dah sampai Tenggaroh dah.. Dekat kul 3 pagi baru sampai.

Bila sampai tgk mak mentua dah siapkan smuanya. 'Sak nika mak nenek' makanan smua ada... MasyaAllah.. Dah mcm nak sambut raya posa!! Masak kuali besar plak tu!! Eemm.... Ntah lah... Lain org lain budayanya... Cuma bagi diri aku, aku x suka pembaziran. Kalau ada duit lebih, salurkan pd yg memerlukan itu lebih baik daripada membazir dgn makanan.  Tu je la yg boleh aku komen. Komen lebih2 nanti, risau ada yg sensitif plak nanti..





Posted via Blogaway


No comments:

Post a Comment